SCURH | 22

777 89 37
                                    

BISU

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BISU. Hanya satu patah perkataan itu yang mampu mewakili keadaan di antara mereka suami isteri. Bermula dari dia melangkah masuk ke dalam bilik bagi menenangkan sang suami dan mendapat sebaris ayat 'tinggalkan saya bersendirian' sehingga menjelang masa makan malam, keadaan di antara mereka masih lagi sama.

Dia bimbang. Gusarkan keadaan suami. Tetapi, memikirkan bahawa benar lelaki itu perlukan masa sendiri, mahu tidak mahu dia membiarkan juga. Hanya merenung sekali-sekala seraut wajah yang terlihat dingin dan tegang bersamanya. Kepala yang berat tadi sedikit lega apabila dia ke bilik air dan mengambil wudhuk.

"Abang, jom... keluar makan." Berhati-hati dia menegur suami yang sedang berbaring di atas katil. Meletakkan lengan menutup sebahagian wajah.

Tiada sahutan yang kedengaran.

Raisha yang sudah memakai tudung bagi keluar bertemu ahli keluarga suami, melangkah perlahan ke arah katil. Melabuhkan duduk di sisi lelaki itu. Lengan itu disentuh lembut, tetapi dipaksa lepas secara laju oleh si dia. Decitan kasar juga tidak terkecuali daripada ulas bibir itu.

"Tak payah sentuh aku lah..." Raykal langsung bangkit daripada baringan dan melangkah keluar dari bilik. Tidak dipandang sama sekali wajah si isteri yang berubah keruh.

Raisha yang ditinggalkan hanya mampu melepas keluhan berat. Menyabarkan hati melayan karenah lelaki yang dihormati sebagai seorang suami.

Tidak menunggu lama, dia juga keluar bagi sesi makan malam bersama keluarga. Di luar bilik, pasangan suami isteri itu berpampasan dengan ahli keluarga mereka yang lain. Menegur ramah dan mengukir senyum antara satu sama lain. Si kecil, Ammara Hannah yang sedang bercakap sepatah-sepatah dalam pelatnya menjadi tumpuan mereka.

Tiba di ruang makan, mereka melihat kehadiran Rayyan Harith yang juga berada di situ. Raykal merasa panas hati semula. Raisha mengetap bibir. Berdoa dalam hati supaya si suami menjaga tingkah, tetapi doa itu seakan tidak termakbul apabila mendengar sapaan kasar suami terhadap si kembar.

"Siapa ajak dia makan malam sekali dekat rumah kita?" Nada suara penuh sinis dan berbisa Raykal perdengarkan kepada lelaki yang berpangkat abang ipar. Kelihatan sangat dingin dan cukup meluat wajahnya melihat lelaki itu.

"Ekal!" tegur Puan Suhaila keras. Tingkahnya yang sedang menyendukkan nasi ke dalam pinggan terus terhenti. Anak mata dibawa mencerlung tajam raut wajah milik si anak.

"Dia patut dah berhambus dari rumah ni lah, umi. Hey, Rayyan! Kau tak malu ke, hah? Tak ada siapa yang nak kan kau ada dekat sini! Balik lah, weh!" Raykal bukannya peduli tentang teguran si ibu, malah dia bertindak untuk menghalau tetamu itu dari rumah keluarganya. Raut wajah penuh serba salah itu ditatap dengan renungan yang cukup tajam bersama hati yang penuh kebencian.

"Dia tetamu kita, Iman Raykal. Kalau kamu marahkan dia sebab hal dulu pun, jangan tidak kan hak dia sebagai tetamu. Dia berhak dapat layanan yang baik!" Riak wajah Puan Suhaila terpamer garang.

Mencintaimu, Bidadariku : Raisha Hanani | Spin Off Penghulu BidadarikuWhere stories live. Discover now