"SALAM..." Raisha menoleh ke arah suami setelah menyangkutkan beg tangan ke bahu. Tangan dihulur kedua belah sambil wajah dimaniskan dengan senyuman yang cukup lebar. Manja reaksi yang terpamer buat lelaki itu.
Hari ini, mengalah juga Iman Raykal untuk pergi kerja bersama-sama setelah puas dipujuk. Bukan setakat pujuk, malahan pakej menggoda. Wanita berpendirian haruslah bijak, kan? Tak dapat cara kasar, kita guna cara halus. Kelemahan terbesar lelaki, wanita dan wang. Ahaks!
"Tak payah. Pergi sana cepat." Raykal menghalau. Menolak huluran tangan wanita itu ke arahnya. Wajah berkerut tanda tidak rela.
Raisha memuncung, tetapi dia tidak mahu mengalah. Dia akan pastikan lelaki itu akur dengan kehendaknya.
"Abang, tak baik tau macam ni. Sha isteri. Sha nak tunjuk rasa hormat Sha pada abang, Sha nak salam abang. Abang pun... kenalah ada sikap toleransi. Sha bukannya minta yang bukan-bukan. Sha cuma nak jalankan tanggungjawab Sha pada abang. Please..." Raisha mengerdipkan kedua belah matanya berkali-kali sambil huluran tangan masih disua. Mengharap sepenuh hati lelaki itu menyambut tangannya.
"Pagi tadi kau minta aku hantar kerja, sekarang dah hantar... kau masih cakap aku tak boleh nak bertoleransi? Sebenarnya kau nak mengada aje, kan? Nak tarik perhatian aku? Kau ingat dengan apa yang kau buat ni... aku akan lembut hati? Boleh terima apa yang kembar kau buat dekat kakak aku? Boleh terima penipuan dan perancangan kembar kau... dekat belakang aku?" Raykal tersengih sinis. Pandangan mencerlung tajam pada wajah di sisi yang semakin pudar kemanisannya.
Raisha ketap bibir kuat. Tertunduk wajah mendengar tutur kata itu. Dia sudah salah anggap. Dia sudah salah tafsir. Lelaki itu masih lagi marahkannya. Lelaki itu masih lagi tidak memaafkannya. Dia fikirkan dia sudah berjaya mengembalikan kemesraan mereka walaupun masih belum sepenuhnya.
"Sha minta maaf kalau abang salah anggap. Sha cuma nakkan abang mesra dengan Sha macam dulu. Sha rindukan suami Sha. Sha sayangkan rumah tangga kita. Sha tak nak abang dingin dengan Sha lama-lama. Sha rasa berdosa kalau abang masih tak nak berbaik dengan Sha macam sebelum ni." Raisha meluah rasa. Lirih nada suara yang kedengaran. Sebak terasa menghurung di dada. Huluran tangannya semakin ke bawah.
Tetapi, belum sempat tangannya jatuh penuh, tangan kasar suami sudah menyambut tangannya. Langsung dia mendongak mencari wajah yang masih terlihat dingin itu.
"Merajuk. Tu je lah modal kau. Tak mengada, merajuk. Tak merajuk, mengada. Tak payah tunjuk muka sedih kau tu depan aku. Nak salam, cepat. Aku dah lambat ni. Kau tak payah nak berdrama sangat."
Serta-merta, Raisha tersenyum semula. Merenung wajah maskulin si dia dengan hati yang berbunga bahagia. Biarlah wajah dan kata-kata itu terasa dingin sekalipun, sekurang-kurangnya sang suami masih mahu melayan kehendaknya.
Raisha merendahkan tubuh sehingga bibirnya dapat menyentuh belakang tapak tangan suami. Agak lama dia mencium tangan lelaki itu. Menitip doa dalam hati supaya hubungan mereka kembali pulih. Doa untuk melembutkan hati suami juga dilafaz secara diam.
YOU ARE READING
Mencintaimu, Bidadariku : Raisha Hanani | Spin Off Penghulu Bidadariku
Roman d'amourKnown as Surat Cinta Untuk Raisha Hanani ALERT! SPOILER PENGHULU BIDADARIKU! DENDAM dan konflik kekeluargaan menyebabkan mereka terpisah. Si isteri pergi meninggalkan dan sang suami rela ditinggalkan. "Aku takkan lepaskan kau. Takkan sesekali sebel...