IMAN Raykal menapak ke arah abang ipar yang sedang menonton televisyen sambil memangku anak di ribaan. Bukan main Muhamad Aisy Aidan melentokkan kepala di dada ayahnya sambil melayan cerita kanak-kanak di telefon pintar si ayah.
Dia melabuhkan duduk di sofa bersebelahan lelaki itu yang terlihat kosong. Memberi sapaan ringkas dengan menyebut nama lelaki itu. Tetapi, si abang terlihat ralit benar melayan adegan yang tertayang. Tatkala dia juga menumpukan anak mata terhadap skrin televisyen, fahamlah dia mengapa lelaki itu hanya menjawab 'erm...' kepadanya. Babak aksi sedang tertayang rupanya.
"Kak Aira mana?" soal Raykal mahu tahu apabila menyedari langsung tiada kelibat si kakak bersama lelaki itu. Jaranglah dia melihat pasangan romantis itu berenggang.
"Bersembang dengan umi dan Sha," jawab Rayyan senada.
"Nana pun?"
"Erm... girl's talk katanya. Tu yang aku bawa Aisy dengan aku. Biarlah dia orang."
Kepala Raykal terangguk-angguk. "Weh, aku nak cakap dengan kau sekejap ni," pintanya. Sekejap mengalih pandangan kepada sisi wajah abang ipar, sekejap lagi kembali tertumpu ke kaca televisyen.
"Apa?"
"Malam ni jaga Izz erk?" Kali ini, tumpuan Raykal benar pada wajah abang iparnya. Menatap wajah berjambang halus dan kemas itu penuh berharap. Topik perbualan yang dibuka berkisahkan tentang anak yang sedang tidur di dalam bilik.
Dahi Rayyan berkerut sekejap. Mengerling wajah si adik. Kening terjongket sebelah. Meminta penjelasan hanya melalui riak wajah.
"Nak dating dengan Sha. Sebenarnya hari ni, hari ulangtahun perkahwinan aku dengan dia. Dari pagi tadi aku langsung tak buat apa-apa untuk dia. Tapi, aku dah plan nak bawa dia keluar malam ni," cerita Raykal.
Rayyan menjatuhkan kepalanya sekali mendengar bicara lelaki itu. "Lama ke? Izz tidur dengan aku dan Aira ke macam mana?"
"Aku cuba balik sebelum jam dua belas. Kalau dah lewat sangat, tapi aku dengan Sha belum balik lagi... kau bawa lah Izz tidur dengan kau dulu."
"Okey." Mudah Rayyan memberi kata putus. Langsung tidak merasa terbeban dengan permintaan itu. Lagi pula, anak buahnya yang seorang itu sudah besar. Pastinya senang dijaga kerana tidak banyak ragam seperti bayi kecil.
"Thanks, brother." Raykal terseyum senang. Sambil itu, jari-jemari dibawa mencubit geram pipi Muhamad Aisy Aidan yang asyik menempel dengan bapanya. Dah besar panjang pun, bukan main menyelit bawah ketiak bapak!
Muhamad Aisy Aidan menepis sentuhan itu. Menggeliat tubuhnya tidak selesa. Selepas dipeluk di sisi tubuh oleh si ayah, barulah dia kembali tenang. Menumpukan perhatian terhadap cerita kanak-kanaknya.
Usai menyatakan hasratnya, Raykal berura-ura untuk bangkit daripada duduk dan menuju kembali ke bilik, tetapi suara si abang ipar mematikan langkahnya.
YOU ARE READING
Mencintaimu, Bidadariku : Raisha Hanani | Spin Off Penghulu Bidadariku
RomanceKnown as Surat Cinta Untuk Raisha Hanani ALERT! SPOILER PENGHULU BIDADARIKU! DENDAM dan konflik kekeluargaan menyebabkan mereka terpisah. Si isteri pergi meninggalkan dan sang suami rela ditinggalkan. "Aku takkan lepaskan kau. Takkan sesekali sebel...