IMAN Raykal melangkah keluar dari kereta Honda miliknya setelah mematikan enjin kereta. Pintu ditutup lalu butang kunci pada alat kawalan jauh keretanya ditekan. Kunci kereta dimasukkan ke dalam poket seluar kemudiannya.
Tidak menunggu lama, langkah diatur ke arah bangunan tempat isterinya berkerja. Hari ini, dia berniat untuk membawa si isteri keluar makan tengah hari bersama. Kebosanan di rumah kerana dia belum lagi mendapat jawapan terhadap permohonan kerjanya membuatkan dia terdetik untuk menganggu hari kerja wanita itu.
Tanpa sempat dia melangkah masuk ke dalam bangunan mewah itu, wajah seseorang kelihatan sebelum dia disapa dengan senyum mesra si wanita.
"Ekal..."
"Akak..." Dia turut membalas senyuman dan sapaan kakaknya.
"Buat apa sini?"
"Nak jumpa Sha," beritahunya senada. Tidak bereaksi teruja, bahagia mahupun yang seangkatan dengannya.
"Eh? Sha? Sha cuti kan, hari ni? Dia siap bagitahu akak, hari ni dia nak ambil Hannah, bawa pergi rumah kau orang berdua,"
"Huh?" Wajah Raykal terlihat berkerut-kerut tanda tidak memahami.
"Dia tak ada dekat rumah ke?" soal Humaira keliru apabila melihat wajah 'blur' milik si adik.
"Tak. Bukan ke dia kerja hari ni? Hari kerja, kan?" Raykal meminta kepastian.
"Memanglah. Tapi, dia ambil cuti. Satu office tahu yang dia cuti. Ekal tak tahu? Isteri Ekal, kan?"
Entah mengapa, mendengarkan bicara yang keluar daripada ulas bibir milik si kakak membuatkan seorang Iman Raykal diburu perasaan tidak senang. Mengapa isterinya itu tidak memaklumkan kepadanya? Cuti? Tetapi, tiada di rumah? Jadi, dia ke mana?
"Ekal terlupa kut. Tak apa lah, kak. Ekal balik dulu lah. Jumpa dia dekat rumah."
Sudahnya, Raykal meminta diri. Sudah tidak betah mahu berlama apabila diri mengetahui pembohongan si isteri. Isterinya itu merahsiakan sesuatu daripadanya. Tetapi, apa dia?
Langkah kaki diatur laju menuju ke arah kereta yang diparkir di ruangan lobi tadi.
YOU ARE READING
Mencintaimu, Bidadariku : Raisha Hanani | Spin Off Penghulu Bidadariku
RomanceKnown as Surat Cinta Untuk Raisha Hanani ALERT! SPOILER PENGHULU BIDADARIKU! DENDAM dan konflik kekeluargaan menyebabkan mereka terpisah. Si isteri pergi meninggalkan dan sang suami rela ditinggalkan. "Aku takkan lepaskan kau. Takkan sesekali sebel...