Pendek je cerita..
Aku tak ingat tengah periksa Pendidikan Syariah Islamiah atau pendidikan quran sunnah..yang penting petang dan mendung..
Habes jawab..ade lagi setengah jam..
Aku jeling sana sini member2 aku untuk tengok jawapan bagi soalan yang aku tak tahu..
Siap!..Tak tahu nak buat apa lagi..
Tiba2 aku denga bunyi..
"Hhhaaaaahhhhh!"
Bunyi nafas gitu..Aku cari..
Then, aku nampak sesuatu kat hujung bumbung dewan yang agak tinggi tu tetapi kurang jelas..Aku pakai spec aku sebab mulanya aku bukak spec sbb nk tidur..
Jelas aku nampak macam pontianak..melekat kat penjuru atap dewan tu..kaki dia seksi nampak paras peha..tapi lutut dia berdarah..muka tak berani tengok hahaah..Sepanjang tunggu waktu keluar dewan ,aku baca ape2 tak function..aku cuba tutup pandangan aku..tak jugak...
Aku leka dengan bende tu. Pahal pulak aku nak periksa pun ada ..Bende tu seram..sebab dewan terang dan menampakkan jelas dia..
Lekanya aku sampai..pengawas kutip kertas pun aku palau..
Bende tu blah bila aku nak keluar dewan..bila pengawas kata..
"Baris 1 dan 2 boleh keluar dan tutup pintu"
Aku gelabah baru nak kemas alat tulis..haillaaa...masalah betul..
Aku perati bende tu merangkak atas bumbung ketengah sikit pastu hilang..
Pastu..aku pun..termenung sendiri..pikir je..periksa lepas ni tolonglah jangan ada bende ni..
Yang penting lepastu dah takde..tu je sekali dan terakhir..
Bye..
YOU ARE READING
Hijab Budak Hostel
Paranormal#1 in paranormal. Aku mendapat sesuatu yang mulanya menyeksa aku selama beberapa jangka masa.. Namun aku dapat rasakan ianya adalah daripada keturunan aku kerana terdapat adik beradikku yang mempunyai kelebihan ini.. Kelebihan yang aku maksudkan ial...