Cerita kali ini bukan menceritakan tentang suatu entiti . Kali ini aku menceritakan tetang suatu perkara misteri yang aku lihat di tebing2 di sekolah aku.
Ade 3 tebing di sekolah yang aku lihat akan perkara yang sama tetapi agak menakutkan aku.
Baru baru ini, aku sudah menjadi penghuni asrama belakang sejak bulan September kerana dipindahkan atas beberapa sebab.
Suatu malam, kebiasaan aku akan ke surau atas tujuan berjalan jalan atau mengikut rakan aku belajar di surau. Pada malam itu, aku memang hendak berjalan jalan memandangkan ini tahun terakhir aku di sekolah ini. Aku berjalan sambil mengimbas kenangan setiap inci kawasan sekolah aku. Aku berjalan sehingga berhenti di sebuah pokok di astaka berdekatan padang dan duduk disitu. Suasana sangat gelap, namun bulan purnama pada malam itu menerangi malam itu sehingga aku mampu melihat padang dengan jelas. Sebok aku melayan semua memori, aku dikejutkan dengan bunyi motor guard yang meronda. Aku terus melihat ke jam, menunjukan 2.30 pagi. Wah! Tepat betul masanya dia kerja. Aku yang sudah terbiasa berjalan malam dah hafal waktu waktu meronda guard2 sekolah aku.
Apabila aku mendengar bunyi motor tersebut, aku segera menyorok lebih dalam ke kawasan gelap semak samun.Sewaktu aku menyorok, aku terasa aku memegang suatu kayu yang tercacak di tebing berdekatan semak samun. Mata aku mengambil masa untuk melihat objek itu kerana gelap. Tak lama kemudian, aku lihat bahawa aku memegang kayu yang buruk tercacak di tebing tersebut. Aku segera menyapu tangan pada seluar merisaukan selumbar akan terkena di tangan.
Namun, tiada apa berlaku. Aku rasa seram sejuk tiba2. Tangan aku tadi terasa kebas tiba2. Aku pelik dan terus memerhati kayu tadi, kali ini aku melihat jelas satu kayu buruk yang berupa seperti nisan. Nisan itu hanya satu dan bukanya sepasang. Aku tak merasa hairan akan kewujudan objek tu kerana rasa kebas di tangan aku cukup memberitahu akan sifat sebenar objek itu yang bukanya kayu biasa.
Aku terus beredar dan berjalan ke blok belajar aku.
Di blok belajar, aku berjalan sepanjang koridor aras 3 dan berhenti di hujung koridor. Aku melihat asrama lelaki, asrama perempuan dan pondok guard.
Aku memerhati pondok guard yg terbuka lampu tetapi tidak pasti ada orang di dalam.
Sebok aku memerhati aku terlihat sesuatu di tebing berdekatan pagar yang memisahkan pondok dan kawasan aspuri.
Aku tak dapat mentafsir objek itu kerana agak samar. Aku mengeluarkan spec dari sweater yang aku pakai dan memakainya. Aku lihat objek seperti nisan yang aku lihat tetapi kali ini seperti diikat dengan kain berwarna . Aku tak dapat memastikan warna tersebut kerana ia diterangi dengan lampu jalan.Aku tak merasa apa2. Jam menunjukan 3.15 pagi. Bagi aku cukuplah aku berjalan sebab aku perlu tidur supaya boleh fokus waktu belajar esoknya.
Aku segera pulang ke asrama.Malangnya, aku sedar pagar dikunci.
Pulak dah..
Kalau asrama lama boleh aku panjat.
Aku terpaksa ke belakang asrama untuk membuat muscle up untuk terus panjat ke aras dua. Sewaktu aku ke belakang asrama, aku terdengar bunyi semak samun. Aku melihat 3 ekor babi hutan yang agak besar berlari dengan agak comel di atas bukit di belakang asrama. Maklumlah hutan. Khusyuk memerhati aku terlihat kali ketiga nisan tadi di tebing belakang asrama sekilas lalu. Ia dibalut dengan kain kuning dibahagian atas dan diikat kain putih. Kemudian hilang. Aku agak risau kalau bende tu ikut aku. Aku terus membaca ruqyah jibril dan sapu tangan aku yang tersentuh objek tadi. Aku dah yakin selamat . Aku just fikir nak tidur.Tapi, nak panjat asrama tu agak mengambil masa. Aku tak cukup kuat nak lengkapkan muscle up untuk naik. Terpaksa ambil masa warm up,bumping semua..dah confident baru aku panjat balik. First time bagi aku buat bende tu dan berhasil. Rasa macam merdeka. Tapi rasa penat memang tak boleh nak nafi membuatkan aku rasa betul2 nak tidur.
Jam menunjukan jam 3.50 pagi. Pergh..bape jam je lagi untuk tidur. Aku lalu depan dorm lain dan terlihat satu lembaga besar di tengah dorm tegak memerhati budak yang tidur dilantai namun aku tak endah sebab aku just fikir nak tidur. Lantak lah dia kat situ. Tak nak cari nahas. Aku naik aras 3 ,ambil wuduk,bersihkan sedikit kotoran kat baju sebab memanjat then,baca 2 ayat terakhir al baqarah sebagai pelindung dan tidur. Lagi pon ayat tu sunnah nabi sebelum tidur.
Amanlah malam tu..nisan ke..lembaga ke..men jejauh..aku betul2 penat..tak sampai seminit baring then tidur..syukur..
YOU ARE READING
Hijab Budak Hostel
Paranormal#1 in paranormal. Aku mendapat sesuatu yang mulanya menyeksa aku selama beberapa jangka masa.. Namun aku dapat rasakan ianya adalah daripada keturunan aku kerana terdapat adik beradikku yang mempunyai kelebihan ini.. Kelebihan yang aku maksudkan ial...