SCURH | 07

872 80 5
                                    

Sekarang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sekarang...

SEPENUH kepercayaan diberinya kepada jejaka yang berstatuskan abang ipar demi menjaga dan membahagiakan seorang saudara perempuan yang dia punya. Namun, sebuah berita yang didengari beberapa bulan selepas itu menyebabkan kepercayaannya terkhianati. Diranap hancur sehingga tiada lagi secebis kepercayaan yang mampu dia berikan. Sehingga pintu hati ditutup kemas daripada menerima sebarang penjelasan. Setiap kebenaran.

Seorang isteri yang dinikahi dengan penuh muslihat yang menjadi mangsa hanya kerana wanita itu merupakan saudara kandung kepada lelaki yang dibencinya. Demi melempiaskan amarah dan dendam yang bersarang di jiwa, satu persatu perkara yang dibuat oleh abang ipar... dia laksanakan kembali. Menikahi si isteri atas dasar 'cinta'. Bersama si isteri atas dasar 'hak'. Menduakan si isteri atas dasar 'pembalasan'. Dan meninggalkan si isteri atas dasar 'dendam'... juga 'keliru'.

Sepasang mata dipejamkan rapat. Penuh kesal. Pelipis dipicit kuat. Cuba menghapus dosa masa lalu yang asyik menghantui. Namun, seberapa kuat dia mencuba untuk melupakan... perasaan bersalah itu kian menghimpit sanubari. Sungguh, betapa hati merindu pada si dia yang sekian lama tidak pulang ke pangkuan.

Lama dia berkeadaan begitu sebelum bunyi telefon pejabat kedengaran dan menghapus pergi memori silam itu. Segera wajah dipanggung ke hadapan lalu dia mencapai gagang telefon kemas di genggaman. Diletakkan objek itu dekat dengan telinga.

"Tuan Iman Raykal... nak aku naik ke atas untuk sambut kau turun bawah?" Sahabat karib yang juga merupakan majikan di tempat kerjanya bersuara dalam perlian. Memang patut pun kena perli. Seharusnya dia sudah bersedia untuk mesyuarat pada hari ini. Turun ke awal lebih dahulu daripada majikannya itu. Ini terbalik pula. Macam dia pula majikan di situ!

"Sorry, bro. Tak tengok jam tadi. Aku nak turun ni. Lima minit erk." Tanpa perasaan serba-salah, dia mengungkap satu demi satu ayat itu. Fikirannya hari ini melayang jauh. Mengingati seseorang yang kian dirindui.

"Erm... cepat sikit. Masa tak tunggu kita. Kita yang kena kejar masa. Supaya tak terlepas segala peluang yang ada. Lima minit tepat atau kau bakal kehilangan 'peluang' ni buat selamanya."

Berkerut dahi Raykal hendak mencerna kata-kata itu. Seakan membawa makna tersirat yang sangat sesuatu. Peluang apa? Projek? Bukan dah dapat ke? Ini pun mesyuarat untuk buka kertas kerja. Haish... member seorang ni, kalau dah memang suka bermadah. Madah jugalah semua kata-katanya.

"Off." Sepatah balasannya demi memberitahu bahawa dia bakal meletakkan panggilan. Tidak menunggu lama, gagang telefon itu diletakkan perlahan. Cermat.

Kemudian, segala kertas dan fail yang berselerak di atas meja kerjanya dikemaskan laju sebelum penampilan pula diberi tumpuan. Usai itu, barang peribadinya dicapai lalu dimasukkan ke dalam poket seluar dan beg bimbit. Sudah merasa cukup bersedia untuk sesi mesyuarat itu, dia segera mengatur langkah keluar dari bilik pejabat.

Project Manager.

Jawatan yang disandang hanya kerana ihsan seorang sahabat. Lompat kelas namanya! Nasib sahaja jawatan yang disandang ini berkaitan dengan kursus yang diambil semasa belajar dahulu. Kalau tidak, rugi sahaja 4 tahun dia menghabiskan masa jauh nun di Sabah.

"INI peluang yang kau sebut dalam fon tadi, Pan?" Dia berbisik dekat dengan sahabatnya sambil anak mata mengerling lama seraut wajah yang dapat diperhati dari kejauhan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"INI peluang yang kau sebut dalam fon tadi, Pan?" Dia berbisik dekat dengan sahabatnya sambil anak mata mengerling lama seraut wajah yang dapat diperhati dari kejauhan. Manis wajah itu. Pembetulan, anggun. Sesuai dengan penampilannya yang terlihat profesional dan raut yang sudah terlihat lebih matang dari sebelum ini. Ada rindu yang menyusup di dada dalam sedar. Tidak sangka, sahabatnya itu masih mengenali si dia yang sedang diperhati.

"Aku tahu, aku juga bersalah dalam memisahkan kau dengan dia, isteri dan anak kau. Aku nak tebus silap aku. Aku tahu dia client kita. Aku dah tahu lama. Tapi, aku diamkan sebab aku nak pastikan yang dia betul isteri kau. Lagipun, aku nak syarikat dia betul-betul terikat dengan syarikat kita sebelum aku bawa kau jumpa dia. Supaya dia tak ada ruang untuk melarikan diri daripada kau," jelas Irfan Arkashah. Menceritakan perihal sebenar.

"Eh, tapi dia tak cam pula..." Tidak sempat dia menghabiskan ayat tatkala teringatkan sesuatu. Sesuatu tentang sahabat yang selama ini menjadi batu api dalam kisah dia dan isterinya, juga sahabat yang selama ini sudah banyak membantunya semasa jatuh dan bangun.

"Hah! Hah! Kau jangan... Aku merajuk karang!" ugut Irfan. Tidaklah serius sebenarnya.

"Sorry. Lupa pula aku." Raykal tersengih serba-salah. Bagaimana dia boleh melupakan hakikat bahawa seraut wajah sahabat itu bukanlah asli seperti dahulu? Sudah berubah sepenuhnya lantaran sebuah tragedi yang hampir meragut beberapa nyawa. Tragedi yang jikalau diberi peluang, meraka mahu lupuskan ia daripada kotak ingatan. Supaya perasaan kesal itu tidak akan pernah wujud sampai bila-bila.

"Erm... dah lah. Jom gerak. Kau jangan jadi gila talak pula nanti. Tenang je, okey. Ingat. Profesional. Inshaallah, tak lari mana bini kau tu. Kalau dia lari pun, aku akan bantu kau supaya dia tak dapat lari," pesan Irfan sambil menepuk bahu si teman.

"Thanks, bro," ucap Raykal penuh terharu.

"Naa... don't mention that. I owe you. Aku yang akan menyesal nanti kalau tak tolong kau. Eh... dah, dah. Karang lama pula dia orang tunggu."

Raykal menarik nafas dalam sebelum dihembusnya perlahan. Bersama debar yang jelas memalu palung rasa di dada, dia melangkah menuju ke arah seorang wanita yang selama ini dinanti kembali hadir di sisi.

Mencintaimu, Bidadariku : Raisha Hanani | Spin Off Penghulu BidadarikuWhere stories live. Discover now