Kediaman Universiti

1.2K 81 10
                                    

SPM sudah berlalu. Zaman pelajar sudah pun tamat. Bermulalah zaman sebagai seorang mahasiswa.

Cerita kali ini bukanlah mengenai kediaman asrama sekolah. Bukan juga kediaman IPT yang aku tuntuti. Tetapi , ia berkenaan cerita aku mengenai suatu kediaman Universiti yang aku lawati iaitu UiTM Segamat.

Abang aku yg kedua yg dipanggil Zahin adalah salah seorang mahasiswa bidang pelaburan disitu. Sebelum melawat ke situ, pernah beberapa kali aku dan Mak Su aku iaitu bekas mahasiswa dalam bidang yg sama pernah menceritakan keadaan di situ..kebanyakan diganggu adalah pasangan2 couple.

Cerita bermula, pada suatu hari selepas melawat adik di MRSM Gemencheh, aku dan keluarga dipandu oleh abang sulung menuju ke UiTM Segamat. Ia adalah pertama kali aku melawat ke sana. Dalam perjalanan terimbau cerita2 yg pernah dikongsikan.

Dipendekkan cerita, setiba di Uitm tersebut. Kami melalui beberapa tempat sebelum tiba ke kediaman Zahin. Kelihatan pada waktu petang itu kebanyakan student sedang beriadah sukan, martial art, membawang or sebagainya. Tiba2 , kami melalui jalan yg mana bersebelahan dengan tempat student ber "taichi" or "yoga"?.. Entah aku pun tak tahu. Yg aku tau , kira2 4 ke 5 meter belakang salah seorang lelaki kelihatan seorang perempuan perpakaian putih berambut ikal mayang rapi panjang ke pinggang. Kereta terus berlalu, dan aku tak berapa menghiraukan. But, dalam keadaan tu aku sedar aku sedang buka pandangan aku.

Tiba di kediaman, menunggu Zahin bersiap lalu kami terus ke tempat makan. Aku order Abc. Kahkahkah.. Datang lawat, semata order ABC. Biasalaa, petang tak tahu nak order ape. Then, tiba2 ade member aku perempuan gentle gila dia belanja burger. Wah huntung. Act, aku tak pernah belanja dia apa2. Owh yee, nama dia Adent. Tinggi dia boleh berlakon citer seram jugaklaa. Dalam tengah syok dapat makanan free tu, tiba mood aku terpotong hanya disebabkan..

Aku terlihat perempuan aneh tadi di seberang jalan melihat ke arah dua orang lelaki yg berpeluhan. Maybe baru lepas sukan. Teringat pulak cerita Maksu..katanya bende tu ganggu couple? Eeh, takkan gay pulak..hahahaha. Aku perhatikan dan cuba menarik perhatian. Wow. Ni festime aku berani. Aku tak sure sebab ape aku dah agak berubah. Amalan aku kat sekolah agama dulu dah banyak tertinggal padahal. Mungkin ini yg dikatakan. Zaman sekolah tu adalah waktu membina tarbiah..dan ini masanya kita gunakan.

Aku memerhati. Membaca bismillah 5. Dia menoleh ke arah aku..kemudian..di mengendahkan..hurmm.. Sampai hati dia palau aku. Khusyuk memerhatikan dua orang tadi. Aku tak tahu ape motif dia.

Usai makan, kami ke kereta untuk pulang dan upacara melambai tangan kepada Zahin selaku orang yg dilawat bermula. Aku terlihat si dia berada selang satu kereta dari kereta kami. Aku sedari tiba2 bahunya menaiki paras bumbung kereta grand livina putih disebelah. Wah..nak terbang ke?..namun tak..sekilas sahaja dia menghilang.

Dia tak menganggu, tak menakutkan, tak layan aku..hurmm..sampai situ kisah aku.

Kisah seterunsnya, adalah ibu aku yg cerita pada aku bahawa abang aku mengadu diganggu.

Katanya, balik je Abg aku ke kediaman pada suatu malam. Katanya kad matrik tertinggal di kereta kawan. Dan masa nak ke ambil tu..katanya terlihat pontianak putih memerhati..dan bila dekat jadik hitam..entahlaa ye tak ye. Then katanya abang aku nangis bile cerita kat kawan empunya kereta tu.

So , tu jelaa perkongsian. Kot2 tempat lain pon sama..boleh lah kita kongsi pengalaman..jenis ape dia tu? Apa dia buat? Nape dia memerhati orang?

Hijab Budak HostelWhere stories live. Discover now