Setiap sekolah asrama pasti akan ade DEWAN MAKAN,
Cerita kali ini adalah peristiwa dimana aku telah melihat satu entiti yg berada di dewan makan..
Ketika aku berada di tingkatan 3,
Aku dengan rakan rakanku agak sibuk dalam menyelesaikan tugasan iaitu kerja kursus Sejarah untuk peperiksaan PT3..
Pada malam menyempurnakan tugasan itu,
Aku dan rakan rakanku berasa letih kerana terlampau bertungkus lumus sehingga pukul 2 pagi..
oleh itu,aku bercadang untuk memasak maggi dan membuat air bagi menghilangkan letih..
Rakan rakan aku mencadangkan supaya aku yg ditugaskan mengambil air panas seorang diri di dewan makan sedangkan meraka yang lain mencari maggi dan serbuk minuman..
Tanpa fikir panjang aku pun bersetuju.
Lalu,aku pun mengambil tong air yang kosong lalu pergi ke dewan makan.
Setibanya di dewan makan ,aku melihat suasana yang gelap dalam dewan itu..
Aku terus menuju ke mesin air panas lalu mengisi air tersebut kedalam tong..
Selesai mengisi ,aku terus beredar..
ketika aku menjejakkan kaki di susur gajah berhampiran dewan makan ,aku terdengar semak samun di sebelah susur gajah itu dikibas..
Langsung aku perhati..
Aku terlihat suatu objek yang berbentuk bujur menegak dan berwarna hijau..
Aku melihatnya melompat lompat semakin lama menuju ke arah ku..
aku tak nak "benda itu" menghampiri ku..
Lalu,aku pun berlari menuju ke asrama..
Aku terus menaiki tangga hingga ke aras 3 lalu terus masuk ke dorm junior kerana dorm mereka yg berdekatan dengan tangga..
Ketika itu,ada 2 orang junior yang masih belum tido..
Mereka yang melihat aku berpeluh kepenatan dan ketakutan terus memberi aku air kotak..
Apabila lega,aku terus beredar dan menuju ke dorm aku dengan membawa air panas..
tetapi ,aku tidak menceritakan kepada sesiapa kerana aku takut mereka akan takut dan aku takut "benda" itu mengekori aku..
Sejak itu,aku tidak berani ke dewan makan tengah malam berseorangan ..
Kerana aku tahu yang Aku belum boleh mengawal hijab aku..
YOU ARE READING
Hijab Budak Hostel
Paranormal#1 in paranormal. Aku mendapat sesuatu yang mulanya menyeksa aku selama beberapa jangka masa.. Namun aku dapat rasakan ianya adalah daripada keturunan aku kerana terdapat adik beradikku yang mempunyai kelebihan ini.. Kelebihan yang aku maksudkan ial...