SCURH | 04

1.5K 136 14
                                    

DIA melangkah tenang ke arah seorang lelaki yang sedang merenung jauh ke arah bulan yang menerangi langit malam dari pangkin rumah kampung itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

DIA melangkah tenang ke arah seorang lelaki yang sedang merenung jauh ke arah bulan yang menerangi langit malam dari pangkin rumah kampung itu. Angin pada malam itu terasa agak menyejukkan suasana. Dia yang hanya memakai baju lengan pendek di tubuh sempat mencapai jaket dan menyarungnya sekali bersama tudung di kepala. Ringkas cara pemakaiannya.

Sebuah dehaman dikeluarkan demi menyedarkan manusia di sana bahawa dia turut berada di tempat yang sama. Wajah itu menoleh pandang dan mengukir senyum segaris buat tatapannya. Dia membalas seadanya.

"I dengar sesuatu daripada Ekal tadi." Dia membuka cerita kepada sang jejaka. Riak wajah itu cuba dibaca. Mencari sesuatu. Kecewa? Marah? Suka? Dia tidak tahu. Tetapi, yang pasti... dia mahu mendengar luahan hati si kembar tentang wanita yang dimaksudkannya sekarang ini.

"Sesuatu? Sesuatu apa?" Wajah itu berkerut keliru.

"Iyan... I ingat kita datang sini sekadar untuk melawat... sebab kita dah lama tak jumpa umi dengan abah." Raisha meluah inti pemikirannya.

"Memanglah. Memang niat I ke sini sebab nak jumpa umi dengan abah. Kenapa ni, Sha? I tak faham."

Raisha mengeluh perlahan. Runsing juga memikirkan si kembar. Entah apa yang ada di dalam hati dan fikiran lelaki itu, tidak dapat pula dia menebaknya. Perlahan, langkah diatur semakin dekat dan tanpa dipelawa dia melabuh duduk di sisi lelaki itu.

"I tak tahulah macam mana Tuhan cipta hati you, Iyan. I, kembar you ni pun... tak dapat nak selam hati you. Tak dapat nak baca apa ada dalam fikiran you. Kadang I rasa, you ni sangat tidak terjangka. Kenapa you tak bagitahu I yang kak Aira bakal berkahwin dalam waktu terdekat ni?" Tidak dapat mendengar luahan hati si kembar, dia pula yang meluah rasa.

"Apa bezanya you tahu atau tidak? Bukan you boleh halang perkahwinan dia orang pun. Sha... I ajak you ke sini bukan sebab nak ganggu majlis nikah tu. Tapi, I nak jumpa umi dengan abah yang I dah anggap macam ibu bapa I sendiri. Salah ke?" Rayyan carik hujung bibir ke tepi, namun ia bukanlah membentuk sebuah senyuman.

"Dan biarkan hati you sakit lagi bila melihat wanita yang you cinta... bersatu dengan lelaki lain?" duga Raisha. Kurang senang riak yang terpamer pada wajahnya.

"Jodoh ni, Sha... kita tak tahu. I malas lah nak cakap pasal ni. Hati I, I tahu nak jaga diri sendiri."

"Iyan... enough is enough. I tak nak you terus macam ni. You ingat I tak risau ke tengok kembar I macam ni? Sejak kecil, Iyan... Sejak kita kecil lagi... you dah lalui macam-macam perkara yang sukar. I tahu hati you dah cukup hancur sebelum ni. Janganlah tambah lagi." Raisha pula yang mahu menangis melihat wajah penuh tenang kembarnya itu.

Mencintaimu, Bidadariku : Raisha Hanani | Spin Off Penghulu BidadarikuWhere stories live. Discover now