Ronda 1

3K 200 18
                                    

Pada persekolahan akhir sebelum cuti akhir tahun,ada satu minggu yg tiada warden dan cikgu kerana hari keluarga.
So,aku dan member2 form 4 ronda satu sekolah untuk memastikan takde kes yg dilakukan macam fly,rokok dan dating.

Nak dipendekkan cerita..
Tepat jam 2.40 pagi..dah habis ronda.
Tiba2 ketua asrama aku namanya Izzat yg lebih dikenali sebagai Ijat, ajak pergi ke Dewan makan perempuan.
Yang mana dewan makan tu tempat yg aku paling takut nak pergi.
Sebabnya,sebelum ustaz suruh aku pergi ke situ,dia penah suruh tanya abang dewan makan dan pak cik guard tentang bende keras kat situ.
Lepas aku dapat cerita daripada diorang,aku pun disuruh ustaz untuk scan dan aku nampak bende tu.

So, bila Ijat dah ajak, member2 lain semua nak pergi. Aku pon terpaksa ikut.
Aku ingat yang ada masa tu Ijat,aku,Akhbar(ketua pengawas),thaqif aka Tukep (asrama) dan haziq.

So, kami pun ke belakang dewan makan perempuan.
Kat belakang tu ada kerusi panjang yang terletak sebelah satu pokok yang besar. Yang mana berada betul2 sebelah tebing curam. Bila sesiapa duduk kat kerusi tu, akan melihat hutan yg berada di belakang dewan makan tersebut.

Aku dah gigil sikit sebab suasana kat situ. Nak hilangkan rasa takut ,aku nak buat satu game. Aku cabar Akhbar untuk duduk kat kerusi tu selama seminit manakala yang lain tunggu jauh kat belakang Akhbar. Dengan rasa takut, Akhbar buat jugak.

Waktu Akhbar duduk kat situ..
Aku dah perasan satu bende yang berbulu sedang memeluk satu batang pokok. Bende tu kelihatan seperti seekor SLOTH yg bergantung. Ia cuma memerhatikan  akhbar dari jauh dengan mata kemerahan nya. Sekalu pandang macam binatang..tetapi bukan..

Habis seminit duduk,
Akhbar cepat bangun.
Dalam perjalanan nak balik ke asrama, Akhbar menceritakan yang dia nampak..
Sepasang mata yg bersaiz biasa tetapi yang peliknya ia boleh kelihatan dari jauh dan berwarna merah pada dahan pokok tersebut. Then aku pun cerita bende yg aku nampak. Selepas aku cerita, masing2 diam dalam perjalanan menuju ke asrama kerana melayan perasaan masing2.

Kesimpulannya, aku rasa sampai bila2 pun aku takkan berani ke belakang dewan makan perempuan tu seorang diri. Pergi beramai pon dah takut. Baru nampak bende macamtu pun dah takut.

Macam mane agaknya kalau aku terjumpa satu lembaga pontianak bertubuh gemok yg Abang dewan makan dan pakcik guard pernah nampak. Nasib baik aku belum jumpa. Scan pun dah seram.
Bagi aku Dewan makan perempuan adalah tempat yang aku paling takut kat sekolah aku.
Semoga kekuatan aku semakin bertambah..supaya aku akan dapat jugak jalan sorang2 kat situ.

Hijab Budak HostelWhere stories live. Discover now