Ramadhan

2.3K 174 9
                                    

Bulan ramadhan,
Ramai orang tanya aku, bulan puasa ada hantu ke?
Aku tanya balik..kenapa tak ada?

Sebelum aku cerita, aku nak terangkan sedikit apa yang aku tahu.

Ada 2 istilah ..makhluk halus dan makhluk ghaib. Dua2 ni bukan bende yang sama. Jin itu makhluk halus, semua orang boleh nampak bergantung atas faktor masing2. Bila kata halus, ia memang halus,orang tertentu yang boleh nampak secara langsung tapi orang lain boleh jugak tapi bergantung..boleh nampak sebab sudut pandangan seperti hujung mata,boleh nampak guna teknologi macam flash gamba dan sebagainya. Perubatan membuktikan, satu masa aku mengubat lalu memasukkan jin tu dalam botol. Nak tunjuk kat orang lain, aku letak dekat tempat gelap pastu ambil gambar guna flash ..lalu nampak lah dalam gambar tu ade entiti dalam botol tu. Banyak lagi lah..tapi perubatan guna botol ni selalu digunakan bagi mereka yang kacau manusia sebab dah takde tempat, jadi, kita tempatkan dia dalam botol lalu kuburkan dia ikut jenis dia. Tulah tempat dia. Jadi dia puas, takdelah dia kacau orang lagi. Jadi, itulah jin..kita semua boleh nampak mereka .

Jin adalah golongan ketiga yang wujud kat muka bumi manakala iblis adalah yang kelima (kalau tak silap) . Iblis ni lah yang disebut syaitan. Nak tahu lagi, baca cerita Azazil.

Iblis ni siapa?

Haa..iblis ni makhluk ghaib..takde manusia boleh nampak. Dalam quran ade sebut , cuma para nabi je boleh nampak..iblis nilah yg curi dengar perbualan kat langit semua. Kirenya line2 malaikat. Mereka ghaib. Aku bagi contoh senang..

Kau masuk dunia bunian (bende halus) ade kau nampak malaikat (bende ghaib)..

Tak kan..takkan nak cakap hijab cacat..memang 2 makhluk tu bukan golongan yang sama..harap boleh faham lah..

So, yang jin ni memang bulan puasa ada..yg kene belenggu tu adalah iblis.. mereka yg membisikkan perkara munkar mcm qarin or sebagainya..

Sekian jelah penerangan apa yg aku belajar..

So, citer kalini berkenaan semasa seminggu tusyen kat sekolah.

Semua orang cuti puasa 2 minggu kecuali tingkatan 5. Ade tusyen sebab maklumlah nak SPM tahun ni. Jadi hampir setiap malam aku dan member2 aku main futsal sampai pukul 11 malam paling awal.
Then, aku akan stay surau sampai pagi,bagi memudahkan kejut sahur.

Sahur first dan second memang aku tercabar ada bunyi dari PA system aspuri nak suruh sahur. Lagipun lelaki sahur dorm,yelah awal2 mesti ada makanan sedap2. Jadi,aku tekad nak kejut sahur sepanjang minggu tusyen tu.

Malam tu, lepas main futsal. Aku dan member2 aku balik dorm. Aku mandi dan dalam jam 12 lebih aku gerak ke surau.

Malam first aku stay surau, ade member aku beberapa orang. So, malam tu takde ape sangat ..just perasan ada bende selongkar bilik urusetia surau. Esok nya aku cerita kat ketua kerohanian.

Malam kedua ,macam biasa main futsal ape semua. Aku gerak ke surau . Tapi tak ramai sebab cikgu tak izinkan tidur surau. Tapi aku bukan nak tidur pun, aku nak berjaga. So, aku gerak ke surau.

