Bersama member aku Azri, Solihin dan Pyan, aku berbual di court takraw asrama bagi memastikan semua pelajar bergerak ke surau kerana malam minggu memang pelajar akan ke surau untuk tidur. Memang tugas sebagai Gagasan Perwakilan Asrama bagi Azri dan Solihin. Pyan je tak memasal.
Jam menunjukkan 11.30 malam. Aku duduk berbual dengan mereka. Pyan berkongsi meggi yang di buatnya. Tetiba mereka bertanya..
"Wei,jikil..wattpad kau dah masukkan nama kitorang belum?"
"Macam mana aku nak masukkan,takde cerita nak masukkan nama korang"
"Haa,malam ni kau jalan2 satu sekolah kan, so, kitorang join, kau nampak bende kau senyap jek, jangan beritahu kitorang..nanti kau update cerita kat wattpad pastu masuk nama kitorang ..nanti kitorang femes sekali"
"Haa..okay jugak..tapi malam sikit arr..sekarang ni aku nak pergi asrama belakang nak pastikan semua dah pergi surau.." Berperanan aku sebagai ketua..cewahh..haha
Ke asrama belakang, ade form 5 je..okay settle. Aku mengajak Azri,Pyan dan Solihin yang lebih di panggil Sol untuk ikut aku ke tempat yang aku selalu aku uji keberanian aku iaitu satu kawasan yang gelap antara blok pentadbiran dan blok belajar menengah rendah.
Setiba disitu..aku berkata..
Jikil: Haa..kalau lalu sini..jalan sorang nanti kau rasa ape yang seram..
Memang laluan tu kalau lalu waktu malam..sesiapa boleh dengar bunyi angin kat telinga..sebabnya tempat tu terlalu sunyi sampai bunyi cengkerik pun takde..
Sol dan Azri berbincang..
Sol: Azri..kau jalan dululah..kau berani..
Azri :Ah takde..main ossom..
Aku dah berdekah dah dengan dua orang ni..Pyan hanya berdiam..
Aku bersuara.."aku jalan dululah"
Aku pun memasuki ruangan gelap belakang blok belajar menengah rendah tu..setiba di belakang makmal sains..aku menceritakan bahawa pertama kali aku jalan situ..tiba2 ada satu pensel picit terpelanting keluar dari makmal..amat misteri..
Kemudian aku menoleh kebelakang melihat rakanku..Dorang jalan bertiga..
Aku terus cakap.."Tak yah jalan bertiga bongok..tak best.."
Setiba di hujung yang merupakan kawasan bercahaya..aku ajak mereka jalan belakang blok pentadbiran yang aku anggap level ke 2 kerana ia lebih seram..
Perjalanan tu lebib suram dengan suasana yang sunyi dan hanya dengar bunyi titisan2 air di tandas sahaja..
Separuh jalan..mereka bertiga hanya senyap ..agak lain dari sifat ketiga tiga member aku tu..
Aku menoleh sekilas kebelakang..kelihatan hanya ade Sol seorang sahaja!..mana Azri? Mana Pyan?..Sol pula kelihatan agak series..aku menoleh kehadapan dan terlihat..
Satu bayang bayang hitam yang agak kurus..aku tak rasa itu Azri atau Pyan..sebabnya badan Azri dan Pyan agak berisi sedikit.. Tapi aku seboleh boleh menganggap itu antara mereka berdua..
Setiba di kawasan terang..aku menoleh kebelakang dan...
Aku dapati Azri dan Pyan ada bersama Sol..
Persoalan dalam fikiran aku..kenapa tadi aku tak nampak Azri dan Pyan..dan.....siapa bayang2 tadi kalau Azri dan Pyan ada kat belakang aku..so, itulah yang bakal menjadi cerita yang akan aku update untuk masukkan nama diorang..
Disebabkan terkejut tadi..aku bersuara..dan dibalas mereka..
Aku: eh?
Azri: pahal?
Aku: tadi macam...(aku terus menukar topik)...lepasni kalau nak rasa lagi best..korang jalanlah sorang sorang..
Pyan: pergh..jalan ramai pun dah gegel lagi nak jalan sorang an..memang ninggal lah..
Sol: ade cerita tak jikil?
Aku: ade2..nanti aku update..letak nama korang..
Sol: haa ..bagos2..nanti aku buat wattpad aku follow..haha
Dalam perjalanan ke surau..aku menoleh ke kawasan aku terlihat bayang tadi..dia berdiri di hadapan papan kenyataan di susur gajah antara blok pentadbiran dan blok belajar perempuan menengah rendah..
Tindakan aku menoleh tersebut disedari member2 aku..tetapi diorang tak mempersoalkan..
Siapa bayang tu..tapi memang bukan orang arr..
Aku terpikir..first2 aku lalu situ..macam2 aku kene kacau..mungkin marah pada aku...tetapi kali ini aku bawak budak ke situ..persoalannya..
Bende2 tu dendam kat aku atau tak?
Hahaha..ninggal..nasib aku lah..
YOU ARE READING
Hijab Budak Hostel
Paranormal#1 in paranormal. Aku mendapat sesuatu yang mulanya menyeksa aku selama beberapa jangka masa.. Namun aku dapat rasakan ianya adalah daripada keturunan aku kerana terdapat adik beradikku yang mempunyai kelebihan ini.. Kelebihan yang aku maksudkan ial...