Mahaguru Silat

1.8K 142 15
                                        

Di sekolah,ade satu kelas silat. Aku cuma kenal 2 orang mahaguru. Silat yg diajar adalah Lian.

Suatu malam, datang seorang budak form4 ni beritahu aku mahaguru nak jumpa aku. Dah apahal pulak, aku taekwondo bukan silat. But, budak tu inform aku yang guru diorang nak mintak tolong aku. Okay ,set.

Minggu depannya,dalam pukul 10 aku datang kelas silat. Waktu aku ditemani member aku,Nasoha datang tu,banyak yang ikut,kebanyakannya aku kenal.
Aku mula berkenalan, mahaguru tu juga ade bukan sahaja deria ke enam..malah sampai lapan. Tetiba,dia suruh aku scan dia dengan member dia guna deria ke lapan. Aku pun nampak susur galur mereka. Dan aku kenal pasti,dia adalah keturunan aku juga yang bertemu kat Daeng bugis. Aku syok berkenalan dan belajar . Dia seboleh mengajak aku belajar silat. Aku tolak, aku cakap yang aku tak berani nak bawak. Lagipon aku pun dah ada silat. Syok bercerita aku dapati beberapa orang yang nampak ganjil melihat kami. Mahaguru tu terus ngaku yang bende tu kat pihak dia. Dan dia cakap "awak pun awal2 datang tadi ramai ikut,diorang takut saya apa apakan awak,tapi saya cakap dengan diorang saya cuma berkawan dengan awak"

Aku faham siapa yang ikut tu,tapi aku still takut..hahaha

Lepas tu,aku diajar cara merasa. Aku hulurkan tangan dan rasakan apa yang diajar. Sama seperti apa yang Ustaz pernah buat pada aku. Aku dah sah ade deria ke lapan. Aku pun bercerita segala yang aku rahsiakan dari semua orang sebab aku tahu dia pun tahu tentang keturunan terdahulu bermula dari pendakwah cina berkait sehingga laksamana bentan dan sampai ke keturunan kami.

Perbualan kami terhenti seketika apabila jam menunjukkan 11.30 malam. Waktu kelas silat habis.
Waktu kelas tu tutup, aku perhatikan cara mereka menyapu badan dan pinggang. Pelajar semua kosong,tetapi 2 mahaguru tersebut aku dapati mereka menanggal kan persalinan mereka dan menyisip keris dibelakang pinggang.
Mahaguru pun cakap pada kelas, dan menyebut aku kawan baharunya. Ceh bangga gila aku. Dah line2 mahaguru ni ..hahaha..

Semua bersurai aku terus menyoal..

"Kenapa semua kosong"
"Sebab saya hanya ajar diorang zahir,saya nak cari murid yg ada kedua duanya,sebab tu saya nak ajak awak"

Kami terus berbual.

Nasoha yang berniat nak ikut aku sebab nak tahu semua bende menjadi semakin lama semakin bingung sebab tak tahu apa2.

Tetiba sebelum balik,
Mahaguru tu jumpa kan aku dengan puteri dari pulau besar.
Aku dah takut..hanya tunduk..mulanya berbaju kuning dan kedua berbaju hijau..aku takut..tetapi guru tu suruh aku tanya sesuatu..belum sempat tanya bende tu terus beritahu berkenaan mereka2 yang ramai di tanah sekolah ni..

Nasoha menjadi semakin bingung bila tengok aku khusyuk memerhati sebelah kereta mahaguru tu.

Malam tu, aku ada banyak hasil..pengetahuan salasilah keluarga aku,ilmu dan sedikit keberanian. Ada aku selit mengenai rakan batch aku yang sakit, dan kami sependapat.

Sepanjang perjalanan balik ke asrama aku terangkan pada Nasoha apa yang aku mampu, dia tetap bingung.
Hahaha..biar jelah..aku perhati mereka2 yg aku dah lama nampak..cuma malam tu aku baru kenal..

Hijab Budak HostelTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang