Bab 32

22 3 0
                                    

Angela terjaga sebaik menyedari cahaya memancar terang menembusi langsir tingkap. Rupanya keadaan sudah terang berderang. Entah pukul berapa sekarang. Nahas kalau dia terlewat menyediakan sarapan pagi.

Sewaktu hendak bangkit dia terasa sesuatu menghalang kakinya. Sebujur tubuh tanpa baju sedang berada di bawah kakinya. Angela terkejut beruk. Cepat-cepat dia menarik kakinya perlahan-lahan takut mengejutkan Calvin yang masih lena.

Alamak, malunya... Angela memaki diri
sendiri. Mengapa dia tidur ganas sekali hingga tak sedar meletakkan kaki di atas tubuh Calvin. Apa pun, permainan malam tadi sangat menyeronokan baginya. Mereka bermain beberapa pusingan selama hampir dua jam hingga miss v dia melecet. Angela tersengih sendirian mengenangkan keindahan malam tadi.

Calvin terjaga selepas beberapa minit Angela beredar. Tangannya meraba sekitar mencari tubuh Angela. Kosong. Mungkin gadis itu telah bangun fikirnya. Dia menguap dan menggeliat beberapa kali sebelum bangkit. Tubuhnya terasa lelah seolah-olah tidak cukup tidur. Malam tadi dia tidak dapat tidur dengan nyenyak. Dia sering terjaga disebabkan gaya tidur Angela yang ganas. Mungkin lain kali dia kena mengikat tubuh gadis itu dengan tali supaya tidak bergerak.

Calvin menjenguk keluar dari pintu kamar. Kedengaran bunyi pinggan mangkuk berlaga dari arah dapur. Kelihatan Angela sedang menyediakan sarapan pagi. Calvin tersenyum melihat pemandangan indah di hadapannya. Alangkah bertuahnya hidup dia memiliki bakal isteri yang cantik dan rajin di dapur. Mana nak cari perempuan full pakej seperti Angela di zaman sekarang.

Calvin gagal mengawal perasaan. Dia
menghampiri Angela di dapur dan memeluk gadis itu dari belakang. Angela berhenti dari kerjanya membancuh kopi dalam teko.

"I love you," ucap Calvin romantis seperti selalu.

"Awak dah bangun?" tegur Angela mesra.

"Kenapa tak kejutkan saya?"

"Awak kan cuti hari ni...kenapa? terlepas waktu jogging ke..." Perli Angela. Dia tahu Calvin sangat aktif berolahraga selain pergi ke gym atau pusat latihan bela diri.

"Hmm...hari ni malas nak pergi jogging. Saya takde mood.." balas Calvin sambil merungkai pelukannya. Dia beredar semula ke bilik tidur.

"Lah...kenapa pula takde mood? Saya happy hari ni sebab nak jumpa ayah," kata Angela girang.

"Untunglah ada ayah..." keluh Calvin pula.

"Eh, kita kan nak pergi bersama...kan kita nak tanya ayah dulu," kata Angela seraya mengingatkan rancangan mereka malam tadi.

Calvin tidak menjawab. Lelaki itu telah masuk ke kamar semula. Semalam mereka mengambil kata sepakat untuk memberitahu Pak Lang bersama.

Angela tidak mahu membelakangi ayahnya lagi.
Entah ayahnya bersetuju atau tidak, tak tahulah. Kalau ayahnya tidak setuju, mereka akan memujuk Pak Lang sampai setuju. Dia sangat berharap ayahnya merestui hubungannya dengan Calvin. Dulu ayahnya bermatian melarang dia berkawan dengan Zhang Min, mungkin kerana pekerjaan kelab malam. Tetapi Calvin jauh berbeza dengan Zhang Min. Mereka juga banyak terhutang budi dengan Calvin. Masakan ayahnya menolak lelaki itu.

"Tak siap lagi?" Teguran Calvin mematikan lamunan Angela di meja makan.

