Spy Fly

3.8K 231 13
                                        

Cerita ni masa aku form 2,
Waktu tu aku dipanggil Baruah sebab jadik budak spy fly.
Satu minggu ni,dimana pelajar laen cuti tapi form 2 kene stay untuk lonjakan saujana.

Satu malam ni ada ramai membe aku fly.
Then, aku dengan membe aku nama dia Amirul dan Nurhakim yg baruah ni pegi kejut pengawas . Nama salah sorang pengawas batch kitorang nama dia Luqman, but kitorang panggil Totoi.

Dah kejut je..
Dia bahagikan kawasan yg kene jaga..
Aku dengan sorang pengawas ni namanya Hafiz kene jaga kat pagar yg berdekatan dengan Aspuri.

So, aku dan Hafiz pun duduk kat bengkel KH yg dekat dgn Aspuri.

Nak dipendekkan cerita..

Hafiz ni nama penuh dia Hafizzudin.
Dia dari form 1 kadang nampak bende2 yg kacau dia.

Masa tengah jaga tu.
Aku nampak satu lembaga putih terbang dari luar sekolah ke pondok guard sebelah Aspuri tu.
Hafiz kata dia nampak tpi x jelas .
Maklumlah , dia terlupa pakai spec dia.
Then, tak lama lepas tu kitorang dengar suara orang jerit kat satu dewan iaitu Dewan Khaldun.
So,aku dengan Hafiz pun pergi...sampai dewan je..
Takde sesiapa..
So, kitorang ingat suara tu jauh lagi.

Then, kitorang jalan sampai pondok guard.
Masetu guard tengah ronda sebab Totoi mintak tolong dia tengok2 budak fly.

Pastu, Hafiz ajak pergi tepi padang.
Berani gilalah dia ni.
Jalan2 kat tepi padang, tetiba aku rasa seram sebab suasana senyap..aku masih terpikir..

Mana datang suara bising tadi?

Pastu aku ajak Hafiz naik.
Dari tebing padang kitorang panjat naik sampai ke satu pondok kat padang.
Pondok tu selalunya pelajar buat untuk hias rumah sukan.

Dari pondok aku nampak dua orang, satu tinggi satu rendah, yg tinggi tengah lambai, dorang ada kat kolam yg tak jauh dari padang.

Pastu aku bagitau Hafiz.
Hafiz kata nampak sorang je.
Aku tak endah sebab aku pikir dia tak nampak sebab tak pakai spec.

Sampai kolam, takde sesiapa.
Kitorang senyap.
Aku cadang nak kumpul kat belakang padang iaitu lubang fly.
Sebab kitorang tahu memang ramai kat situ.
Sampai je, pengawas2 tu sume tengah tunggu.
Bila budak2 fly balek terus kitorang balek dorm.

Malam tu , aku dgn Hafiz mmg tak boleh lupa.
Ada lagy peristiwa mcm bunyi aneh yg aku tak cerita. Maybe takot panjang sangat citer ni.

Tahun ni,

Hafiz ceritakan peristiwa malam tu kat ahli baru batch kitorang dari Maahad Johor atas permintaan dorang.
Kalau Hafiz tak ingat , aku akan ingat.

Itu semua PENGALAMAN.

Hijab Budak HostelTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang