"ABAH yakin ke dengan keputusan abah ni? Tak rasa terburu-buru ke? Abah taruhkan kehidupan kak Aira disebabkan abang Im tak datang ke majlis ni? Abah... tak akan sebab dia sempurna di mata abah, abah sanggup gadaikan anak sendiri? Abah belum cukup kenal lah Rayyan Harith tu jenis lelaki yang macam mana. Mampu ke dia nak jaga kak Aira dan jadi suami yang terbaik untuk kak Aira nanti?" Iman Raykal bersuara juga setelah beberapa lama keadaan di antara mereka sekeluarga sepi.
Hanya dia, abah dan umi yang berada di bilik tidur ibu bapanya itu. Berbincang tentang perancangan majlis yang tiba-tiba sahaja lari daripada perancangan asal. Hanya kerana sebuah pesanan digital yang diterima daripada seorang lelaki yang seharusnya menjadi pengantin lelaki.
'Maafkan Im. Im tak mampu teruskan perkahwinan ni andai bahagia anak perempuan abah bukan ada pada Im. Seeloknya abah serahkan anak perempuan abah kepada lelaki yang lebih layak.'
Malam tadi, elok dia berjumpa dan berbual dengan bakal abang iparnya. Tetapi, tiba-tiba sahaja pagi ini berita yang didapati mereka sekeluarga amat merunsingkan fikiran. Mahu sahaja dia bertemu dengan 'pengantin tak jadi' dan mengheret lelaki itu ke sini. Namun, ada air muka yang perlu dijaga di luar sana. Keluarga belah pihak pengantin lelaki itu sendiri. Keluarga datang, dia pula yang buat hal!
"Kamu yang belum cukup kenal seorang Rayyan Harith, Iman Raykal. Abah tahu dan sangat waras ketika abah mengambil keputusan untuk menjadikan dia sebagai menantu abah. Tiada cacat celanya dia untuk menjadi suami kepada kakak kamu." Suara Encik Khalid yang kedengaran menyedarkan dia kembali ke alam nyata. Wajah tua itu ditatap penuh gelisah. Macam nekad sangat abah nak bermenantukan lelaki yang tidak digemarinya itu.
"Abah, Ekal bukannya apa... tapi, tak kan lah cara bidan terjun macam ni? Kalau ya pun beradat lah, abah. Bincang dulu elok-elok. Suruh Rayyan Harith tu bawa wakil dia datang jumpa kita semua. Ish, tapi... tetap juga Ekal tak boleh terima lah. Lagipun, Ekal kenal dia, abah. Kami satu kelas dulu. Cara dia layan kak Aira tu... Ekal tak berkenan langsung. Itu baru jadi anak murid kak Aira. Kalau dah jadi suami? Gelap masa depan kak Aira tu nanti, abah." Dia masih lagi melontar rasa tidak puas hatinya kepada lelaki yang sedang dibahaskan mereka anak-beranak.
"Ish! Kamu ni! Ada pula cakap macam tu, Iman Raykal! Masa silam orang jangan duk ungkit. Kesian orang tu nak move on pun payah! Sebab orang macam kamu lah! Mulut tak reti jaga! Karang mulut tu umi cilikan! Kamu tak berhak menghukum dia. Entah-entah nanti pengakhiran hidup dia lagi baik daripada kita semua yang suka mengata dia ni!"
"Umi..." Raykal merengek tidak puas hati mendengar pembelaan si ibu bagi pihak jejaka itu.
"Keputusan abah muktamad. Kamu suka atau tidak... keputusan terletak di tangan abah. Abah wali mujbir yang layak menikahkan kak Aira walaupun tanpa persetujuan kakak kamu sendiri. Rayyan Harith tetap akan menjadi menantu kami dan kamu tak boleh halang keputusan abah!" putus Encik Khalid tegas sebelum dia mengatur langkah keluar dari bilik tidur itu.
YOU ARE READING
Mencintaimu, Bidadariku : Raisha Hanani | Spin Off Penghulu Bidadariku
Storie d'amoreKnown as Surat Cinta Untuk Raisha Hanani ALERT! SPOILER PENGHULU BIDADARIKU! DENDAM dan konflik kekeluargaan menyebabkan mereka terpisah. Si isteri pergi meninggalkan dan sang suami rela ditinggalkan. "Aku takkan lepaskan kau. Takkan sesekali sebel...