Bab 28

15 3 0
                                    

Suara Datuk Wong memberi perintah kepada Richard sangat jelas. Calvin tersenyum sinis dalam kereta sambil mendengar perbualan keduanya melalui handphone. Semasa bersoal jawab dengan orang tua itu dia sempat meletakkan alat perakam suara di bawah meja. Tujuanya memudahkan dia memantau pergerakan orang tua itu. Rakaman itu boleh juga dijadikan bukti.

Dia memang sudah mengagak Datuk Wong akan membunuh Leon. Nama penuh budak itu ialah Leornad dari kaum etnik Lunbawang. Dia mendapatkan maklumat peribadi Leon melalui bantuan sepupunya yang masih bekerja dengan ATLAN, sebuah unit rahsia tempatnya berkhidmat dahulu.

Sepupunya, Paul juga mengirim beberapa keping gambar keluarga Leon berlatar belakangkan  kampung mereka di Lawas Miri. Gambar itu diperolehi dari sistem gps satelit. Melalui sistem yang canggih itu mereka boleh merentasi serata dunia.

Calvin menyimpan gambar itu. Dia akan menggunakannya apabila tiba masanya nanti.
Dia punya rancangan sendiri tanpa melibatkan polis; kerana dia tahu ketua jabatan mereka bersengkokol dengan Datuk Wong.

Telefonnya berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Tertera 'Diana calling' pada skrin yang menyala terang. Lantas dia menjawabnya.

"Awaakk..." rengekan Angela membuatnya mulai merindu gadis itu.

"Lama lagi ke?" Tanya Angela manja dalam talian.

"Jangan tunggu, mungkin sampai pagi esok," jelas Calvin.

"Alaaa..." Angela merengek lagi.

"Tak pasti. Kalau siap awal saya balik secepat mungkin. Awak tidurlah."

"Hmm...ok, tapi saya tidur kat bilik awak ok..."

"Apa?" Calvin agak terkejut, dia teringat cara tidur Angela yang ganas dan mulut Angela terngaga. Takut nanti air liur basi gadis itu terkena bantal.

"Heheheh...saya gurau jer...taklah, saya lebih selesa tidur bilik sendiri," kata Angela sambil tergelak kecil.

Calvin pula berasa serba salah. Nampak sangat dia berkira, nanti merajuk pula gadis itu.

"Err...tak apa, awak tidurlah kat bilik saya. Tapi jangan tunggu saya balik."

"Hmm...ok," Angela mengakhiri perbualan.

Talian dimatikan. Calvin kembali fokus kepada pengitipannya; mengawasi kawasan sekeliling banglo Datuk Wong yang terletak di hujung sekali. Dia menunggu dalam kereta yang diparkir bawah pokok dari jarak 30 meter. Disitu dia boleh melihat dengan jelas siapa yang keluar dari rumah tersebut. Kali ini dia tidak memandu Ferrari, tetapi kereta sewa. Keretanya itu terlalu menyerlah di bandar Sibu yang agak kekampungan. Mungkin dia kena memulangkan semula kereta itu kepada Victor dan memilih kereta lain.

Ketika sedang mengelamun tentang kereta, dia ternampak kelibat Richard bersama dua orang pengawal keluar dari rumah dan masuk ke dalam sebuah kereta. Beberapa minit kemudian, sebuah honda civic berwarna hitam bergerak keluar dari perkarangan rumah. Calvin segera menangkap gambar nombor flat tersebut. Lalu dikirimkan kepada Paul yang sedang menunggu di hadapan komputer. Dari sana Paul dapat melancak nombor flat tersebut dan memaklumkan kepada dia.

Setelah dua minit berlalu, baru Calvin mula mengekori Honda tadi. Keadaan jalan raya yang lenggang agak menyukarkan Calvin mengekori dengan jarak dekat. Oleh itu dia memerlukan bantuan Paul.

Calvin pasti Richard sedang mencari lokasi Leon. Tujuan dia mahu menghalang Richard membunuh Leon kerana dia perlukan Leon sebagai suspek utama pembunuhan di Jalan Sebauh. Memang Leon yang membunuh Zhang Min dan pemandu lori itu. Leon mesti bertanggungjawab atas perbuatannya.

Sampai di simpang tiga, Calvin kehilangan jejak kerana terlalu jauh ketinggalan.

"Masuk jalan kiri, terus sampai satu simpang, masuk lorong kanan..." arah Paul melalui earphone.

"Ada lorong pulak? Lorong apa?" Tanya Calvin sambil memandu mengikut arahan sepupunya.

"Tak pasti lorong apa, tapi macam kawasan perindustrian," jelas Paul di hujung sana.

***

Pancaran cahaya kereta yang terang menyilaukan mata. Leon tertanya-tanya kereta siapa. Dia sedang berjaga-jaga, manalah tahu kereta polis atau orang lain. Senjata api digenggam kemas dengan tangan berada di belakang.

Kereta tersebut berhenti tidak jauh dari tempatnya berdiri. Keluar tiga orang lelaki dari perut kereta. Puas Leon mengamati di bawah cahaya bulan rupanya Richard. Dada Leon berasa lapang. Pistol tadi disimpan kembali.

"Kau rupanya, aku ingatkan siapa..." bebel Leon sambil mendapatkan Richard.

"Aku tak ada masa berlama. Sekarang beritahu aku, kenapa kau pergi rumah Calvin?" Soal Richard terus kepada inti.

Leon terpinga-pinga, tidak faham. Siapa pula Calvin. Seperti pernah didengari nama itu. Dia cuba mengingat sesuatu.

Seminit Leon melongo cuba memerah otaknya yang lembab. Richard geram lalu menampar kepala Leon. "Bodoh! Cakap cepat!" Marah Richard.

"Kau ni asyik nak marah je..." keluh Leon sambil menggosok kepalanya yang kena tampar. Dia faham sangat sikap Richard yang agak tegas dengan orang bawahan seperti dia.

"Kalau ya pun, bagilah aku rokok dulu. Tak ada makanan tak apa, asalkan rokok ada..." kata Leon lagi.

"Banyaklah rokok kau! Tak ada rokok!" Tengking Richard kasar.

Kebetulan pula salah seorang pengikut Richard sedang merokok tidak jauh dari situ. Leon memandang Richard sinis sebelum mendapatkan  pengikut itu. Richard semakin geram dengan sandiwara Leon. Sebenarnya dia sedang mengejar masa, Leon pula saja menlengahkan masa.

"Leon," Panggil Richard agak lembut.

Leon baru mula merokok. Dia menoleh ke arah Richard. Rokok di tangannya terlepas sebaik melihat Richard mengacukan pistol ke arahnya. Leon tertelan air liur sendiri. Dadanya mula berdebar kencang dan kepalanya mula memproses sesuatu. Kini dia faham tujuan  Richard kemari.

"Beritahu aku, kenapa kau ke rumah Calvin?

Saksi (complete)✅Where stories live. Discover now