SCURH | 12

944 85 7
                                    

"APA ni?" Huluran sekeping kertas berbentuk segi empat tepat yang kecil oleh sang suami disambutnya bersama hati yang penuh tanda tanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"APA ni?" Huluran sekeping kertas berbentuk segi empat tepat yang kecil oleh sang suami disambutnya bersama hati yang penuh tanda tanya. Pelipis berkerut seribu merenung seraut wajah si dia yang sedang berdiri di hadapannya.

"Tengoklah." Sepatah Raykal bersuara sebelum dia mengambil tempat duduk di sisi wanita itu. Bersama-sama di birai katil biliknya.

Raisha menatap dan membaca satu persatu perkataan yang tertera di atas kepingan kertas itu. Anak mata kembali mencari wajah maskulin si dia. Meminta pengertian. Tiket kapal terbang itu bukan memaparkan namanya. Sebaliknya, nama sang suami.

"Abang dah nak kena balik sana... untuk hantar tugasan dan selesaikan semua perkara yang belum selesai dekat sana," beritahu Raykal. Mengukir senyum tipis buat tatapan isteri.

"Sha ikut?" soal Raisha mahu tahu. Mendadak begini makluman sang suami? Dia tidak bersedia mahu berpisah atau mengikut lelaki itu. Dia pun ada urusan yang perlu diselesaikan di sini. Syarikat warisan si kembar dan pencarian kembarnya itu, dua-dua memerlukan perhatiannya. Entah ke mana menghilang lelaki itu, tidak pula dia ketahui. Runsing juga dia. Sudahlah kembar itu kehilangan memori. Tetapi, diri masih terpaksa membisu tentang kebenaran daripada seorang suami.

"Sha nak ikut?" Raykal pulangkan soalan. Dia tidak kisah sama ada isterinya mahu tetap tinggal di sini atau mahu mengikutinya ke sana. Dia boleh sahaja membelikan tiket penerbangan buat wanita itu. Jikalau, si isteri tidak mahu pergi juga, dia tidak menghalang kerana pemergiannya hanya mengambil masa seminggu sahaja.

"Abang... kita baru nikah semalam tau. Abang dah nak tinggalkan Sha?" Raisha merengek tidak puas hati. Mencebik meminta simpati. Lengan lelaki itu dirangkul erat lalu kepala dilentok di bahu si dia, tetapi dipanggung wajah menghadap suami.

"Tak nak kena tinggal... jomlah ikut." Selamba balasan Raykal. Melayan.

"Nak duduk mana dekat sana?" 

"Cari hotel lah. Tak kan abang nak bagi isteri abang tinggal dekat rumah bujang abang. Ramai kawan-kawan lelaki abang dekat sana."

"Kenapa tak bagitahu Sha awal-awal pasal ni? Kenapa tak ada pun nak bincang pasal ni sebelum kahwin? Kalau tahu macam ni... baik kahwin lepas abang habiskan segala urusan belajar abang tu." Raisha tarik muka masam. Merajuk. Tetapi, jari-jemarinya bergerak dan memaut erat jari-jemari kasar si suami. Bermain-main di situ.

"Ikut abang lah, kalau Sha tak nak kena tinggal sini... tak nak jauh daripada abang." Raykal turut memegang jari-jemari isteri menggunakan sebelah lagi tangan yang bebas daripada genggaman wanita itu. Memujuk dalam diam. Memujuk dalam tidak sedar. Persoalan si isteri sengaja tidak dijawab.

"Syarikat macam mana?" Dan Iyan macam mana? Raisha tidak tega mahu menyebut persoalan terakhir yang berlegar di fikiran. Itu yang paling dirisaukan sebenarnya. Tentang kembar.

Mencintaimu, Bidadariku : Raisha Hanani | Spin Off Penghulu BidadarikuWhere stories live. Discover now