Stor Tilam

2.7K 189 17
                                        

Di sekolah aku,ada satu jawatan yang dinamakan Gagasan Perwakilan Asrama atau singkatannya GPA.
Tugasnya,ialah menjaga kebersihan dan kebajikan asrama.
Dan aku adalah seorang GPA bahagian peralatan.
Tugas aku ialah menjaga,membaiki, dan apa apa sahaja mengenai barangan dan alatan asrama.

Satu malam ni, aku ditugaskan oleh ketua warden aku iaitu Ustaz Khidir untuk memasang kunci di stor tilam kerana ada laporan pelajar mengambil tilam baru sesuka hati..
Stor tilam asrama terletak di sebuah bilik di blok asrama di tingkat 3 dan paling hujung sekali yang mana sebelah stor itu ialah dua dorm yang tak berpenghuni.

Jadi,aku pun mengambil alatan kunci,mangga,tukul,pemutar skru dan paku ke stor tersebut.
Walaupun dengan suasana yang seram dengan keadaan yang sunyi dan di sudut yang gelap,kerja aku berjalan lancar.
Sampai satu ketika..

Ketika aku hendak menggunakan paku bagi menebuk lubang pada besi pintu supaya dapat masukkan skru, paku tu terjatuh.
Waktu aku tunduk untuk ambil paku tu,aku terdengar bunyi siulan. Kemudian, waktu aku nak sambung kerja aku,dari celah tingkap bilik tu aku nampak satu lembaga berupa pontianak berbaju putih dengan rambut paras pinggang sedang duduk diatas susunan tilam dalam bilik tu..

Aku pun bersuara terkejut sambil berdiri menjauhkan pandangan celah tingkap tu..

"Weyh kau!"

Aku beranikan diri untuk tengok balik. Dan bila aku tengok..lembaga tu dah tiada.
Aku pun sambung kerja aku dengan jantung berdebar debar. Kalau nampak gitu ok lah juga,tapi kalau terkejut ni, aku memang tak sanggup.
Siap kerja aku, aku pun nak beredar cepat.
Beberapa langkah aku nak belah tu,tiba tiba terdengar bunyi tingkap bilik tu ditutup rapat. Aku pun cepatkan langkah.

Dalam hati, aku cakap

"Duh,kalah aku dengan bende ni"

Ketakutan..

Esoknya,sebelum asar, Ustaz arahkan aku memilih beberapa orang GPA lain bagi membantu aku untuk ubah kedudukan tilam dalam stor tu supaya tilam tidak rosak.
Aku terus cakap dengan kawan aku, "kalau nak buat,buat petang ni jugak, kalau buat malam,stor tu ade cerita tak baik"

Kawan aku buat muka terkejut. Aku senyum je. Tapi, aku tak ceritalah dekat dia. Takkanlah semua aku nampak aku nak cerita pulak kan..kalau macam tu, siapa sanggup nak dengar.

Hijab Budak HostelTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang