Semua pelajar kecuali tingkatan lima yang menduduki SPM 2017 dah tiada di sekolah.
Esoknya, aku ambil paper Biologi.
Malam tu aku takde pun belaja sangat. Aku main henfon member aku kat kelas sampai pukul 3 pagi.
Pastu aku gerak balik asrama. Otw nak ke asrama tu, aku sebok fikir, budak budak lain ni dah tidur ke belum.
Aku naik ke aras dua. Semua dah tidur. Aku sengaja naik aras 3 ikut tangga jauh yang melalui depan dorm form lain. Saja saja.
Naik aras 3..aku lalu depan dorm ..pelik jugak dorm kosong budak dah balik tapi kipas terbukak. Masuk je..owh rupenya ada form 5 sidai baju kat dorm tu..patut kipas terbukak. Aku keluar dorm tu dan menuju ke dorm aku.Aku lalu depan bilik basuh aras 3..aku dengar ada bunyi pelik macam orang sembur hingus gitu. Aku dengan pantas masuk sebab ingat kan ada membe aku belum tidur.
Cak!!..ade seseorang tinggi sama aku..kulit putih full macam kertas kajang..takde darah..rambut nipis gile..nampak urat2 kat kepala dia yang agak besar..baju tanpa lengan,seluar pendek..mata dia full hitam xde putih..
Berdiri tegak tenung tepat mata aku..wah..aku dah takut plus terkejut terus..
"Eii buat apa sini..pergi gii gii.."
Sap!!! Dia hilang laju tembus ikut dinding belakang bilik basuh..
Darah aku berderau laju..kaki dah lemah..terkejut wei..masuk dorm..aku mencelah kawan aku Ali yang tidur kt tilam sorang2..
Aku dengar..
"Hahahaha..takut..."
Dari arah tingkap..tapi aku tahu tu bukan membe aku..aku terus tidur..tak taulah pengsan ke tidur..lemah badan..
Aku meniarap celah sikit2 tilam..tak sampai 10 saat dah tidur..
Esoknya...lepas periksa kertas 1..rehat untuk kertas kedua..aku cerita kat member aku kat surau...tak habes aku cerita..membe aku mencelah..
"Kau halau gitu dia pergi ea"
Aku nak sambung cerita tak jadi sebab takanak lah pulak kacau mood diorang nak SPM ni..berani diorang bukan aku tahu..aku tangguh cerita tu..
Sepanjang periksa..habes jawab..aku menung je fikir bende tu..
YOU ARE READING
Hijab Budak Hostel
Paranormal#1 in paranormal. Aku mendapat sesuatu yang mulanya menyeksa aku selama beberapa jangka masa.. Namun aku dapat rasakan ianya adalah daripada keturunan aku kerana terdapat adik beradikku yang mempunyai kelebihan ini.. Kelebihan yang aku maksudkan ial...