Aku akhirnya melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma. Wah lamanya tak update cerita di wattpad. Harini merupakan beberapa bulan aku tamat pelajaran di peringkat diploma. Ia mengambil masa yang agak panjang untuk aku mula sambung menulis kerana melayani ketakutan untuk bercerita tentang dia selagi aku masih menuntut disana. Aku mula melanjutkan pengajian di peringkat diploma pada tahun 2018 hingga 2021.
Takpe, kita malas intro. Kita akan masuk ke kisah yang aku lalui dan masih kuat dalam ingatan. Untuk makluman awal, majoriti di tempat pengajian aku ni tak berapa mengetahui akan perihal 'penyakit' aku, cuma ada beberapa rakan dari sekolah lama serta senior dan junior yang ikut menyambung pengajian di situ.
Aku ditempatkan sebilik dengan rakan dari sekolah menengah aku yang bernama Thaqif aka Tukep. Cerita yang akan aku kisahkan pada kali ini adalah ketika Akhir tahun 2018 yang merupakan cuti semester ke 2 yang agak panjang. Aku merupakan seorang trainer fasilitator ketika itu dan perlu kerja di area Selangor pada ketika itu. So aku bercadang untuk menginap di asrama tempat aku belajar satu malam terlebih dahulu. Malas nak sewa Hotel.
Kebiasaan dari Johor, tiba sahaja dah maghrib. Asrama ketika itu kosong dan sepi. Yang ada cuma beberapa student foreigner dan beberapa pelajar persijilan yang lewat balik kampung kerana baru selesai minggu exam.
dalam kepenatan malam itu, setibanya depan pintu bilik alangkah sadisnya aku melihat pintu bilik aku terbuka sedikit. Masuk je bilik ternampak beberapa anak kucing yang comel baru lahir dan melepak di dalam loker aku. Aku terlalu letih sangat dah, tak ada masa dah nak mengemas. Aku nak solat, then nak tidur sebab keesokannya dan ada program yang akan memenatkan. Aku meninjau ke bilik dihadapan bilik aku. Itu bilik classmate aku Hanif. TAk berkunci, Nice. Fuh, kemas lagi. Aku letakkan bag baju di tepi dan baring sat. Punyalah aku terlupa belum solat maghrib lagi tapi aku dah terlelap. Tak lama lepastu. Aku dengar suara Hanif, tak sure lah mimpi atau tidak.
ayatnya "woi kau ni jikil, dari kat smakj masuk bilik tak reti bagi salam, bangun bangun, peluh peluh baring atas katil aku, kau dah solat magrib lom bodo"
Aku terjaga, tapi dalam keadaan mata aku terbuka memandang sesawang dipenjuru bilik. Aku terkejut sebab suara tu jelas, cuma....
Hanif tu bukan sekolah dengan aku dulu. Dari mana pulak aku masuk bilik tak bagi salam. Aku tengok jam lebih kurang jam 7.50 malam. Bagi aku, aku cuma berbaring dalam 2-3 minit je. Entahlah mimpi ke bukan. Aku rasa nak mandi dulu sekejap then baru solat, aku pon capai tuala nak ke tandas,
then aku dengar lagi, "kau dah magrib belum gileee"
Aku dah seram dah asrama ni manada orang, sepi jee..kalau ada pon kat aras 2, sedangkan aku di aras 1. Lepastu kalau betul tu membe aku, paling paling pon sambutlah aku baru balik or tanya kenapa datang, ada urusan ke..ni belum apa2 dah dimakinya.
sepanjang aku mandi tu ditemani bunyi anak2 kucing dari loker bilik aku. Kuat dan memecahkan kesunyian, aku bernasib baik. Keluar tandas je, terkejut gile aku, ada membe aku nama Luqman depan pintu, Fuh tapi ni real dia la, bukan jelmaan, adanya dia kat situ untuk ikuti daurah kitab di area mana entah aku tak ingat. Fuh, soleh membe aku.
Masuk je bilik, aku terus menghadap tingkap dan nampak satu susuk tubuh di luar tingkap, berbaju batik berkopiah hijau, lama aku terkedu, aku tahu dia bukan sesiapa.,tiba tiba dia bisik, solat.. then dia blah..
wehh sumpah siapa do dia, kenal aku ke? daripada ayat2 dia, mcm kenal sgt aku.
aku abaikan, lepas solat, aku banyak uruskan hal2 aku untuk esok dari ke tambang sampailah jadual train. lepastu aku main game sekejap dan mula bosan.
dalam pukul 11 malam, aku mula rasa ngantuk, tetapi suasana jadi sunyi, tak ada lagi bunyi anak kucing. aku pun sengaja jenguk ke bilik aku,
bukak je pintu, aku rasa meremang, dan sejak dari itu, setiap kali aku berbaring aku seperti melihat satu kelibat di katil sebelah. untuk makluman, setiap bilik dihuni oleh 2 pelajar, dan tentunya katil lagi satu itu kosong, sampai aku tak tahan, aku alihkan semua beg dan barang program aku ke katil kosong itu.
Sepanjang malam diselubungi rasa seram dan takut, aku sedar aku ditempat baru dan aku juga orang baru, terngiang ayat2 tadi, kadang ada penyesalan dengan kebiadapan aku.
Bagi aku itu adalah peristiwa awal aku ditempat baru, yang sangat menakutkan aku kerana belum mengenali mereka, lebih2 lagi mereka bersikap seolah olah mengenali aku lebih lama.
ANDA SEDANG MEMBACA
Hijab Budak Hostel
Paranormal#1 in paranormal. Aku mendapat sesuatu yang mulanya menyeksa aku selama beberapa jangka masa.. Namun aku dapat rasakan ianya adalah daripada keturunan aku kerana terdapat adik beradikku yang mempunyai kelebihan ini.. Kelebihan yang aku maksudkan ial...
