SCURH | 24

847 69 30
                                    

HARI pertama mula berkerja, Iman Raykal terlihat sangat segar sejak bangun subuh tadi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

HARI pertama mula berkerja, Iman Raykal terlihat sangat segar sejak bangun subuh tadi. Seminggu dihabiskan masa di rumah keluarga, kini mereka suami isteri sudah berada di rumah sendiri. Kembali menjalani hidup berdua dengan hubungan yang semakin dingin. Si isteri cuba merapatkan diri, tetapi sang suami malah bertingkah sebaliknya. Jauh jurang yang dibinanya di tengah-tengah.

Susuk tubuh yang sedang leka memperkemaskan diri dikerling Raisha sekali-sekala sambil dia juga tidak ketinggalan bersiap bagi ke pejabat. Hanya tinggal langkah terakhir yang perlu dilakukan, iaitu menyemat pin tudung di bahu. Meja solek diperkemaskan kembali setelah itu. Pada masa yang sama, anak mata masih tidak lepas memerhati gerak-geri suami.

Melihatkan lelaki itu yang hendak memakai tali leher, segera dia datang mendekat. Kadang-kadang ikut gaya novel yang nak bersemut laki bini waktu bersiap pergi kerja pun... best juga, kan? Nak cairkan hati orang yang muka bukan main serius setiap kali menatapnya. Ish, isteri punya cantik macam ni pun nak main jeling-jeling. Babap dia kang!

"Abang..." Sengaja dia meleretkan panggilan buat lelaki itu. Nada suara dibuat sehabis manja. Nak mengurat suami katakan...

"Erm..."

Okey, dia menyahut. Ini yang mula timbul idea nakal nak mengusik dia. Masih nak jual mahal? Try me, sayang!

Sejak pulang dari kampung, Raisha sudah bertekad. Hubungannya dengan suami perlu dipulihkan. Hati itu perlu dilenturkan daripada ego. Kemesraan di antara mereka perlu dikembalikan. Tidak kira apa yang terjadi, dia masih mahu mempertahankan perkahwinan ini. Biarlah ia mengambil masa yang lama untuk memujuk sekeping hati si dia, asal kelak lelaki itu juga merasa tidak mampu kehilangan dirinya sebagai seorang isteri.

Sebaik sahaja dia berada tepat di hadapan lelaki itu, kedua belah tangan yang sedang memegang tali leher di bahagian hujung disentuhnya lembut. Lelaki itu mengangkat pandangan dan mahu menolak sentuhannya, tetapi dia menguatkan pegangan.

"Sha, jangan kacau boleh..."

Tidak sempat Raykal hendak menyudahkan ayat, tubuhnya sudah terdorong ke hadapan dengan tingkah drastik isteri yang menariknya menggunakan tali leher. Bibirnya melekat sekejap di dahi wanita itu sebelum dia laju menjauhkan tubuh. Terkejut dengan tindakan luar jangka si isteri.

"Sha nak tolong suami Sha bersiap. Sha pakaikan tali leher untuk abang erk?" Raisha buat tidak peduli dengan renungan suami yang jelas tidak puas hati. Wajah itu begitu merah menatapnya. Alolo... marah ke malu tu? Dia kulum senyum sendiri. Seronok mengusik si dia pagi-pagi begini.

"Aku boleh pakai sendiri." Raykal menepis sentuhan isteri yang sudah meliar di kolar baju kemejanya, tetapi si isteri yang juga tidak mahu mengalah menepis kembali tangannya. Langsung dia mengangkat pandangan. Mencari anak mata itu.

Raisha menentang semula pandangan suami yang tajam itu dengan tatapannya yang redup. "Sempena hari pertama abang berkerja, Sha nak lah bantu gayakan suami Sha. Kalau orang puji suami Sha handsome... kan abang juga yang bangga. Oh, tapi jangan lupa bagi kredit dekat Sha lah!" Dia berseloroh. Bermanis muka di hadapan suami.

Mencintaimu, Bidadariku : Raisha Hanani | Spin Off Penghulu BidadarikuWhere stories live. Discover now