SCURH | 16

741 64 12
                                    

JARUM jam sudah menunjukkan angka dua belas semasa dia menutup papan skrin komputer riba miliknya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

JARUM jam sudah menunjukkan angka dua belas semasa dia menutup papan skrin komputer riba miliknya. Pen dan kertas yang tadi digunakan untuk melakar pelan rumah juga disimpan di tempatnya. Meja kerjanya dikemaskan sedikit sebelum dia mencari pula beg tangan yang diletakkan di bawah meja kerja.

Dompet dikeluarkan untuk membelek nilai wang yang berada di genggaman. Hanya tinggal beberapa keping not seringgit. Dia menggeledah pula isi di dalam beg tangan. Mana tahu ada juga duit lebih yang diperuk tanpa sedar. Hanya beberapa keping duit syiling yang ditemui.

"Keluar duit lah alamatnya... Ish, tapi dalam akaun tu ada duit yang lelaki tu bagi je. Erm... nak tunggu duit gaji bulan ni, lambat lagi pula. Kenapa lah bulan ni aku pakai duit lebih awal sangat. Ni dah tak ada, takkan nak sentuh duit dia?" Dia mengomel sendiri seakan orang kurang waras.

Tok! Tok! Tok!

Bunyi ketukan pintu di luar bilik pejabatnya membuatkan dia kembali sedar ke alam nyata. Merenung pintu yang masih bertutup itu sambil tangan ligat memasukkan dompet dan duit ke dalam beg tangan.

Belum sempat dia mahu bersuara untuk membenarkan orang di luar sana masuk, daun pintu sudah terkuak lebar dan muncul seorang lelaki yang sangat dikenalinya di ruang pandangan.

Lelaki itu merenung ke arahnya dengan wajah yang tenang. Penuh aura dan karisma yang dibawa bersama. Namun, entah mengapa dia jadi sakit hati melihat ketenangan itu. Seakan menyindirnya dalam sembunyi.

"We meet again, sayang. Nampak sangat yang jodoh kita ni kuat, kan?"

Raisha pura-pura tidak mendengarnya. Banyaklah dia punya jodoh! Dia menapak ke tempat aku... nak acah-acah jodoh kuat! Dasar buaya!

"Sombongnya dia..." usik Raykal sambil langkah kaki dibawa mendekat dengan kedudukan isteri. Laju si dia di sana bangkit daripada duduk dan menjauhinya.

Saat wanita itu sudah tiba di hadapan pintu bilik pejabat untuk keluar makan tengah hari, dia menghadang langkah itu dengan pergerakan tubuhnya yang pantas. "Memang nak bu layan abang ke ni?" Pandangan menunduk untuk melihat wajah manis yang jelas lebih rendah daripadanya.

"Tepi lah! Datang tak berjemput. Dasar tak malu..." Raisha menggumam perlahan, tetapi mampu didengari sang suami.

Terangkat kening Raykal mendengar pernyataan si isteri. "Malu? Ini pejabat isteri abang, kan? Dia jemput ke... tak jemput ke... abang ada hak ke atas dia. Abang boleh jumpa dia bila-bila masa yang abang nak. Termasuk bawa dia balik ke rumah abang... bila-bila masa yang abang nak." Dia pulangkan bicara dengan penuh selamba.

"Ini waktu pejabat, Encik Iman Raykal. Boleh tak jadi profesional sikit? Kenapa sibuk duk mengular ke sini? Kalau kawan-kawan office dan client syak yang bukan-bukan, macam mana?" Raisha mengetap bibir geram. Tajam renungannya menikam wajah si dia di hadapan.

"Sebab abang nak jadi profesional lah, abang datang waktu lunch. Bukan waktu Sha tengah buat kerja. Dan kalau pun dia orang syak dan mengata yang bukan-bukan pasal kita... apa masalahnya? Kad nikah masih ada, kan? Tunjuk aje lah. Yang Sha nak takut dengan bayang-bayang sendiri buat apa?"

"Takut bayang-bayang apanya? Kita nak bercerai dah tau! Bercerai atau erti kata lain berpisah! Lepas ni... saya bukan isteri awak, dan awak juga bukan suami saya! Awak jangan nak jatuhkan saham saya sebab awak ya!" Raisha menekan bulat-bulat patah perkataan yang terbit dari ulas bibirnya.

"Sha kata jatuh saham kalau terikat dengan abang? Dah tu... kalau Sha bergelar janda, tak jatuh pula saham? Kalau janda berhias tu, tak apa lah juga. Ini sibuk nak menjanda tapi dah tak ada..."

Buk!

Laju Raisha menghayun beg tangannya ke arah tubuh suami. Sakit hati dia mendengar bicara lelaki itu. Rindu? Iyan kata lelaki itu rindukan dia, sayangkan dia? Tetapi, lebih memilih untuk menyakitkan hati dia? Nonsense!

"Awak, kan! Kalau tak menyakitkan hati, tak boleh erk? Mulut tu saya cabai karang! Apa... awak ingat bakal janda awak ni tak laku? Eh, saya hilang satu lelaki macam awak... berpuluh lagi yang beratur nakkan saya tau!" Dia menjerit agak kuat di hadapan muka lelaki itu.

Raykal ketawa. Bukan main besar ketawanya. "Keyakinan diri terlalu tinggi tu, sayang! Sepatutnya Sha cakap... Sha hilang berpuluh lelaki macam dia orang pun, masih ada lagi lelaki yang nakkan Sha dan lelaki tu hanya ada satu! Me! Your legal husband! Dalam mimpi aje lah dia orang tu nak rampas sayang daripada abang." Dia menggeleng kepala berkali-kali dalam tawanya.

Wajah Raisha semakin mencuka. Panas hati mendengar tawa yang jelas menyindirnya. "Dah lah... menyampah lah saya tengok muka awak ni. Saya nak keluar makan." Dia mengatur langkah semula, namun tautan erat jemari kasar yang tiba-tiba terasa di tangan membuatkan darah kembali menggelegak panas. Lebih-lebih lagi apabila si dia selamba menutur kata seakan tiada apa yang berlaku di antara mereka.

"Okay, sayang... Jom, kita keluar makan sama-sama."

"Awak ni kenapa?" Raisha meninggikan suara. Memaksa pegangan tangan si dia terlepas daripada tangannya.

"Haip, sayang! Siapa ajar tinggi suara dengan suami ni? Tak malu erk kalau kawan-kawan Sha yang tak keluar makan dengar Sha marah-marah suami macam ni?" Raykal menegur. Ingat selama ini dia biarkan, dia tegarkah menghadap kemarahan dan kebiadaban si isteri?

"Saya tak nak keluar dengan awak. Apa masalah awak asyik nak desak-desak saya? Awak ingat dengan mudah... saya akan termakan dengan kata-kata awak? Cukup lakonan awak selama ni, Iman Raykal. Hati saya dah lali. Terlalu terbiasa sampaikan saya rasa yang lakonan awak tu langsung saya tak boleh percaya! Penipu! Dan saya tak nak hidup dengan lelaki penipu macam awak! Lepaskan saya!"

"Penipu? Sha cakap abang tipu? Apa yang abang tipu Sha?" Hanya perkataan 'penipu' yang terngiang-ngiang di fikiran Iman Raykal.

"Awak berpura-pura sayangkan saya... buat baik dengan saya... sedangkan awak nikahi saya kerana dendam. Awak curang belakang saya... awak simpan hubungan sulit awak dengan perempuan tu... awak menduakan saya! Awak penipu dan sekarang... sampai bila-bila saya akan percaya yang kata-kata awak hanya dusta belaka! Tak ada yang betul kerana sebetulnya... awak tak pernah anggap saya isteri awak! Saya hanya alat permainan awak. Awak pergunakan saya demi dendam awak dan sampai mati... saya akan ingat segala penipuan awak ni!"

"Sayangkan Sha? Abang pernah kata pada Sha ke yang abang sayangkan Sha?" Tidak mempedulikan segala perkara yang diungkit si isteri, Raykal memulangkan soalan kepada wanita itu. Niat ingin bergurau, tetapi dalam tidak sedar hati si isteri tersiat dengan bicara yang terbit dari bibirnya.

Raisha langsung terdiam. Wajah membahang. Tersedar daripada lena yang panjang. Betapa kata-kata itu menampar hebat jiwanya sebagai seorang isteri. Bergenang air matanya mendengar persoalan sebegitu.

Benar... lelaki itu tidak pernah menyatakan sayang kepadanya. Hanya dia yang berharap agar lelaki itu menyayangi dirinya. Hanya dia... yang berharap lelaki itu mencintai dirinya.

Terketar-ketar bibir Raisha menahan tangis. Merenung wajah maskulin itu dengan rona kulit yang memerah dan air mata yang bergenang. Betapa hati terluka dengan sebaris persoalan itu. Betapa dia kesal dengan diri sendiri yang masih mengharapkan perkara yang tidak mungkin menjadi nyata. Bodoh! Kau bodoh, Raisha!

"Sha... sayang..." Serba-salah Raykal rasakan apabila menatap wajah penuh luka milik isteri. Lekas dia merapatkan jarak di antara mereka dan tubuh ramping yang kurang berubah sejak dahulu, dibawa ke dalam pelukan hangatnya. Membiar si isteri melepas rasa dan tangis di dadanya. Wanita itu hanya statik berdiri. Tidak membalas pelukan, tetapi tidak juga menolak sentuhan.

"Kita balik rumah abang," pintanya tiba-tiba. Bukan mahu memujuk kerana kata-katanya yang mengguris perasaan isteri, bahkan meminta wanita itu berada di sisinya saban waktu.

Raisha tidak menjawab. Hanya melepaskan rasa hati yang terbeban dengan parut berdarah yang dicipta suami. Namun, dia tahu... dia tidak akan mampu menolak permintaan itu. Andai dia ingin bebas daripada lelaki itu, hanya itu jalan yang dia punya. Bertahan di sisi suami yang dahulunya dicintai setengah mati, kini dimusuhi sepenuh hati.

Hanya sebulan.

Sebulan, Raisha Hanani...

Mencintaimu, Bidadariku : Raisha Hanani | Spin Off Penghulu BidadarikuWhere stories live. Discover now