Sampai surau , aku nampak member aku , Zahin tengah tidur. Aku ambil wuduk .
Aku buat keputusan nak ngaji lah sebab aku tahu,satu malam aku boleh habis 6 juzuk. Sesuai dengan target kalau nak khatam 5 kali sebulan. So, aku ngaji..
Awal2 aku ngaji aku dengar ada suara yang ikut..mulanya aku duduk belakang tirai iaitu bahagian solat perempuan. Aku seram aku pindah ke saf pertama. Aku ngaji..dan ade suara ikut lagi..suara seakan akan guna mikrofon tapi slow..senang kata suara dia besar lah bass dia..aku ngaji kuat2 dan suara tu takde lagi. Zahin terbangun lalu tutup kipas bahagian dia tidur dan tidur balik. Mungkin sejuk..maklumlah tidur atas lantai.
Habis 6 juzuk lebih kurang nak masuk pukul 4..aku mula hafal surah jin untuk bawa waktu jadi imam untuk isya nanti. Aku hafal, then ade bunyi kat susur gajah orang jalan berseret. Aku buat tak tahu. Dalam pukul 4.30 pagi, aku nak gerak ke asrama. On the way ke asrama aku selisih dengan pekerja dewan makan nak ke dewan terbuka untuk sediakan sahur tapi tak bertegur.

Tiba2, kat selekoh ke dewan terbuka tu. Aku nampak siput babi. Disebabkan mata aku kabur sikit,rabun maybe..aku tunduk sebab nak tengok dekat..

Waktu aku tunduk tu,aku nampak ada banyak orang berdiri kat belakang tangki tu. Aku bangun,...hilang dah.

Pukul 4.50 aku kejut sahur..buat bising dan sebagainya..

Lepas subuh, aku lalu selekoh tu waktu balik ke asrama..aku akan usha tempat tu..memang nampak ramai..macam keluarga yang terdiri daripada 8 or 9 anggota..ada kecil ada besar..
Hampir setiap pagi aku akan menoleh ke situ setiap kali balik asrama lepas subuh..sampai ditegur kawan aku,Nasoha.."kau nampak ape2 ke jikil?"

Keesokan malamnya, sama seperti biasa tapi kali ini diikuti member aku,Ilyas..sebab dia nak tidur surau. Malam tu ada perbualan agak menakutkan aku bersama pak guard sekolah.

Pak guard : bape orang dik?

Aku: 2 je

Pak guard : kalau sikit macam ni agak bahaya..sekolah ni..*dia buat memek muka tak baik..

Aku: kenapa cik? (Buat2 tak paham)

Pak guard :tak pelah, adik terus je solat ngaji semua..inshaa allah tak kene kacau..

Aku faham..dan aku terus jumpa Ilyas..

Aku: kau denga tak tu?

Ilyas: dengar..

Aku:ape kau dengar?

Ilyas: dia tanya bape orang kan..

Aku: jadah kau..dia cakap kalau berdua je tak selamat..pandai arr nak buat ape

Tapi ape yang guard cakap tu buatkan aku tak khusyuk sampailah....

Dalam pukul 3 lebih..tengah ngaji..aku perasan ada satu orang berbaju putih berselendang kuning tengah duduk macam bertapa kat atas tirai surau tu..pastu aku denga bunyi rehal macam kena seret kat lantai..agak nilu..Ilyas tengah terjaga tapi tak sedar apa2..dia just tukar pose tidur dia je..

Aku bisik .."aku takut,tapi ni bulan ramadhan aku nak buat semua ni..tolong aku.."

Aku perasan dia turun..then, keluar ikut pintu belakang..lain dari jangkaam aku yang dia akan lesap kalau nak beredar..

Begitulah..malam seterusnya dan pagi kejut sahur..kadang waktu kejut..nampak lembaga terbang dari perangkap monyet ke asrama depan ..tapi malas aku nak cerita..

Dan macam biasalah..aku akan cerita kat member2 aku..

Cuma nak cakap, dari pengalaman ni..kenalah percaya..kalau niat kita baik..inshaa allah dipermudahkan..

Hijab Budak HostelWhere stories live. Discover now