SCURH | 38

1.1K 110 15
                                    

TUBUH dibangkitkan dalam keadaan mamai

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TUBUH dibangkitkan dalam keadaan mamai. Terpisat-pisat kelopak matanya hendak mencelik penuh. Namun, tatkala fikirannya sudah kembali hidup, pelipis berkerut aneh dengan keadaan dirinya yang sudah berada di atas katil. Kepala juga terasa berangin dengan rambut yang berselerak. Entah ke mana tudungnya menghilang. Mengingatkan bahawa kini dia sudah kembali menetap di rumah si dia, maklum sahajalah siapa yang menarik pergi tudungnya itu. Eii, tak makan saman!

Dalam hati, berfikir juga dia... 'aku tidur mati ke, sampai tak sedar masa dia angkat aku?'

Dia menoleh ke sebelah demi melihat sang suami. Mencari keberadaan lelaki itu, tetapi sepi sahaja ruangan bilik yang didiami. Tidak menunggu lama, dia menyelak kain selimut lalu turun dari permukaan tilam yang empuk itu. Baru sahaja dia hendak memulas tombol pintu untuk melangkah keluar dari bilik, pintu sudah terkuak dari luar dan kelibat figura suami terlihat dengan sedulang makanan yang dibawa oleh si dia. Mengejut langkahnya terhenti. Merenung tajam wajah maskulin yang penuh selamba itu.

"Awak bawa saya naik atas katil?" soalnya langsung. Menguak rambut yang terlepas bebas ke belakang sebelum tangan disilangkan di dada.

Terlihat senyuman halus yang tercoret di hujung bibir itu. Hati terusik, tetapi cepat dia menepis pergi perasaan yang hampir terbuai. Lemahnya lahai, Raisha Hanani. Kata nak berpisah... dia senyum pun, kau cair. Apa-apaan sih?

"Takkan abang sanggup biarkan isteri abang kesejukan sendiri dekat lantai tu." Raykal meletakkan dulang yang dipegang ke atas katil.

"Berani awak, kan?" Raisha pamer wajah garang. Bercekak pinggang sambil anak mata tidak lepas menatap wajah itu dengan pandangan yang jelas tidak puas hati.

"Apa yang nak takutnya, sayang? Isteri abang, suka hati abang lah nak buat apa pun. Rambut Sha yang kononnya akan menjadi milik 'lelaki lain' tu pun, abang dah tengok. Bila potong rambut? Seksi. Abang suka. Aum!" Raykal tersengih nakal. Bukan main dia menyakat dengan tangan terawang seakan sedang mencakar sesuatu.

Lekas Raisha mengambil bantal peluk di hujung katil dan dicampak tepat ke arah si dia di birai sisi katil. Nasib sahaja tidak mengena dulang makanan. "Awak tak payah nak menggatal dekat sini ya!" Merah padam wajah Raisha dengan rasa malu dan marah yang memuncak di hati.

"Dah tu? Menggatal dalam bilik sendiri tak boleh, abang nak kena menggatal dengan sayang dekat bilik anak ke?" usik Raykal. Tersenyum jahat. Bantal yang dicampak isteri diletak ke tepi.

"Berani, buatlah! Memang saya kerat awak buat jadi sup!" Raisha mengugut garang.

Raykal ketawa. "Garang isteri abang sekarang. Dah... tak nak garang-garang. Meh sini, sayang. Nak breakfast on bed tak?" Kening dikerut nakal.

"Tak nak! Makanlah awak seorang-seorang!" Laju Raisha menolak. Beura-ura untuk melangkah pergi dari situ, tetapi pantas ditahan suami yang laju menapak ke arahnya. Lengannya dipaut jemari kasar itu.

Mencintaimu, Bidadariku : Raisha Hanani | Spin Off Penghulu BidadarikuWhere stories live. Discover now