Sambungan kepada part Pondok Telefon sebelum ni..
Meneruskan perjalanan aku untuk pulang ke asrama aku sendirian. Sewaktu tiba di blok belajar yang berdekatan asrama aspuri tersebut, aku kembali menoleh ke arah telefon itu. Dan lembaga itu sudah tiada. Aku pun cuak lah. Takut sangat kalau lembaga tu akan muncul kat tempat lain untuk kacau aku. Manalah tahu kan. Fikiran negatif tu sentiasa ada.
Tapi, bila sampai di susur gajah surau, tiada apa yang pelik. Perjalanan aku tenang je. Aku dah mula tenang..
Tapi tak lama..Sampai je tepi surau di tingkap berhampiran mimbar, tiba2 aku dengar bunyi yang agak riuh tapi tak jelas didalam surau. Aku teruskan perjalan. Sekarang aku berada di sebelah pintu belah kiri surau. Dan aku tengok surau tu kosong. KOSONG TETAPI ADA BUNYI MACAM ADA ORANG DALAM SURAU TU..
Aku terus melangkah meninggalkan surau..tiba2, dalam langkah ke tujuh atau lapan aku jauhi surau. Rak kasut di surau tu macam ada orang pegang. Aku cuma lihat getaran pada besi rak kasut. Aku toleh belakang..
Aku nampak beberapa jemaah lelaki jubah putih kopiah putih dengan rambut paras bahu. Badan lelaki tu semua memang jelas nampak sado gile walaupon pakai baju. Badan sume besar. Agak2 macam kalau nak masuk pintu surau tu, tak boleh masok berdua. Masok sorang, sebab memang besar badan diorang. Pergerakan diorang nampak laju. Selangkah kita berjalan adalah seperti dua langkah diorang jalan.. Memang laju.
Apa yang aku terangkan pasal jemaah tu adalah daripada pemerhatian aku selama lebih kurang dua saat je kat jemaah tu. Tak berani lah aku nak tengok lama2 bende2 ganjil ni. Aku bukan berani sangat cuma berlagak berani. Yelah kan..kalau tak buat gitu malulah aku, orang lain klo ade yang nampak boleh je kawal berani. Aku dah sebelas tahun nampak bende2 gini takkan tak pandai berlagak berani lagi.
Lepastu, aku teruskan perjalanan aku ke asrama. Tapi kali ni dengan langkah yang laju lah. Leher tegak tak toleh kiri kanan. Dalam hati baca je ulang2..
"اعوذبكلمات الله تامات من شر ما خلق"Yelah..dah takut kan..
YOU ARE READING
Hijab Budak Hostel
Paranormal#1 in paranormal. Aku mendapat sesuatu yang mulanya menyeksa aku selama beberapa jangka masa.. Namun aku dapat rasakan ianya adalah daripada keturunan aku kerana terdapat adik beradikku yang mempunyai kelebihan ini.. Kelebihan yang aku maksudkan ial...