Cerita kali ini seram sikit bagi aku.
Ia mengenai ketua pengawas dan penolong ketua pengawas perempuan.
Pada satu malam ni,
Aku ade nak uruskan suatu perkara pasal asrama yg aku tak ingat ape bende tu. So, malam tu aku ke asrama putera yang terletak berdekatan dengan blok belajar senior. Aku gerak ke asrama tu lebih kurang pada pukul 11 malam lebih.
Sampai je asrama tu, aku terus jumpa GPA (gagasan perwakilan asrama) yang satu biro dengan aku. Selesai je, aku bersembang sembang dengan kawan kawan aku yang kat asrama tu. Lebih kurang jam 1245 aku nak balik asrama aku.
Dalam perjalanan, aku lalu blok belajar senior. Tiba 2, aku dengar suara yang menyapa dari belakang. Dia memanggil "wei, zikril!"
Terkejut jugak ar.
Aku toleh belakang. Kelihatan seorang ketua pengawas perempuan dan penolongnya berdua berdiri diantara tangga dan mesin air. Dari mana datang aku tak tahu. Mungkin baru turun dari kelas kot.
Pastu yang penolong tu cakap kat aku..
"Waktu macam ni, blok belajar ni kawasan larangan. Asal kau berjalan jalan kat sini"
Pulak dah aku nak jawab. Standard arr pengawas agak straight bila ade pelajar yang mencurigakan sikit. Aku pun jawab..
"Tak wei, tadi aku ada urgent pasal asrama..nak jumpa GPA kat asrama belakang, ni aku nak balik asrama lah ni.."
Selesai aku jawab..
Diorang diam je tengok aku. Aku pun cakap..
"Okaylah, aku nak balik"
Baru dua langkah aku terdengar suara perlahan diorang berbual..
"Wei Ri, awak nak ke kelas C ke?"
Terkejut aku,aku pasti apa yang aku dengar. Satu, dua orang tu namanya Syaza dan Nadia je kalau tak silap aku. Mungkin aku salah dengar. Tapi kelas, ade kelas S,B,A dan K sahaja..Kelas C?!
Mungkin aku salah dengar juga. Mungkin dia sebut kelas B kot..sebutan hampir sama. Sampai kat tangga susur gajah, aku toleh belakang.
TAKDE ORANG..PAGAR TANGGA BLOK BELAJAR TUTUP,TANGGA KOSONG,ARAS 2 KOSONG..BLOK KOSONG..TIADA ORANG!!
Mana dua orang tadi?..jangan jangan bukan orang..Aku takut..aku lari patah balik ke asrama kawan aku tadi. Sampai asrama,kelihatan beberapa kawan aku sedang baring di depan tv di bilik tv. Tak tidur lagi dan sedang menonton cerita Razia Sultan. Aku baring sekali dengan hati yang masih takut. Kawan aku tak pelik dan tak tanya pun kenapa aku datang balik. So, aku tak cerita pada diorang.
Habis cerita tu, aku gerak balik. Alhamdulillah tak diganggu, cuma kelihatan bende2 yg duduk dihutan dari jauh yang tak mengganggu pun.
Berapa hari lepas tu aku berbual dengan ketua pengawas lelaki namanya Akhbar yang aku pernah cerita sebelum ni.
Aku cakap kat dia..
"Bar ,kau nak tahu tak, haritu aku kene tangkap dengan budak kau, syaza dan nadia dekat blok belajar sebab berjalan luar waktu"
Akhbar terkejut pastu suruh aku cerita. Aku pun cerita. Pada awal, dia ingat cerita betol aku kena tangkap dengan pengawas, rupanya cerita seram. Tak pasal, dia pun seram..
ANDA SEDANG MEMBACA
Hijab Budak Hostel
Paranormal#1 in paranormal. Aku mendapat sesuatu yang mulanya menyeksa aku selama beberapa jangka masa.. Namun aku dapat rasakan ianya adalah daripada keturunan aku kerana terdapat adik beradikku yang mempunyai kelebihan ini.. Kelebihan yang aku maksudkan ial...
