SCURH | 32

1K 95 41
                                    

TUMPUAN minda dan anak mata Iman Raykal berubah arah tatkala deria pendengarannya menangkap bunyi nada dering telefon bimbit sendiri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TUMPUAN minda dan anak mata Iman Raykal berubah arah tatkala deria pendengarannya menangkap bunyi nada dering telefon bimbit sendiri. Dia yang pada ketika itu sedang duduk santai menghadap televisyen segera mendekatkan diri ke meja kopi dan paparan nama yang tertera di skrin dibaca dalam hati. Wajah berkerut seketika apabila melihat sebaris nama itu.

Malas hendak melayan, dia hanya membiarkan sehingga nada dering itu mati dengan sendiri. Baru sahaja dia ingin menyandarkan badan ke kepala sofa semula, telefon bimbitnya berbunyi lagi. Masih panggilan daripada sebaris nama yang sama. Decitan kasar dilepaskan agak kuat. Tidak senang kerana masa hujung minggunya terganggu dengan ulah pemanggil di talian.

Sudah beberapa minggu berlalu semenjak pemergian Encik Khalid dan kini, mereka suami isteri telah pulang ke rumah sendiri. Kembali duduk berdua dengan rutin harian yang sama dan komunikasi yang semakin hambar. Rumah tangga terasa seakan tiada seri lantaran kedua-duanya menjulang ego di hati masing-masing. Ini pun dia hanya duduk sendiri tanpa kehadiran seorang isteri di sampingnya.

Sebelum butang menjawab panggilan ditolak ke atas, sempat dia meliarkan pandangan ke sekeliling aras bawah rumah. Tidak melihat si isteri ada berdekatan, hati sedikit yakin untuk melekapkan telefon di telinga. Hanya melayan perbualan pemanggil atas talian di dalam rumah.

"She... you nak apa? I pernah cakap, kan... jangan ganggu waktu hujung minggu I? Lagi-lagi bila I ada dekat rumah dengan wife I!"

"Kal..."

Langsung terdiam dia tatkala mendengar suara halus wanita itu yang sedang menangis. Hati disapa perasaan bimbang dan aneh pada masa yang sama. Berkerut lagi wajahnya. Kali ini, dengan emosi yang berbeza.

"Kal... I nak jumpa you. I nak bercakap dengan you. Ada sesuatu yang I perlu bagitahu you," pinta Sherlyn dalam tangisan yang masih berlagu.

"Cakap melalui phone ni je... tak boleh?" Walau Raykal benar tertanya, tetapi dia malas mahu keluar ke mana-mana pada waktu rehatnya.

"Please, kal... Sekejap aje. Kita jumpa dekat tempat yang berdekatan rumah you." Suara Sherlyn separa merayu. Terdesak.

Raykal membisu sejenak. Menimbang tara permintaan itu. Memikirkan masanya yang agak senggang dan wanita itu yang mungkin ada hal penting untuk diluahkan kepadanya, dia menyatakan juga persetujuan akhirnya.

"Send me the location."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Mencintaimu, Bidadariku : Raisha Hanani | Spin Off Penghulu BidadarikuWhere stories live. Discover now