Dewan terbuka kat sekolah aku ni adalah tempat untuk pelajar makan sarapan dan makan malam bagi tingkatan 5 yang keluar kelas pukul 11 malam dan pelajar yang tinggal di asrama belakang. Dewan ni turut digunakan sebagai tempat latihan bagi Silat dan Taekwondo. Namun ade beberapa cerita mengenai dewan ini.
#1
Suatu malam jumaat ni, aku ingin ke asrama belakang untuk melihat pembikinan video batch aku bagi aktiviti Bulan Cinta Rasul anjuran Biro kerohanian sekolah aku. Jadi pada malam tu, selesai latihan taekwondo ,aku terus menukar baju dan membawa barang tidur ke dewan besar kerana pelajar tingkatan 5 akan tidur di dewan untuk bangun qiam. Selesai meletakkan barang di dewan,aku terus ke asrama belakang bersama rakanku Farhan. aku dan Farhan berjalan ke asrama belakang tanpa melalui jalan shortcut di belakang blok belajar. Jadi ,kami melalui di hadapan dewan terbuka tersebut. ceritanya agak ringkas. Tiang dewan terbuka tersebut terdiri daripada beberapa petak.
Sewaktu menuruni bukit melalui jalan tar antara blok belajar dan dewan terbuka, dari jauh dewan terbuka kelihatan gelap. Maklumlah, jam menunjukkan pukul 12 malam. Aku dan Farhan berjalan menuruni bukit. Dalam kegelapan dewan tersebut, dari jauh kelihatan terdapat satu Makhluk yang bertudung, kelihatan bongkok dan berjubah coklat dengan ketinggian 5 petak tiang dewan makan tersebut dan dia langsung beredar ke arah belakang pondok guard. pada mulanya aku menyangkakan saiz makhluk itu hanya biasa. tetapi, apabila aku dan farhan melalui hadapan dewan tersebut, aku dapati bahawa 5 petak tiang itu jauh lebih tinggi berbanding aku yang berketinggian 175 cm. Baru aku sedar bahawa dari jauh memanglah ia kelihatan pendek, tetapi aku dapat bayangkan betapa besarnya makhluk tu. Baru berbongkok dah tinggi macamtu.
Part terakhir pembikinan video tersebut dirakam di hadapan dewan terbuka yang merupakan part pergaduhan. Dalam aku dan member2 aku berlakon, hanya menjeling di tiang dewan tersebut. alhamdulillah takde ape2. Aku pun ikut berlakon dengan selamat...
#2
Kali ini adalah cerita pada suatu malam. Ade seorang budak tingkatan 2 yang cari masalah dengan aku sebab suruh aku ganti jam Gshock rm70 dengan alasan aku terlanggar dia sewaktu bermain bola dan dia taknak aku baiki tapi nak suruh aku belikan baru. Memang tak lah aku rela nak keluar rm70 macam tu je. Aku pun minta pendapat ketua warden aku dan beliau mengatakan aku tak salah dan tak perlu ganti sebab waktu sukan memang tak boleh pakai jam sebab takut cederakan orang lain dan itu memang salah dia. Tapi,aku macam rasa bersalah juga dan minta izin ustaz nak slow talk(settle). Memang aku kalau nak settle budak kene minta izin ustaz dulu kalau taknak terima padah.
So, malam tu aku ke asrama belakang yang merupakan asrama budak tu. Budak tu baru je ngadap aku,aku memang buat muka saiko. Belum cakap ape2 budak tu terus minta maaf dan terus jujur semua bende pasal harga jam dan dia dah tipu aku pasal ayah dia minta ganti dan macam2 lagi. Aku dah panas. Aku cuba tegur dia,tapi disebabkan cara cakap dia yang melawan ...Pannnnggg!!!..melekat penampar aku..memang menyirap..aku dah cuba jadi baik nak slowtalk...dia boleh tipu macam2..member aku Ali yg merupakan pengawas dah seram...sebab waktu tu aku jumpa budak tu kat dorm atas permintaan member aku..Syafi dan Faris
Lepastu..aku dah pujuk dia dan nasihat kat dia sebab aku pun kasihan kat dia.., aku pun minta maaf dan minta izin nak baiki jam dia walaupun aku tak perlu pun nak ganti..
tapi..malam tu kemarahan aku tak hilang lagi...aku cuba lepak dengan budak Form5 dan Form4 bagi melegakan kemarahan..tapi tak berhasil..
Aku bercadang nak balik asrama aku untuk tidur..Takde lagi jalan2..sebabnya aku membahayakan diri aku kalau dalam keadaan marah..
Dengan tangan yang dalam keadaan menumbuk..aku berjalan pulang ke asrama melalui dewan terbuka tersebut..Mana2 tempat penumbuk aku lepas..terlalu menyirap..dari jauh aku datang rupanya aku kene tipu dan aku yang dipersalahkan.
Lalu je depan dewan tu, kelihatan beberapa lelaki yang agak bengis memandang tepat pada aku..aku tak hirau sebab aku tengah takde mood..tapi lama kelamaan , kemarahan aku hilang tanpa sebab dan diri aku lagi tenang..tapi, melihatkan lelaki2 tersebut melangkah selangkah demi selangkah ke arah aku..perasaan takut mula wujud..nak buat ape?..Baru nak ingat Allah..waktu marah tadi tak ngat Allah..aku sentap dengan diri sendiri...takde apa lagi aku boleh buat............................................................
LARILAH....hahahahaha..aku pun melangkah laju tapi tak lari..cuma berjalan laju sahaja..dah jauh dari dewan tu baru aku lega..aku tak pasti apa yang ada kat tapak tu..sebelum ni..sebelum wujudnya dewan tu..ade beberapa pondok kat tapak tu..tapi aku hanya melihat makhluk seperti perempuan je yang duduk kat pondok tu..bila dewan tu ade..takde pulak perempuan tu..lantaklah..
Esoknya, aku berjumpa ustaz ketua warden dan ceritakan berkenaan slowtalk tu..ustaz marah aku..
"lembut sangat kau layan budak tu..nanti budak2 bawah ni pijak kepala kau..payah kau buat kerja..lagi satu..tak payah ganti jam tu ..jangan manjakan sangat..kalau dia berani buat masalah dengan form atas..tak mustahil dia akan buat masalah dengan ustaz pulak nanti.."
aku di marahi..lembut?!..serieslah..biar jelah..aku pun berikan jam tu pada Akhbar yang merupakan ketua pengawas..hahaha..selamat duit aku..hoho..
YOU ARE READING
Hijab Budak Hostel
Paranormal#1 in paranormal. Aku mendapat sesuatu yang mulanya menyeksa aku selama beberapa jangka masa.. Namun aku dapat rasakan ianya adalah daripada keturunan aku kerana terdapat adik beradikku yang mempunyai kelebihan ini.. Kelebihan yang aku maksudkan ial...