SCURH | 11

940 90 12
                                    

Lima tahun ke belakang, hari perkahwinan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Lima tahun ke belakang, hari perkahwinan...

SEORANG wanita yang manis berbaju kurung berwarna putih dengan selendang yang sedondon di kepalanya menjadi tumpuan berpuluh-puluh pasang mata yang ada di ruangan masjid itu. Puan Suhaila yang juga sedang berjalan disamping bakal menantunya tersenyum apabila dia dapat merasakan betapa sejuk dan dinginnya tangan runcing itu apabila wanita muda itu mengenggam erat tangannya di sisi.

Seorang lelaki yang segak dalam persalinan baju Melayu teluk belanga sedang duduk berhadapan dengan dua orang lelaki berjubah putih dan hitam. Seorang berpangkat bapa mertua, sedang seorang lagi jurunikah yang digunakan mereka sebagai wali hakim bagi majlis ini.

Setelah mereka melabuhkan duduk masing-masing di atas lantai beralas itu, majlis dimulakan dengan sepotong doa dan kata-kata hikmah yang diucapkan oleh jurunikah. Kelihatan juga jurunikah bertanyakan beberapa soalan kepada Encik Khalid sebagai bapa kepada pengantin lelaki, Iman Raykal, juga Raisha Hanani, pasangan yang bakal dinikahkan sebentar sahaja lagi.

Tema bagi majlis pernikahan mereka adalah berwarna putih manakala majlis persandingan pula adalah berwarna biru. Beberapa minit berlalu sebelum suara jurunikah kedengaran memberi beberapa pesanan kepada bakal pengantin. Setelah itu, barulah kelihatan jurunikah tersebut menghulurkan tangan kepada pengantin lelaki.

"Aku nikahkan dikau dengan Raisha Hanani binti Affendi bersama mahar sebanyak tiga ratus lima puluh ringgit dibayar tunai..."

Genggaman tangan bergerak sekali.

"Aku terima nikahnya Raisha Hanani binti Affendi dengan mas kahwin yang tersebut."

"Sah," jawab dua orang saksi hampir seiring.

"Alhamdulillah..."

Lafaz taklik dibacakan oleh seorang Iman Raykal setelah disuruh oleh lelaki tua yang menikahkannya.

Sepotong doa dibacakan lagi oleh jurunikah bagi keberkatan majlis dan para tetamu mengaminkan doa tersebut. Kemudian, pengantin lelaki menunaikan solat sunat dua rakaat sebagai tanda kesyukuran. Setelah selesai, barulah dia kembali ke arah mereka bagi sesi yang seterusnya, iaitu 'pembatalan air sembahyang'.

Berpuluh pasang mata tertumpu penuh kepada pasangan pengantin yang diraikan. Ada juga yang tersenyum-senyum sendiri apabila melihat tingkah kedua mempelai yang terlihat segan antara satu sama lain.

Sebentuk cincin emas bertakhtakan berlian disarungkan oleh seorang Iman Raykal kepada pengantin perempuannya dan ia diikuti pula dengan tingkah Raisha Hanani yang tunduk mencium tangan suaminya sebelum pengantin lelaki meletakkan pula sebelah tangannya di atas ubun-ubun si isteri. Kelihatan ulas bibir sang jejaka terkumat-kamit membacakan sepotong doa buat mereka berdua.

Kemudian, jurukamera mengarahkan pengantin lelaki untuk mencium dahi isterinya. Tetapi, dibantah bulat-bulat oleh lelaki itu.

"Ala... Kal, tak seronoklah macam ni!" Kedengaran satu suara lelaki yang bergelar rakan kepada pengantin lelaki merungut dengan bantahan itu.

Mencintaimu, Bidadariku : Raisha Hanani | Spin Off Penghulu BidadarikuWhere stories live. Discover now