Kat sekolah,
Aku memang suka jalan sorang,
Antara sebabnya
Kalau aku jalan sorang ,aku boleh jalan laju , tenang dan yang penting selamat.
Kenapa selamat?
Sebabnya..kalau aku jalan dalam kelompok, then tiba2 aku nampak sesuatu, nanti aku akan cuak sebab pikir bende tu tahu aku nampak dia sebabnya dalam satu kelompok tu, kepala aku je yang toleh arah dia.
So, kalau jalan sorang, aku toleh dia, aku boleh je pura2 yang aku tengah tengok pokok atau yang sebagainya.Satu malam prep ni,
Disebabkan esoknya aku ada peperiksaan, aku nak study.
Masa tu, karangan arab aku tertinggal kat surau.
So, aku bercadang nak pergi surau untuk ambil karangan tu.
Dalam perjalanan kat susur gajah dari blok belajar ke surau, aku perasan seorang pakcik guard menaiki motor dari arah blok belajar. Pakcik tu selalu bercerita kat aku pasal bende2 yang dia pernah nampak kat sekolah ni contohnya kat dewan makan, padang, makmal komputer dan sebagainya..So, masa jalan tu, aku akan lalu sebelah dewan yg terletak dekat dengan surau.
Waktu aku jalan kat sebelah dewan tu, aku ternampak satu kelibat kat sayap dewan yang merupakan tempat pelajar bermain ping pong.
Reaksi aku masa tu terkejut.
So, langkah aku terhenti secara laju.
Tiba2, cik guard yang dah lepas lalu depan aku patah balik dan menuju ke arah aku.
Dalam hati aku..
"Mesti pakcik ni nampak yg aku terkejut tadi, janganlah dia tanya macam2 kat aku"Sampai je kat sebelah aku, pakcik tu tanya..
"Dik, apa kawan buat kat situ?"Kawan?!..Mungkin pakcik tu turut nampak kelibat tu
Aku pun jawab sambil senyum..
"Takde ape2 lah cik"Pastu aku sambung perjalanan aku dan aku nampak pakcik tu pusing bawa motor dia pergi belakang dewan. Mungkin sebab tak puas hati dengan jawapan aku.
Sampai surau, aku nampak beberapa member aku study untuk periksa esok.
Aku ambil kertas karangan aku yg ada atas rehal surau dan terus jalan balik ke kelas.Waktu nak balik tu,
Aku terserempak lagi dengan pakcik yang dari belakang dewan. Then dia tegur..
"Habeslah kau...ada bende kat dewan..hahaha"Aku membalas sambil tergelak..
"Hahaha, ok cik..assalamualaikum"
Then, aku terus berjalan ke kelas.
Tiba kat tepi dewan je, hati aku kuat memaksa nak tengok tempat tu.
So, aku pun perhati lama2.
Aku nampak bayang aku, aku lambai tangan then bayang aku pun melambai.
Tiba2, sebelah bayang aku , aku nampak..
Satu susuk tubuh yang kelihatan gemuk dengan rambut paras dada dan perpakaian putih yang agak senteng sehingga menampakkan kaki yang agak kemerah merahan. Dia just berdiri tanpa buat apa2.Tengah perhati bende tu.
Tiba2 dengar deheman yang agak kuat kat belakang aku.
Rupanya suara tu dari Ustaz Fuad yang berada agak jauh sikit dari aku.
Mungkin, ustaz berdehem sebab nak tegur aku.
Dia jalan dengan pakaian baju melayu berkain pelikat sambil bermain handphone. Maybe dia dari Aspuri.
Dia tak cakap apa2 pon.
Tapi aku mengagak dia nak ingat kan aku..sebab dia pernah cakap..
"Kalau nak tengok apa2 bende,jangan diwaktu yang umum, sebab takot2 ada pelajar yang lemah semangat"Then aku tengok balik kat sayap dewan, bende tu dah takde..
Aku pun terus ke kelas untuk sambung belajar..
Hati aku agak tertanya tanya.. Apalah yang pakcik guard tu nampak waktu pergi belakang dewan tadi agaknya..Wallahua'lam..
YOU ARE READING
Hijab Budak Hostel
Paranormal#1 in paranormal. Aku mendapat sesuatu yang mulanya menyeksa aku selama beberapa jangka masa.. Namun aku dapat rasakan ianya adalah daripada keturunan aku kerana terdapat adik beradikku yang mempunyai kelebihan ini.. Kelebihan yang aku maksudkan ial...