Pondok Telefon

2.4K 166 28
                                    

Setiap asrama ada pondok telefon. Nak digunakan oleh pelajar yang duduk asrama. Tapi, adakah pelajar je yang guna pondok telefon tu...hehehe

Pada suatu malam ni, terdapat beberapa member aku dari asrama belakang datang ke asrama aku sebab mesin basuh asrama belakang rosak dan mereka malas nak basuh guna tangan. So, malam tu..
Ada seorang member aku ni nama Hafizuddin. Dia baru datang bawa baju dia yang belum basuh dalam pukul 1 pagi lebih. Masa tu ramai lagi member aku belum tidur..nak tahu sebab ape?..sebab waktu tu kami tengah settle budak form 1 yang bermasalah. Tapi, cuma settle cakap2 marah jelah..takde pukul2 ni..sekolah agama kan..

So, habes je motivasikan budak tu..mesti dah pukul 2 pagi..maka selesai juga baju Hafiz ni dibasuh dan di 'spin'..
Hafiz pun nak balik asrama dia. Aku nak ikut dia sebabnya esok dah balik kampung dan rancang nak tido lambat malam tu. Sebabnya esoknya memang pelajar tingkatan 5 tak belajar sebab ikut majlis perasmian keputusan SPM.

Aku pun ikut Hafiz balik.
Dalam perjalanan ke asrama belakang..
Sekilas aku nampak bende putih terbang kat atas blok asrama perempuan..tapi sekilas je..tak lama..

Lama sikit jalan tiba2 Hafiz cakap..

"Seram wei waktu gini nak jalan balek asrama aku"

Aku pun balas..

"Haa..seram!..tak fikir nanti aku balik asrama aku sorang2"

Hafiz pun gelak sambil cakap..

"Hahaha..takpe arr ..kau kan berani"

Aku pun diam jela..

Sampai asrama dia..tengok member aku belum tidur dan tengah settle budak form bawah yang buat kes..hahaha..
Diorang pun tak kesah tidur lambat.

Tengah settle..aku tengok jam dah pukul 2 lebih..aku buat keputusan nak balik asrama aku..
Aku pun cakap dengan Hafiz..
"Piz..aku nak balik arr..bukak pagar asrama.."

Yelah kan..pagar asrama dah pukul 2 lebih mesti dah tutup kan..

Hafiz bukak je pagar terus cakap..
"Hati2 Jikil. Seram au..haha"

Memang saje dia ni..aku ni takut jugak sebenarnya..

Berapa langkah dari asrama tu..kelihatan asrama perempuan..

Tiba2

Aku menjeling pada pondok telefon asrama tu..yela..nak tengok asrama perempuan kenelah cover sikit..so,jeling jelah..

Apa yang aku nampak..agak mengejutkan sikit..

Kelihatan satu susuk berbaju putih berambut panjang kelabu paras bahu..nak kata pelajar..tak mungkin sebab perempuan takkan selamba keluar dorm tak pakai tudung..dan yang lagi peliknya..dia berketinggian telefon tu paras dada dia..tonjang habes..hahaha...nak call pakwe ke..

Dalam keadaan takut..aku melangkah melepasi asrama tersebut..tiba2 dia menoleh tajam kat aku..wah..berderau darah weh..aku jeling je kot..takkan dia perasan..
Lepas je asrama tu..aku lega sedikit..sedikit je..jauh lagi perjalanan nak ke asrama aku tu..agak seram sebab hampir pukul 3 pagi...aku pun meneruskan perjalanan.......

(Cerita aku pada part ni terhenti kat sini..perjalanan aku malam tu bersambung pada Part selepas ini yang bertajuk JEMAAH..sekian..sabar ye)

Hijab Budak HostelWhere stories live. Discover now