Lelaki itu telah siap mandi dan kelihatan segak memakai kameja dan jean. Nampak simple dan elegan. Angela terpaku seketika.

"Hellooo..."Calvin memetik ibu jari, "...jadi tak nak jumpa ayah?"

Angela tersengih. Nampaknya rancangan mereka semalam akan diteruskan. Hari ini pasti menyeronokkan. "Yahooo!" Angela bersorak riang sambil terlompat-lompat masuk ke biliknya.

Calvin tersenyum sendiri melihat telatah Angela yang gila-gila. Mungkin sebab itu hatinya terpikat kepada gadis itu. Semalam dia berjaya memujuk Angela untuk berkahwin. Kedengaran gila tetapi itulah hakikatnya.

Dia nekad mahu memperisterikan Angela walaupun ramai yang akan menentang nanti terutama Joyce dan Victor. Dia berharap Victor tidak masuk campur urusannya. Namun, jika lelaki itu berdegil, dia tidak akan menolong ayahnya di muka pengadilan. Malah dia sendiri yang akan mengheret orang tua itu ke penjara.

Harapan dia sekarang semoga Pak Lang merestui hubungan mereka. Dia juga meminta tolong Jonas semasa berhadapan dengan orang tua itu. Keadaan pasti menjadi mudah kalau Jonas tolong meyakinkan Pak Lang sekali.

***

Pagi itu, Pak Lang baru balik dari market Sibu sewaktu Angela dan Calvin sampai. Cerah muka Pak Lang sebaik melihat kedatangan anaknya. Menyedari Calvin ada sekali, Pak Lang segera mengajak keduanya naik ke atas pondok. Calvin menolak sebaik memandang keadaan pondok yang berantakan. Lantainya pula hanya beralaskan tikar mengkuang yang telah lusuh. Lantai papan juga kotor dan berhabuk.

Pak Lang segera mencapai penyapu lidi dan kelam kabut menyapu lantai pondok apabila menyedari mata Calvin mengitari sekeliling. Angela juga sedar namun pura-pura tidak peduli. Biarlah Calvin nak fikir apa pun. Namanya dah pondok kebun, memanglah keadaan kotor. Mana boleh nak disamakan dengan hotel lima bintang.

"Naik sajalah, nanti ayah reject awak," bisik Angela seraya mengingatkan Calvin tentang tujuan utama mereka.

Calvin tiada pilihan lain. Demi menjaga hati Pak Lang dia terpaksa menepikan ego dia sebentar. Pak Lang segera mengambil surat khabar lama yang digunakan membalut sayur untuk dijadikan alas Calvin duduk. Sekali lagi Calvin terpaksa akur.

"Awak ok?" Tegur Angela sambil menyentuh tangan Calvin. Raut wajah lelaki itu agak serius seperti drakula dahagakan darah. Angela tahu Calvin jijik terhadap debu dan kotoran.

Calvin hanya menggeleng tanpa suara apabila Angela bertanya. Pak Lang telah menghilang entah kemana. Mungkin pergi ke dusun di belakang memetik buah. Ayahnya memang begitu kalau ada tetamu berkunjung ke pondok kebun mereka.

"Nak hirup udara segar tak?" Tawar Angela, tidak berhenti tersenyum sejak tadi.

"Kemana?" Soal Calvin seperti tertarik.

"Kebun sayur? Atau dusun buah? hmm...atau sungai kat kaki kebun."

"Tak apalah. Saya lebih selesa hirup udara segar kat sini," balas Calvin.

Angela tergelak kecil. Dia tahu Calvin memang tak suka suasana kampung kerana menjijikkan. Tapi hairan, mengapa Calvin suka gadis kampung sepertinya? Kalau begitu Calvin harus belajar kehidupan orang kampung.

Mereka dikejutkan oleh kemunculan sebuah kereta yang tidak asing lagi bagi mereka.

Saksi (complete)✅Where stories live. Discover now