Aku ada member .
Nam dia Luqman dan orang panggil dia Bek.Di asrama aku, kat belakang ada tempat parking kereta dan seterusnya tangki besar.
Kat sebelah tangki besar ada hutan.
So, malam2 memang kawasan belakang asrama tu gelap.
Cuma ada satu lampu jalan yang hanya menerangi sikit kawasan tu.Nak dijadikan cerita,
Setiap kali habis kelas prep, pelajar memang akan ke dewan makan. Takde pun yang terus balik ke asrama sebab pagar asrama masih kunci..Satu malam ni,
Aku dan beberapa orang membe aku termasuk Bek memang akan ke dewan makan awal sebabnya kalau lambat, dewan tu penuh dengan budak junior.
Dari kelas ke dewan makan,kami akan melalui asrama dulu.
So, pada malam tu.
On the way ke dewan makan, Bek nak singgah kejap kat dobi nak basuh baju sementara mesin basuh masih kosong.
Usai basuh baju, aku dan Bek nak ke Dewan makan.Kitorang guna jalan belakang asrama sebab dekat sikit.
Waktu lalu belakang asrama tu..
Aku ternampak satu orang lelaki yang memegang bende seperti pasu sedang menuruni bukit dari hutan ke arah tangki. Dia turun secara menegak dan kelihatan tak jejak tanah.
Muka dia biase je..tak seram pon..
Tapi pergerakan dia yang buat aku seram dan terasa nilu sedikit..Pastu, aku jalan laju sikit ke depan.
Disebabkan suasana yang sangat sunyi tanpa bunyi cengkerik dan katak seperti kebiasaannya, Bek rasa seram pastu cakap
"Jikil , kau pahal laju..kau nampak apa2 ke..aku seram dah ni"Seriously, sebenarnya aku paling tak suka bila ada orang tanya ada bende ke tidak. Lebih2 lagi bila aku tengah nampak dorang . Sebabnya aku pun takut dan tak pernah terbiase tengok mereka tu.
Tapi aku jawab lah soalan Bek..
Jawapan yang tak seperti jawapan..aku jawab.."Ape bendelah kau ni.."
Sampai susur gajah dewan makan yang ada lampu tu. Aku dah lega..
Dan pasal bende tu , aku malas nak tengok balik dan nak amek tahu..biar jelah dia.
Aku tak kacau dia,
Dia tak kacau aku.
Settle..
YOU ARE READING
Hijab Budak Hostel
Paranormal#1 in paranormal. Aku mendapat sesuatu yang mulanya menyeksa aku selama beberapa jangka masa.. Namun aku dapat rasakan ianya adalah daripada keturunan aku kerana terdapat adik beradikku yang mempunyai kelebihan ini.. Kelebihan yang aku maksudkan ial...