Lima belas minit memandu seperti di litar sepang, Calvin sampai di apartment Hann's Residence. Suasana di bawah blok sedang kucar kacir dengan beberapa orang penduduk kecoh tentang kejadian tembak di tingkat tiga belas. Kebetulan Calvin sedang menunggu lif untuk naik ke tingkat atas. Dadanya semakin berdebar apabila mendengar ada yang tertembak. Harap-harap Angela baik-baik saja di sana.
Sewaktu cuba menelefon Angela, pintu lif terbuka. Salah seorang security sedang berdarah di bahu dan dipapah oleh dua orang rakannya berada dalam perut lif. Kemuculan rombongan seragam putih itu semakin menggemparkan para penduduk di situ.
Namun Calvin tidak ada masa ikut mereka mengerumuni pak guard yang malang itu. Angela lebih penting dari segalanya bagi dia. Dia hanya sempat bertanya kepada salah seorang security disitu apakah mereka sudah menghubungi polis atau belum.
Sampai Calvin di tingkat 13, keadaan kurang lebih seperti di bawah. Dia juga menjadi perhatian jiran tetangga kerana rumahnya yang menjadi target penjahat itu. Mereka memberitahu yang mereka terdengar suara lelaki marah-marah sambil menendang pintu. Kerana tidak tertahan lagi, salah seorang jiran mereka, Puan Husna keluar untuk menegur lelaki itu.
"Dia marah akak, tiba-tiba keluarkan senjata nak tembak akak. Masa tu lah pak guard muncul. Dia tembak pak guard pulak, dan terus lari ikut tangga kecemasan," cerita Puan Husna.
Calvin sempat mengingatkan Puan Husna agar memberi kesaksian begitu kepada pihak polis nanti. Wanita itu mahu bertanya lagi tentang perempuan yang dipanggil oleh penjahat itu, tetapi Calvin sudah berlalu ke rumahnya.
Pintu rumah di buka. Calvin menyerbu masuk ke dalam. Kosong. Dada Calvin berdebar kembali. Matanya mengitari segenap pelosok rumah sambil memanggil Angela.
Sebaik terdengar suara Calvin di luar, Angela segera meluru ke pintu. Lega hatinya melihat kemunculan lelaki itu. Keduanya lalu berpelukan beberapa minit.
"Awak ok?" Tanya Calvin sambil mengusap belakang Angela.
Gadis itu menggelang.
"Ayah saya macam mana?" Tanya Angela masih risaukan keselamatan ayahnya di kampung. Ugutan lelaki itu masih terngiang di telinganya.
"Jonas ada kat sana," balas Calvin sambil merungkai pelukan. Handphone dalam poket dikeluarkan. Nombor Jonas segera dicari, saja ingin bertanyakan perkembangan di sana.
Lega hati Angela sebaik mendengar khabar ayahnya baik-baik saja. Jonas berjanji akan bermalam di pondok kebun bersama Pak Lang malam ini.
Calvin meminta diri sebaik teringatkan tugasnya belum selesai di bawah sana. Dia masih ada urusan belum di selesaikan. Lagi pula rumah dia yang menjadi target penjahat tersebut.
***
Selesai urusan di balai, Calvin singgah sekali lagi ke rumah Datuk Wong. Malangnya orang tua itu tidak mahu bertemu dengannya. Richard yang menjadi pengantaraan mereka berasa serba salah namun dia terpaksa akur kepada Calvin.
Tanpa ketukan Calvin menerjah masuk begitu saja. Datuk Wong terperanjat beruk di tempatnya. Bukankah dia sudah menolak bertemu Calvin, bagaimana lelaki itu boleh lepas sampai ke pejabatnya. Belum sempat dia memanggil Richard, lelaki itu sudah menjelmakan diri di belakang Calvin.
"Maaf Datuk, saya dah cuba halang..."
"Ah, sudah!" Potong Datuk Wong apabila Richard bersuara, "...kau memang tak boleh harap! Pergi!"
Richard segera cabut. Namun tidak jauh. Dia berkawal di luar bilik, sambil memasang telinga.
Calvin memandang sinis Datuk Wong yang berdiri di tepi meja. Dia melontarkan sekeping envelop saiz a4 ke meja tulis. Datuk Wong lalu membukanya sambil berdebar. Apa lagi helah budak hingusan ini? Sekeping gambar dan dua keping kertas a4 yang mengandungi maklumat peribadi seseorang. Dia menatap gambar itu sesaat sambil mengerutkan dahi, kononnya tidak tahu menahu tentang lelaki yang terpampang dalam foto tersebut.
"Siapa dia?" Tanya Datuk Wong beralih kepada Calvin.
"Sepatutnya aku yang tanya siapa dia?" balas Calvin sinis.
"Kalau tujuan kau datang nak tanya siapa lelaki tu, kau salah tempat. Aku tak kenal orang itu," ujar Datuk Wong selamba dan kembali ke kerusinya semula.
"Betul kau tak kenal?" Tanya Calvin lagi sengaja menguji orang tua itu.
"Aih...pergi balik sajalah," keluh Datuk Wong sambil memberi isyarat menghalau Calvin.
"Kau bukan lagi keluarga ini, jangan kau lupa, kau sendiri yang memutuskan pertunangan dengan Joyce."
"Dan jangan kau lupa, aku tak pernah cintakan anak kau," balas Calvin pula, sambil mengutip balik foto dan kertas a4 tadi. Lalu disimpannya semula dalam envelop. Dia sempat melekatkan sesuatu di bawah meja.
"Cinta tak cinta belakang kira. Cukup sorang sahaja yang mencintai," kata Datuk Wong lagi, cuba membela nasib anaknya yang dikecewakan oleh Calvin.
"Joyce nak balik hujung bulan ini. Kau berdua settle kan baik-baik masalah korang," sambungnya lagi.
Calvin sedikit tersentak mendengar khabar Joyce akan balik ke Malaysia. Dia mulai tidak senang hati.
"Aku nak kau tarik balik kata putus hari tu, selagi aku masih bersikap baik. Bapak kau masih banyak berhutang dengan aku. Kau kena ingat tu."
"Kenapa pula? Victor yang berhutang, bukan aku!" Tengking Calvin mulai panas.
"Tapi kau yang buat dia berhutang dengan aku!" Tengking Datuk Wong balik.
"Kalau bukan jasa aku, kau tak ada disini! Pasti sekarang kau meringkuk dalam penjara di Thailand. Aku yang bantu bapak kau berurusan dengan kedutaan Thailand, kau faham?"
Calvin mencebik. Sudah berapa kali dia mendengar hal yang sama. Oleh sebab itu dia terpaksa bertunang dengan Joyce.
"Kau bantu aku bukan sebab Victor. Tapi sebab Joyce. Kau juga bukan membantu secara percuma. Rasanya Victor sudah membayar jasa kau itu, kan?"
"Apa kau merepek?" Pekik Datuk Wong mulai terbakar. "Baik kau berambus sekarang sebelum aku naik hantu!"
"Aku memang nak berambus. Aku singgah sebab nak tanya, manalah tahu kau kenal budak dalam gambar tu....sekarang polis sedang mencari dia."
"Biarlah polis cari dia! Apa kena mengena dengan aku!"
Calvin tersenyum sinis sebelum berlalu. Datuk Wong sangat marah. Sempat dia melontar pen ke arah pintu yang terbuka luas. Setiap kali Calvin datang, tak pernah tak menyakitkan hatinya. Dia tahu niat sebenar Calvin yang mahu memerangkapnya.
"Richard!"
Sepantas kilat Richard muncul di muka pintu. Dia memang berdiri di luar pintu sedari tadi.
"Ada tak mangkuk ayun tu call?" Tanya Datuk Wong mahu kepastian.
"Belum ada, bos. Polis sedang memburu dia," jelas Richard.
"Block nombor dia sekarang. Jangan ada kaitan dengan dia."
"Baik, bos."
"Cuba cari lokasi dia sekarang. Dapatkan maklumat lepas tu bunuh."
"Baik."
"Kau tahu kan apa perlu dibuat..."
Richard mengangguk.
"Kita kekurangan subjek. So, jadikan dia subjek."
Sekali lagi Richard mengangguk.
![](https://img.wattpad.com/cover/261810355-288-k632781.jpg)
YOU ARE READING
Saksi (complete)✅
RomanceTerlepas dari mulut buaya, masuk ke mulut harimau. Begitulah hal yang terjadi kepada Angela selepas berjaya melarikan diri dari banglo Datuk Wong. Dia dikejar pihak polis kerana dituduh membunuh kekasihnya dan diburu pengikut Datuk Wong kerana peran...