SCURH | 14

736 70 11
                                    

DIA terjaga daripada tidur pada pagi itu bersama figura si isteri yang terlihat di sampingnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

DIA terjaga daripada tidur pada pagi itu bersama figura si isteri yang terlihat di sampingnya. Masih lagi pulas dalam lena. Tubuh ramping itu meringkuk menghadap ke arahnya bersama selimut yang berbalut penuh. Teringatkan hal malam tadi membuatkan dia benar-benar bahagia sebagai seorang suami. Sebuah senyuman terukir di hujung bibir tanpa sedar.

Sedar daripada khayalan, jam di telefon bimbit ditatapnya. Sudah menghampiri waktu subuh. Tidak menunggu lama, langsung sahaja tubuh dibangkitkan  dan dia bersandar kejap di kepala katil. Merenung ke arah si dia yang masih lagi tidak berkutik. 

Hanya Tuhan yang tahu betapa perasaannya sedang memberontak sekarang ini. Bercampur-aduk lantaran rasa hati yang teringatkan tujuan utama dia menikahi wanita itu. Pada masa yang sama, getar di jiwa dan perasaan bahagia setiap kali mendekati dan bersama si isteri tidak mampu dia tepis dan nafikan dalam diri.

Pada saat dia sedang leka merenung figura di sampingnya, si dia terlihat bergerak kecil. Seakan sedang cuba mencari keselesaan. Tidak semena-mena, tangan halus itu menyentuh sisi tubuhnya dan laju si dia bergerak merapat. Menyandarkan kepala di dada dengan sebelah tangan melingkari penuh tubuhnya. Selimut masih kemas terletak pada tubuh ramping itu.

Iman Raykal menggeleng perlahan. Namun, dia melayan juga kemanjaan si isteri. Kembali memeluk tubuh itu dan menepuk perlahan bahu si dia di pelukan.

Hampir lima minit berkeadaan begitu, telefon bimbit berbunyi menandakan jam sudah mencecah angka 6. Pastinya sudah memasuki waktu subuh. Langsung dia menggerakkan tubuh itu tanpa bertangguh lagi.

"Sha..." Dia memanggil.

"Erm..." Wanita itu menyahut perlahan, tetapi kelopak matanya masih terpejam rapat.

"Bangun. Subuh dah ni. Jemaah jom," ajaknya.

"Erm... abang pergilah dulu. Nanti dah siap, kejut Sha," pinta Raisha dalam mamainya. Serak sungguh suaranya.

"Sayang... macam mana abang nak gerak kalau awak landing pun atas dada abang? Hm?" Raykal menyoal bersama senyum halus di hujung bibir.

Pantas sepasang mata milik Raisha Hanani terbuka luas. Melihat tempat baringannya. Melihat juga kedudukan tangannya. Wajah terasa membahang tatkala diri menyedari bahawa dia yang memeluk tubuh itu. Bukannya sang suami.

"Err... sorry." Tubuh diangkat dan pelukan langsung terlerai.

Raykal tersenyum nakal melihat reaksi wanita itu yang jelas tidak tentu arah. Si dia memeluk erat selimut ke dada dan rambut yang mengurai panjang miliknya dikuak ke belakang. 

"Pandai segan erk dia. Tadi bukan main dia menempel dekat kita minta peluk. Pandai ambil kesempatan. Mentang-mentang kita tak berbaju." Datang mood menyakatnya.

"Ish... mana Sha sedar. Orang tengah tidur pun kata ambil kesempatan. Abang tu yang ambil kesempatan sebenarnya!" nafi Raisha laju. Menentang pandangan sang suami.

Mencintaimu, Bidadariku : Raisha Hanani | Spin Off Penghulu BidadarikuWhere stories live. Discover now