SCURH | 43

1.2K 103 44
                                    

PULANG ke rumah sendiri, hubungan mereka sudah meningkat ke satu tahap yang lebih baik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

PULANG ke rumah sendiri, hubungan mereka sudah meningkat ke satu tahap yang lebih baik. Walau si isteri masih lagi tidak benar-benar terbuka hati dan mesra seperti awal perkahwinan dahulu, sekurang-kurangnya layanan wanita itu tidak lagi terasa dingin serta acuh tidak acuh. Banyak juga permintaan suami yang diturutkan oleh Raisha Hanani. Lebih-lebih lagi perihal masakan. Segala masakan yang dipinta lelaki itu, dia buatkan.

Langkah diatur ke arah ruang tamu. Menuju kepada si anak yang ralit menonton televisyen. Cerita animasi Boboiboy sedang terpapar di skrin itu. Raisha melabuhkan duduk di sebelah anaknya. Menyerahkan secawan susu kepada Izz Haider.

"Minum, sayang..." Arahan diberikan.

Tidak banyak karenah, Izz Haider menurut permintaan ibunya. Meneguk air susunya sedikit demi sedikit sehingga habis. Gelas yang sudah kosong diserahkan kepada si ibu semula.

"Terima kasih, ibu," ucap Izz Haider sopan. Wajah terpampang sengihan yang menampakkan barisan gigi yang agak mengalami kecacatan.

Raisha mengangguk. Membalas sengihan anak dengan senyuman. "Sama-sama."

"Ibu... Izz nak tanya sesuatu boleh?" Izz Haider mengaju soalan kepada ibunya. Sudah tidak berminat dengan cerita yang terpampang di kaca televisyen. Tumpuan sepenuhnya beralih ke arah ibu yang redup memandang kepadanya.

"Apa dia?"

"Betul ke uncle tu, ayah Izz? Ibu dapat Izz sebab ibu kahwin dengan uncle?" Polos soalan yang terbit daripada ulas bibir halus milik si bujang kecil.

Raisha terdiam sekejap. Merenung lama wajah anak yang sedang mengerdipkan mata berkali-kali. Tidak selesa kerana rambut hadapannya yang sudah panjang terasa menghalang pandangan ke arah ratu hati.

Raisha menggerakkan tangannya di atas dahi si anak. Menguis helaian rambut itu sebelum ianya diselak ke belakang. Kepala anak lelakinya diusap sayang. Penuh aura keibuan.

"Ya. Uncle memang ayah Izz. Ayah kandung Izz," jawab Raisha lembut. Membenarkan pernyataan itu.

"Jadi, Izz kena panggil uncle... ayah lah ya?" Izz Haider mengetuk bawah dagu dengan jari-jemarinya yang kecil.

"Ya, sayang. Izz suka uncle? Izz suka ada ayah macam uncle?" Raisha pula yang menyoal untuk menguji hati anak lelakinya.

"Uncle suka usik Izz. Tapi, uncle baik dengan Izz. Selalu layan Izz. Belikan mainan yang Izz nak. Cuma... Izz tak suka sebab Izz pernah nampak uncle buat ibu menangis. Ibu tak suka uncle ya?"

Raisha tersenyum geli hati mendengar bicara si anak. Bijak dan petah betul bercakap!

"Tak, sayang. Mana boleh ibu tak suka uncle. Kalau ibu tak suka uncle, Izz takkan lahir dekat dunia ni. Jadi peneman hari ibu. Jadi penguat jiwa ibu." Wajah putih kemerahan si anak, Raisha usap di bahagian pipi. Lembut gerak jemarinya yang runcing.

Mencintaimu, Bidadariku : Raisha Hanani | Spin Off Penghulu BidadarikuWhere stories live. Discover now