Satu malam ni,
Kat dorm aku..
Aku tengok ke tingkap sesaja sambil bersiul lagu instrumental.
Dari asrama aku boleh nampak blok belajar junior.
Masetu aku tengok dengan member dorm aku nama dia Syahmi.
Pastu aku ternampak ada orang berbaju merah kat tandas yg terbukak lampu yg ada dekat blok belajar tu. Di aras 2.
Aku pun terus.."Wei syahmi, ada budak dekat tandas tu,buat apalah tu..hisap rokok ke main henset tu agaknya"
"Mende kau ni Jikil, mana ada orang kat sit"
"Yang baju merah tu lah..alah dia dah masuk dalam tandas"
Perbualan kitorang berhenti kat situ.
Esoknya..beberapa budak batch aku termasuk aku kene denda tido kat surau sebab lambat subuh.
So,bagi aku aku lagi senang nak jalan2 malam2 sebab kalau tido asrama, nanti asrama kunci.So, malam tu dalam pukul 12 lebih, aku nak jalan2.
Aku akan ajak sesiapa ikut aku kalau nak denga cerita hantu.So, aku dan kawan aku nama dia Muiz jalan kt susur gajah menuju ke blok pentadbiran yg berdekatan dengan blok belajar junior sambil bercerita hantu.
Masetu aku tengah cerita pasal kelibat baju merah misteri semalam tu.
Then, belum habes cerita langkah aku berhenti depan blok belaja junior dan aku senyap.
Muiz yg paham keadaan aku ikut senyap.
Aku nampak lampu tandas terbukak. Tapi kali ni aras 3.
Aku nampak susuk tubuh berbaju merah semalam. Dan kali ni lebih jelas sebab dekat.
Aku nampak tinggi dia macam nak cecah syiling. Baru aku perasan. Maybe haritu aku tengok dari jauh..sebabtu aku tak perasan tinggi dia.Then, aku ajak muiz balik surau.
Bagi redakan keadaan, aku sambung cerita hantu lain but aku akan berhenti dalam 20 saat bila melintasi sesuatu bende lain kat susur gajah.
Muiz sentiasa paham akan keadaan aku samada tengah ada mereka atau tak.Kedengaran bisikan2 zikir yg keluar dari mulut Muiz sepanjang jalan ke surau.
Dalam hati aku..
Nasib baik ada kau Muiz. Kalau tak, aku tak tahu apa jadik
Sapa tak seram kan..tengah cerita pasal dia tetiba dia keluar.
Fuhh..
YOU ARE READING
Hijab Budak Hostel
Paranormal#1 in paranormal. Aku mendapat sesuatu yang mulanya menyeksa aku selama beberapa jangka masa.. Namun aku dapat rasakan ianya adalah daripada keturunan aku kerana terdapat adik beradikku yang mempunyai kelebihan ini.. Kelebihan yang aku maksudkan ial...