SCURH | 09

1K 91 23
                                    

'Dia dah balik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

'Dia dah balik. Tolong aku.'

SEBUAH pesanan bertaip yang didapati daripada lelaki bergelar adik ipar membuatkan seorang Rayyan Harith tersenyum halus di hujung bibir. Akhirnya, tergerak juga hati si kembar untuk pulang ke negara asal. Kembali bersua dengan lelaki yang bergelar suami. Ingatkan apabila wanita itu hanya buat tidak endah dengan nasihatnya tempoh hari, niat untuk si kembar kembali dengan suaminya akan tertangguh lagi. Tetapi, tidak rupanya. Ada juga perancangan wanita itu untuk pulang dalam waktu terdekat ini. Baguslah begitu. Izz Haider akan mengenali bapa kandungnya yang selama ini tidak pernah ditemui.

Tidak bertangguh lebih lama, jemari kasar miliknya menari di atas skrin telefon bimbit. Memberi jawapan balas kepada adik ipar. Juga menghantar pesanan kepada si kembar. Kemudian, dia mematikan telefon bimbit sebelum tubuh bangkit daripada duduk di birai katil dan anak mata menghala tepat ke arah isteri yang baru sahaja selesai memandikan anak-anak mereka. 

"Ekal baru message saya," beritahu Rayyan sambil anak mata setia memerhati gerak-geri wanita itu. Langkah dibawa mendekati anak bujangnya. Seronok bermain dengan kapal bot mainan yang dibeli buat anak itu.

"Dia kata apa?" Humaira pulangkan soalan kepada sang suami sambil tangan ligat mencari pakaian anak-anaknya. Baik kakak dan adik.

"Sha dah balik." Senada jawapan Rayyan. Pendek. Namun, mampu mencuri tumpuan si isteri yang pantas sahaja mengalihkan pandangan. Merenung dalam ke arahnya. Mencari keyakinan.

"Bila?" Jelas Humaira mahu tahu perkembangan adik-adiknya. Pada masa yang sama, gerak kembali lincah memakaikan baju buat anak perempuannya. Sedang si anak bujang disiapkan oleh suami.

"Tak pasti pula. Nantilah saya tanya dia orang lagi. Nak ajak dia orang datang rumah? Jumpa kita?"

"Boleh juga. Awak jemputlah. Nanti saya masakkan sedap-sedap."

"Erm... boleh lah anak-anak baba ni jumpa sepupu dia orang nanti. Mesti dah besar si Izz tu. Last saya jumpa waktu umur dia setahun. Beberapa bulan selepas saya kahwin semula dengan awak." Rayyan membuka cerita dalam tidak sedar. Seakan terlayar kembali waktu di mana dia mengazankan anak buahnya semasa hari pertama kelahiran bayi itu. Pantang si kembar juga dia yang menjaga. Bertanya itu dan ini kepada si ibu tentang wanita berpantang. Nasib juga sewaktu itu Aisyah Humairanya menunggu masa untuk melahirkan Muhamad Aisy Aidan. Tiadalah soalan-soalan serkap jarang daripada wanita tua itu tentang 'pantang' yang ditanya.

Terhenti langsung tingkah Humaira yang sedang menyikat rambut si anak apabila mendengar makluman balas suami. Serta-merta, anak matanya menikam tajam pada seraut wajah maskulin lelaki itu. Terlihat matang bersama bulu-bulu halus yang melata pada wajah. Sudah lima tahun berlalu, semestinya wajah mereka sedikit berubah dimamah waktu.

"Tak pernah cerita pun? Dia orang ada anak? Awak pernah jumpa anak tu?" Humaira menyoal tidak puas hati. Ini yang mula hendak merajuk. Janji tiada rahsia antara mereka. Jadi, mengapa perlu mendiamkan diri tentang kembarnya itu?

Mencintaimu, Bidadariku : Raisha Hanani | Spin Off Penghulu BidadarikuWhere stories live. Discover now