Bab 5

46 3 0
                                    

Deringan telefon yang memekak sejak tadi akhirnya mengejutkan Zhang Min dari lena. Dalam keadaan mamai dia meraba sekitarnya namun hampa. Handphone masih berdering nyaring minta dijawab. Dia memaksa diri menggerakkan tubuhnya dan meraba bawah seat kereta tempat dia tidur; akhirnya ketemu.

Tertera perkataan 'Angel calling' pada skrin yang menyala terang. Matanya terus segar bugar. Cepat-cepat dia menjawab panggilan itu.

"Ahmin! Ahmin! Ambik aku cepat! Kat Petronas ni, depan rumah Datuk Wong. Cepaaaatttt!!!" Pekik suara di hujung sana.

"Ah...aa...Ok-ok, aku datang sekarang!" Jawab Zhang Min sambil kelam kabut menghidupkan enjin kereta.

Dia berada di luar pondok jaga semalaman. Sengaja dia berjaga di situ menunggu panggilan dari Angela hingga dia tertidur tanpa sedar.

"Cepat-cepat Min, aku dalam bahaya ni. Mampos kalau aku tertangkap. Aku tunggu kau kat luar Petronas tepi jalan," kata Angela sebelum mematikan talian.

Zhang Min tidak sempat membalas, panggilan sudah dimatikan. Dari intonasi suara Angela jelas sekali kekasihnya itu sedang dalam keadaan bahaya. Entah bagaimana Angela melarikan diri sampai disana? Dia tertanya-tanya ketika memandu ke arah Petronas yang terletak di seberang Sutera Height.

Namun hatinya merasa sedikit tenang dari sebelum setelah mengetahui keberadaan Angela.

***

Sudah lima belas minit berlalu namun Leon masih cuba bersabar. Entah apalah yang dilakukan si minah itu di dalam bilik air...hatinya tertanya-tanya dan merasa sedikit sangsi. Ini masuk rokok kedua dihisapnya namun kelibat perempuan itu belum kelihatan.

Dia merokok dengan rakus dalam kereta sambil matanya melilau kiri dan kanan mencari kelibat teman barunya itu. Pintu kereta dibiarkan terbuka separuh.

Keadaan di stesen minyak agak lenggang di waktu begini. Hanya sebuah dua kereta berhenti mengisi minyak. Kelibat manusia yang lalu lalang pun kurang. Matanya kerap tertumpu ke arah jalan menghala ke bilik air yang terletak di belakang stesen. Jarang-jarang ada pelanggan yang keluar dari sana. Sebentar tadi hanya seorang kelibat perempuan memakai dress pendek paras paha dengan rambut mengerbang keluar dari sana.

Leon masih memerhati ke arah sana sambil merokok; menunggu perempuan yang memakai jumpsuit jingga sama sepertinya keluar dari sana. Dia memberi tempoh lima minit lagi. Kalau lebih dari lima minit si minah tidak muncul, dia sendiri akan kesana. Siaplah minah itu dia kerjakan nanti!

Tahap kesabarannya semakin tipis bila mengenangkan tugas mereka belum selesai. Menurut jadual mereka harus kembali semula ke banglo sebelum siang. Tapak perlupusan sampah tempat mereka membuang sisa tubuh mangsa agak jauh dari sini. Memandu kesana hampir mengambil masa sejam.

Masa terus berlalu. Rokok kedua pun sudah habis dibelasah. Leon mulai rasa terbakar. Tahulah nanti dia akan mengajar perempuan itu agar menepati masa.

Potong rokok yang masih berasap dicampak ke lantai dengan geram. Leon membawa marahnya menuju ke arah tandas di belakang stesen. Keadaan agak sunyi sepi ketika dia sampai di situ. Perasaan marahnya bertukar rasa was-was.

Was-was jika perempuan itu cuba menipunya atau melarikan diri daripadanya. Dia terhendap-hendap masuk ke dalam tandas wanita.

Kosong.

Tiada seorang pun di dalam sana. Kedua-dua pintu tandas terbuka. Sah! Perempuan itu telah tiada. Dia melilau ke kiri dan ke kanan manalah tahu si minah itu ada berhampiran situ. Namun hampa.

"Hei! Awak!" Laungnya ke udara.

"Mana awak! Kita dah nak pergi ni!"

Leon seperti orang gila terpekik-pekik sendirian di luar tandas. Laungannya tidak berjawab. Sah si minah itu tiada disitu. Entah kemana? Dia langsung tidak tahu. Nama minah itu pun dia tidak sempat bertanya. Dan raut wajah perempuan itu pun tak berapa diingatinya.

Tetapi kenapa perempuan itu menghilangkan diri? Tidak mungkin melarikan diri. Mereka sama-sama pekerja. Hairan. Dia tidak melakukan benda tak senonoh pun, tetapi kenapa perempuan itu menghidarinya?

'Ah, lantaklah dia nak kemana pun, yang penting kerja aku settle,' gumam Leon dalam hati.

Dia berlari anak ke arah kereta. Dari kejauhan dia terpandangkan perempuan yang memakai dress pendek tadi sedang melambai ke arah sebuah kereta di seberang jalan. Serentak itu handphone dalam poketnya berbunyi.

"Hmm...ada apa?" Jawab Leon sambil matanya masih memerhati ke arah seberang jalan. Kelihatan perempuan itu masuk ke dalam kereta berwarna hitam dan kereta itu memecut pergi.

"Hah! Apaaa?" Leon terpekik; terkejut dengan berita yang baru didengarinya.

"Jadi, perempuan itu Angela?" Dia mahu kepastian sekali lagi.

"Yerrr...itu Angela, perempuan yang bersama kau sekarang, mana dia? Dalam rakaman cctv dia naik kereta dengan kau!" Marah suara di hujung sana.

"Err...aa...aku," Leon kehilangan kata-kata. Bagaimana dia harus memberitahu ketua mereka yang perempuan itu telah hilang.

"Aku dah agak dah. Baik kau temukan dia secepat mungkin! Sebab dia bawa bukti rahsia kita. Hapuskan bukti itu sekarang juga! Ini perintah Datuk."

"Maksud kau? Bukti apa?" Leon kurang faham.

"Bodoh! Dia dan handphone dialah. Dalam cctv dia sempat merakam bilik bawah tanah. Sekarang kau pergi cari dia! Awas kalau kau gagal. Aku bunuh kau nanti!"

Talian dimatikan. Saat itu juga Leon teringatkan sesuatu. Bagaimana Angela melepaskan diri sedangkan dia berkawal di kereta memerhati ke arah tandas. Tiada seorang pun kelibat memakai sut jingga melintasi depannya. Dan tiada orang lain keluar dari arah belakang kecuali perempuan dress hitam dengan rambut mengerbang. Hmm...jangan-jangan...

Sepantas kilat Leon berpatah balik semula ke tandas di belakang stesen. Habis tong sampah di geladahnya mencari sesuatu. Sampah sarap bertaburan atas lantai di tandas wanita. Hampa. Tiada apa disitu.

Dia terpandangkan tong sampah di luar tandas. Segera dia menyelongkarnya dan sah! Sehelai sut
jingga ditemuinya disitu. Dan pasti sekali perempuan dress hitam itu adalah Angela!

Leon tidak menunggu lama. Dia lalu memecut keretanya keluar dari perkarangan stesen Petronas.

Saksi (complete)✅Where stories live. Discover now