IMAN Raykal mengerling susuk tubuh isteri yang sedang berbaring mengiring membelakangi tempat tidurnya sambil memakai pakaian. Dia baru sahaja selesai mandi setelah seharian berada di luar. Berkerja pada awal pagi hingga petang dan menjaga isteri di sana dari petang sehingga jam sembilan malam.
Sudah hampir seminggu hubungan dia dengan Raisha Hananinya dingin. Sejak terbongkarnya rahsia tentang perkahwinannya satu lagi... sejak wanita itu menuntut cerai daripadanya... hubungan mereka yang sebelum ini seakan menemui menemui cahaya kembali malap. Si isteri langsung tidak mahu melayannya. Tidak mahu bercakap dengannya. Sudah puas dia cuba memujuk, namun apa yang diungkap bibir mungil itu hanya satu.
Cerai.
Sha nak abang ceraikan Sha.
Awal dia mendapat tahu bahawa kakaknya bersalin di hospital yang sama dengan isteri keduanya, memang dia sudah merasa tidak sedap hati. Sedaya upaya dia hendak mengelak daripada bertemu dengan petugas-petugas yang mengenalinya di situ. Tetapi, dia lupa bahawa perancangan Tuhan itu lebih baik daripada perancangannya. Mereka terserempak dengan doktor yang merawat isteri keduanya.
Kini, dia hanya mampu kesal tatkala segala rahsia yang disimpan terbongkar satu per satu tanpa sebarang persediaan diri.
Melihat gerakan kecil persis orang yang sedar, dia begitu pasti bahawa isterinya itu masih belum lena. Hanya berpura-pura kerana tidak mahu menatapnya. Tidak mahu diajak berbicara olehnya.
"Sayang dah solat?" Sengaja dia menyoal. Sambil itu, tangan menarik keluar kain pelekat dari dalam almari.
Bisu.
Tiada jawapan yang dimahukan. Tidak 'sudah', tidak 'belum'.
Dia menghela nafas berat. Hati sedikit terkilan dengan tingkah wanita itu. Namun, dia tidak mahu terlalu ambil peduli memandangkan dia perlu melaksanakan kewajipan terhadap Yang Maha Esa dahulu.
Susuk tubuh itu dikerling lagi sebelum dia membentangkan sejadah di satu sudut ruangan bilik peraduannya dan isteri. Bibir terkumat-kamit membaca surah An-Nas sebelum niat dibaca dan takbir diangkat.
"Allahuakhbar..."
YOU ARE READING
Mencintaimu, Bidadariku : Raisha Hanani | Spin Off Penghulu Bidadariku
RomanceKnown as Surat Cinta Untuk Raisha Hanani ALERT! SPOILER PENGHULU BIDADARIKU! DENDAM dan konflik kekeluargaan menyebabkan mereka terpisah. Si isteri pergi meninggalkan dan sang suami rela ditinggalkan. "Aku takkan lepaskan kau. Takkan sesekali sebel...