SCURH | 05

1.5K 115 11
                                    

"HAH! Mengintai anak dara orang!" Sapaan yang didengari daripada seorang gadis dari belakangnya membuatkan dia menoleh pandang ke arah itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"HAH! Mengintai anak dara orang!" Sapaan yang didengari daripada seorang gadis dari belakangnya membuatkan dia menoleh pandang ke arah itu. Seraut wajah yang terpampang jelas di hadapan mata ditatap dalam debar. Gelabah apabila tingkah lakunya sedari tadi mendapat tumpuan daripada adik kepada si dia, pendebar jantung. Senyum nakal yang tersungging di bibir mungil itu membuatkan dia semakin tidak tentu arah.

"Ish, pandai-pandai aje dia buat cerita." Dia menafikan sebelum langkah kaki diatur ke arah lain. Wajahnya sudah terasa membahang pada saat ini. Memerah jugakah?

"Elele... tak nak mengaku pula dia. Chill lah, Ekal. Tak ada sesiapa nak marah kalau betul you suka dekat Sha pun," giat Lisa. Langkah jejaka itu dibuntuti dari belakang seakan sedang menagih perhatian daripada jejaka idaman yang tidak melayan. Ceit!

"Merepeklah, Lisa. I tak ada apa-apa perasaan pun pada kakak you lah." Bibir menafikan, tetapi anak mata tetap juga terhala ke arah si manis itu. Ayu bersimpuh di sisi kakaknya. Berbual sambil memerhati bakal pengantin itu memakai inai merah di jari-jemari.

"Iya lah tu... Macam orang tak nampak mata dia melirik ke mana. Tapi, tak apa pun kalau you tak ada perasaan dekat kakak I tu sekarang. Nanti-nanti ada lah tu. Lagipun, kakak I tu memang ada aura memikat. Ramai juga yang 'test market' tapi dia tak layan. Rugilah you tolak perempuan yang mahal macam kakak I tu." Lisa masih tidak lagi berhenti mengusik. Suka dia melihat wajah dan telinga lelaki itu memerah apabila disakatnya. Nampak sangat dalam hati tu ada sesuatu! Ego aje lebih!

Raykal terdiam. Tidak membalas, tetapi fikiran sibuk menghadam kata-kata gadis itu. Ramai yang mahu mencucuk jarum dengan si dia? Haish... siapalah manusia bertuah yang dapat mengetuk pintu hati itu.

Dalam pada minda ligat berkerja memikirkan si pendebar jantung, anak matanya setia menikam ke arah wajah manis itu. Tidak dinafi ada aura yang membuatkan dia mahu terus memandang. Namun, ditepis pergi rasa itu tatkala pandangan itu bersatu dengan pandangannya. Erk? Cukuplah si adik yang mengusik tidak habis-habis, tidak betah dia andai gadis itu juga perasan dengan tingkahnya.

"Bila mata bertentang mata... hati di dalam terasa bagai nak gila..." Lisa yang sedar adegan di antara merpati dua sejoli ini tiba-tiba sahaja mendendangkan lagu lama itu. Meleret bersama nada suara yang cukup nakal sebelum dia berlalu pergi dari situ. Membiarkan lelaki itu menjegil mata ke arahnya. Tidak puas hati.

Berlalu sahaja gadis itu dari situ, Raykal juga turut mengatur langkah pergi. Kali ini, sudah tidak lagi dapat menatap si pendebar jantung kerana dia langsung ke dapur. Biarlah... daripada dia tidak fokus dengan hadirnya si dia, baiklah dia mengundur diri ke ruang lain. Membantu si ibu yang pastinya sedang sibuk di belakang sana.

Mencintaimu, Bidadariku : Raisha Hanani | Spin Off Penghulu BidadarikuWhere stories live. Discover now