SCURH | 39

972 98 23
                                    

"CINTA

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"CINTA..." Rayyan Harith mendekati isterinya yang sedang duduk melihat telefon pintar di ruang tamu. Secawan susu dibawa bersama. Punggung dilabuhkan di sebelah wanita itu lalu gelas susu itu dihulur.

Humaira tersenyum menyambut kehadiran suami. Telefon pintarnya dimatikan sebelum diletakkan ke tepi. Tumpuan diberikan sepenuhnya kepada lelaki itu.

"Minum habis erk? Tak nak muntah-muntah." Rayyan memberi amaran. Menggarangkan memek muka sambil jari telunjuk bergerak ke kiri dan kanan di hadapan muka isteri.

Humaira menjeling manja. Mengulum senyum melihat wajah suami yang dia tahu bukannya betul-betul sedang marah. Air susu yang dibuat lelaki itu diteguk tertib. Separuh air susu ditelan daripada gelas, dia berhenti sekejap. Berkerut wajah kerana tidak menggemari rasa minuman itu. Tetapi, memikirkan kandungan yang sedang dibawa, dia memaksa juga diri menelan air susu itu.

"Ada lagi separuh tu. Cepat, cepat..." Rayyan mula mengusik. Tersengih sendiri melihat riak wajah isteri. Tingkah wanita itu terasa sangat comel di pandangannya. Eii... rasa macam angau masa mula-mula jatuh cinta dulu!

"Kejaplah, awak ni. Saya..." Humaira merungut tidak puas hati apabila sang suami menolak gelas kembali dekat ke bibirnya. Terpaksa juga dia menghentikan bicara dan menelan air susu yang masih berbaki separuh.

"Good girl! Untuk pihak anak-anak... thank you, mama." Rayyan mencucuk pipi isteri yang kembung dengan air.

Humaira menepis tangan lelaki itu laju sebelum paha si dia dicubit geram. Air susu ditelan habis sebelum bersuara tidak puas hati. "Eee... hubby! Sampai hati..."

Rayyan ketawa. "Awak lambat sangat. Kesian anak-anak saya dalam perut ni." Tubuh direndahkan sehingga wajah bertemu perut isteri yang memboyot besar. Kedua belah tangan mengusap sisi kanan dan kiri perut itu.

"Twins, be nice to mommy." Bibir berlabuh hangat di perut isteri. Penuh kasih.

Humaira tersenyum. Mengusap lembut belakang tubuh lelaki itu.

Namun, suasana romantis pasangan suami isteri itu tidak lama tatkala terdengar satu suara yang berdeham agak kuat dari arah sisi. Langsung sahaja Rayyan menegakkan tubuh dan Humaira meletakkan gelas susu ke meja kopi. Berpura-pura seakan tiada apa yang terjadi.

"Kal... kenapa?" Rayyan bertanya. Menayang sengih pada wajah kepada adik ipar yang santai dalam pakaian biasa di rumah.

"Nak cakap sikit dengan kau... erm... boleh ke?" Raykal bertanya. Masih statik tubuhnya berdiri di hujung ruang tamu. Teragak-agak hendak mendekati kakak dan abang ipar yang terlihat mesra benar tadi.

Rayyan memusatkan pandangan kepada isteri di hadapan seketika. Humaira laju bangkit daripada duduk. Mengambil gelas di meja kopi semula. Telefon pintar juga dibawa bersama.

"Saya masuk bilik dulu lah," pamit Humaira. Memahami privasi yang dimahukan kedua lelaki itu.

Melihat langkah si kakak yang semakin menghilang, Raykal mengambil tempat duduk di sofa berhadapan si abang. Wajah terpamer biasa, tetapi fikiran agak serabut. Bermacam perkara yang menganggu mindanya.

Mencintaimu, Bidadariku : Raisha Hanani | Spin Off Penghulu BidadarikuWhere stories live. Discover now