Cerita ni berlaku waktu minggu akhir aku menduduki SPM.
Malam tu ,ramai member2 aku yang pergi ke kelas untuk tengok movie. Tapi, malangnya kehambaran berlaku bila takde ape2 movie yg boleh ditonton. Sebelum tu, member aku bernama Azri ade mengajak aku untuk berjalan jalan.Dah lama sikit, mereput kat kelas. Aku pun mengajak Azri berjalan jalan.
Kami mulakan nightwalk kami di kawasan2 gelap seperti kantin yg sedang di renovate. Dah lama berjalan, tiba2 terlintas difikiran aku..nak masuk aspuri bawah. Waktu tu aspuri tu kosong sbb semua pelajar dh pulang ke rumah kerana cuti akhir tahun. Yang berada di sekolah hanya form 5 manakala perempuan form 5 di asrama atas.Mulanya, Azri tak berapa yakin sebab aku seperti bergurau. Tapi, tak tahu kenapa aku tiba2 jadi siries. Azri pon ON je nk follow aku.
Pagar ditutup tapibtak berkunci. Aku dan Azri membuka pagar perlahan lahan mengelakkan drpd bunyi yg mengejut guard di pondok. Cukup muat untuk masuk, kami masuk keasrama.
Pada mulanya, baru beberapa langkah masuk ke kawasan gelap asrama tu, aku dh dengar orang perempuan bernyanyi, ade menoleh kebelakang memerhatikan jika terdapat sesuatu. Tiba, kat tangga hujung. Sangat gelap. Aku berkata pada Azri. "Jom ke tangga tengah, best sikit"
Belum apa2, baru menoleh ke arah tangga tengah, aku melihat seorang perempuan berambut panjang..berkemban dengan tuala..wuu..merecik..berdiri dihadapan tangga tengah. Sekali tengok macam lawa. Aku pakai spec..wah2..muka dia pecah bahagian dagu sampai pipi kanan dia..seram wei. Aku syak dia marah kot. Sape suruh masuk tempat dia kan. Aku cakap dengan Azri.
"Kau nak try masuk ke tengah ..pergilah..aku tunggu. Aku tak selesa nak masuk."Azri balas "hotak kau, aku takut gak..ade pape ke?"..(lebih kurang ayatnya.)
Azri dah cakap macam tu. Aku pun ajak dia balek dorm. Keluar je aspuri..Azri tanya ape yg aku nampak..aku toleh kebelakang..nk pastikan line clear tak. Aku nampak awek tu macam melompat tapi tak jejak tanah pulak. Terapung menuju ke ampaian. Dah agak jauh dari Aspuri tu, aku ceritakan pada Azri dalam perjalanan.
Setiba di dorm, Azri ceritakan pada orang lain. Bila sesiapa tanya aku..
Aku cuma jawab. "Aku nampak awek seksi wei..cube arr pergi tengok..jgn pandang muka..nnty dh x best..hahaha"Tulah..nak cari pasal sangat. Belum buat ape2 dah kene. Aduh..lepasni dh habes sekolah.. Semestinya kisah2 ni akan dirindui. Sekian.
YOU ARE READING
Hijab Budak Hostel
Paranormal#1 in paranormal. Aku mendapat sesuatu yang mulanya menyeksa aku selama beberapa jangka masa.. Namun aku dapat rasakan ianya adalah daripada keturunan aku kerana terdapat adik beradikku yang mempunyai kelebihan ini.. Kelebihan yang aku maksudkan ial...