Tahun ni,aku menduduki satu peperiksaan Sijil Menengah Agama.Cerita ni terjadi baru2 ni.
Aku ingat malam tu sebelum pergi prep ada kumpul form kat surau.
Lepas kumpul,aku terus gerak ke kelas prep sebab nak study untuk periksa esoknya iaitu madah Tafsir dan Hadis.
On the way ke kelas,tiba aku nampak member aku nama dia Syukri kat gazebo di blok belajar. Aku tak naik ke kelas, aku terus ke gazebo. Sebabnya memang aku selalu study dengan dia.
Tengah lama sikit hafal kitab hadis, tiba2 datang sorang lagi member aku nama dia Haziq Hazman.
Pastu dia bual2 dengan Syuk.
Kitorang dah bosan sikit menghafal kitorang main kejap..
Aku main kejar2 en baling batu dengan Syuk.
Dah lama sikit aku nak sambung study.
Syuk dengan Haziq masih berbual2.
Then tiba2 dorang gelakkan aku tak tahu sebab apa. Mesti ada Syuk cakap apa2 pasal aku.
Aku support jelah..gelak sekali..
Tiba2..bila aku nak pandang kitab balek..
Aku perasan dekat depan aku iaitu bersebelahan dengan pondok guard yg tak jauh dari gazebo tu...ada suatu berjubah biru en bermuka biru dengan berambut putih sederhana panjang tengah pandang aku. Dia kelihatan tinggi tapi kaku. Aku pun dah tak selesa nak study.
Waktu tu Haziq dan Syuk gelak lagi.
Tapi kali ni aku tak gelak sambil aku tundingkan jari kelingking aku ke arah pondok guard tu. Sebabnya masa tu aku tengah pegang nota. Hanya jari tu yg dapat aku tundingkan.
Then, aku tak cakap apa2, aku terus naik kelas dan terus ke tempat yg sunyi sikit iaitu depan tandas perempuankat aras tiga.
Then,Syuk dan Haziq ikut naik.
Syuk dapat agak yg aku nampak sesuatu tapi Haziq bingung..then dia tanya aku apa yg jadik..
Baru je aku nak cerita,tiba aku terpandang pondok guard tu dari depan tandas tu. Walaupun kedudukan tandas dan pondok tu jauh. Tapi aku nampak bende tu nampak lebih tinggi dan tengah tengok aku.
Aku terus tak jadik cerita. Syuk pun daripada riang2 awalnya terus senyap je..tak tahulah kenapa. But, aku masih tak tahu kenapa dan apa yg aku buat sampai dia tengok aku je..
Wallahualam..
ANDA SEDANG MEMBACA
Hijab Budak Hostel
Paranormaal#1 in paranormal. Aku mendapat sesuatu yang mulanya menyeksa aku selama beberapa jangka masa.. Namun aku dapat rasakan ianya adalah daripada keturunan aku kerana terdapat adik beradikku yang mempunyai kelebihan ini.. Kelebihan yang aku maksudkan ial...
