Bab 31

19 3 0
                                    

Calvin sampai di rumah menjelang malam. Dia hampir terlepas waktu makan. Angela terpaksa memanaskan kembali lauk pauk yang telah sejuk dimasaknya seawal jam 6 petang. Setelah Calvin selesai mandi, makanan telah terhidang atas meja. Mereka mula menjamu selera jam 9 malam. Angela sudah makan sebelum pukul 7 tadi. Ini kali kedua dia makan pada malam itu.

Calvin makan dengan berselera sekali. Dia kurang makan sewaktu berada di balai. Makanan di luar tidak menyelerakan baginya sejak Angela memasak di rumah. Dia tidak tahu bagaimana keadaan nanti kalau Angela keluar dari rumah ini. Hatinya sedih mengenangkan itu. Tetapi dia tidak boleh menghalang gadis itu. Angela juga punya kehidupan sendiri.

"Kenapa muram..." tegur Angela di ruang tamu setelah selesai mengemaskan dapur. Dia lalu melabuhkan punggung disebelah lelaki itu.

Calvin tidak menjawab sebaliknya menarik tubuh Angela agar bersandar pada dadanya. Angela akur. Tangan Calvin yang merangkulnya lalu dipeluk mesra. Dia sangat selesa berada dekat dengan lelaki ini. Dia juga dapat merasai detak jantung Calvin; sungguh mendamaikan baginya. Pasti selepas ini dia akan merindui Calvin.

"Angel..." bisik Calvin lembut.

Angela tersenyum saat mendengar nama kampungnya meniti di bibir lelaki itu.

"Apa kata kalau kita kahwin?" Tanya Calvin dengan suara lantang. Dia ketandusan idea untuk menghalang Angela keluar dari rumah ini. Perkahwinan adalah satu-satunya cara mempertahankan Angela kekal berada disisinya.

"Kahwin?" Angela terkejut beruk. Lantas tubuhnya menegak memandang Calvin. Apakah dia tersilap dengar atau...Mulutnya terlopong tidak percaya.

"Awak tak setuju?" Tanya Calvin pula. Dia faham situasi Angela. Pasti gadis itu sangat terkejut. Kalau Angela menolaknya pun tidak mengapa. Dia akan berusaha lebih keras lagi menawan hati gadis itu.

"Hmm..." Angela mulai berkira, sebenarnya dia masih terkejut.

"It's ok, take your time..." kata Calvin tersipu-sipu malu sambil menarik tubuh Angela kembali bersandar padanya.

Angela akur. Lengan Calvin dipeluk semula. Suasana hening seketika hanya bunyi tv yang kedengaran. Fikiran Angela menerewang pada lamaran Calvin tadi. Apakah lelaki itu serius mengatakannya atau sekadar mengujinya sahaja.

Kalau benar sekalipun bukankah ianya terlalu awal. Mereka baru sahaja bertemu. Dia belum
mengenali latar belakang Calvin sepenuhnya. Dia juga baru tahu ayah Calvin rupanya timbalan pesuruhjaya polis. Bagaimana dengan ahli keluarga Calvin yang lain? Pastinya mereka dari keluarga yang berada dan berpangkat.

Sementara dia pula hanya orang kampung tidak berpendidikan dan ayahnya cuma petani miskin. Dia juga bekas pekerja kelab malam. Ternyata sangat jauh perbezaan taraf kehidupan mereka. Dia langsung tidak sepadan dengan Calvin.

Setelah membuat perbandingan Angela mulai sedar kesilapannya. Dia juga telah menyerahkan tubuhnya kepada Calvin. Lelaki itu telah jatuh cinta kepadanya. Mengapa dia bodoh tidak mencegahnya dari awal. Jika dia bijak menjaga jarak pasti Calvin tidak memulakannya terlebih dahulu. Semuanya salah dia!

Angela bangun, tubuhnya tegak tiba-tiba. Calvin tersentak. Tanpa berkata apa, Angela berlari ke biliknya dengan perasaan sebak. Calvin masih tercengang di tempatnya. Tiada angin atau ribut tiba-tiba Angela berlari masuk ke bilik. Pelik.

Perasaan ingin tahu membawanya menapak ke bilik Angela. Dari pintu yang terbuka separuh, dia melihat gadis itu sedang teresak-esak di birai katil. Kenapa pula Angela menangis? Perlahan dia mendekati Angela cuba bertanya punca.

"Tak ada apa..." jawab Angela sambil memalingkan muka ke arah lain.

"Tipu...tadi bukan main seronok. Kenapa sekarang sedih pulak?" Tanya Calvin lembut sambil menyetuh kedua bahu Angela yang terhinjut-hinjut.

"Saya rasa, saya tak boleh kahwin dengan awak..."

Calvin tersentap. Jadi, itu puncanya Angela menangis. "Kenapa tak boleh?" Tanya Calvin lagi.
Hatinya sedikit kecewa. Tapi dia nekad akan menjadikan ianya boleh. Tiada yang mustahil baginya jika dia berusaha mewujudkannya.

"Entahlah...saya rasa kita tak sepadan..." jawab Angela tunduk.

"Lah, tu je?" Calvin tersengih. Dia ingatkan apa tadi.

"Tapi, saya rasa kita sepadan. Kita sama tinggi kan..." usik Calvin sambil mengusap rambut Angela. Yalah, kalau dari segi ketinggian, mereka memang separas. Tidak dinafikan, Angela memang tinggi orangnya; persis modeling antarabangsa.

"Tak, bukan macam tu..." Angela menggelengkan kepala. Calvin tidak faham maksudnya.

"Dah tu? Kita tak sepadan sebab awak terlalu cantik? Begitu?" Usik Calvin lagi sambil mencuit dagu Angela.

Angela menggeleng lagi. Calvin cuba memikirkan penyebab lain pula.

"Awak tak sedar ke siapa saya? Ayah saya? Pekerjaan saya sebelum ini? Saya bukan perempuan baik seperti yang awak sangka," jelas Angela.

"Kenapa pula macam tu? Saya tak peduli semua tu sebab saya ikhlas cintakan awak. Saya dapat rasa yang awak memang perempuan baik. Awak perempuan idaman setiap lelaki," pujuk Calvin sambil membelai mesra rambut Angela.

"Tapi saya miskin..."keluh Angela, sedih mengenangkan nasib dirinya. "...saya tak sekolah tinggi. Sekarang menganggur pula, hmm...tak tahulah...terlalu banyak jurang antara kita. Saya tak nak nanti keluarga awak malu sebab saya orang miskin."

Calvin memeluk Angela seeratnya. Dia faham maksud Angela. Gadis itu masih tak tahu yang dia tidak punya keluarga selain ayahnya yang bakal masuk penjara, kerana bersubahat dengan Datuk Wong.

Ibunya telah lari sejak dia masih kecil, kini berada di Eropah dan telah berkahwin lagi. Dia tidak pernah ingin menemui ibunya. Bagi dia ibunya sudah lama mati.

Dia dibesarkan oleh mendiang datuknya yang pengamal seni bela diri di sebuah tokong Budha. Dia bukan asal orang berada seperti yang dilihat Angela sekarang. Hidupnya berubah sejak menjadi ejen rahsia sebuah agensi swasta selama lapan tahun yang lalu. Dia mendapat upah yang tinggi setiap kali berjaya menyelesaikan misi. Kesimpulannya, dia bukanlah sesiapa.

"Untuk pengetahuan awak, saya tak punya keluarga.." Calvin memecah sunyi.

"Maksud awak?"

Saksi (complete)✅Where stories live. Discover now