Rumah Pengetua

2.5K 178 8
                                    

Pada satu hujung minggu,sekolah aku mengadakan program kepimpinan yang aku terlibat sekali.
Untuk program tu aku diamanahkan oleh pengetua untuk uruskan penginapan fasilitator. Aku perlu menguruskan rumah pengetua yang sudah lama kosong kerana baru bertukar pengetua baru. Aku perlu bersihkan rumah tu untuk penginapan semua fasilitator lelaki.

Jadi, aku mula meninjau dahulu rumah tu sebelum mengarahkan beberapa junior untuk tolong membersihkan. Waktu aku meninjau, kelihatan rumah tu dah bersih cuma sedikit berhabuk. Kelihatan beberapa bilik yang gelap di tingkat atas. Aku pun mengira tilam kerana nak pastikan tilam cukup. Sewaktu aku masuk disalah satu bilik yang agak besar, aku melihat pada satu katil yang besar..tiada apa pun di katil tu, tapi tak tahulah kenapa aku seram, mungkin sebab aku masuk rumah tu sendiri. Aku tengok jam dah jam 6.30 petang. Aku segera ke asrama untuk bersiap ke surau.

Keesokan petangnya, aku diberitahu bahawa fasilitator tu akan menginap pada malam tu. Aku tak sempat untuk menguruskan rumah sebabnya aku ada latihan untuk bahas bahasa melayu. Jadi, aku minta tolong member aku namanya Thaqif dan Hafizuddin yang merupakan Gagasan Perwakilan Asrama dan Majlis Perwakilan Murid (GPA & MPM) untuk arahkan budak untuk bersihkan rumah dan tambah tilam. Aku pun beri kunci rumah tu pada Hafizuddin. Dan mereka pun bersetuju lalu aku terus ke dewan kuliah untuk berlatih bahas dan mereka uruskan rumah.

Malam tu, seorang abang fasi yang dipanggil abang Mursyid tiba di sekolah dan bertanyakan tentang penginapan. Aku pun bawa abang kerumah tu. Lepas berkenalan  menjelas kan tentang bilik dan tilam, abang tu tanya.."rumah ni ada penghuni tak?"

Sambil ketawa aku jawab.."ada bang "

Tiba2 waktu abang tu melangkah ke tangga, ada satu bola bantal kecil bergolek kat tangga.

Hahaha..tetiba abang tu cakap "eh..betul lah rumah ni"

Tetapi sebenarnya kami menganggap perkara tu terjadi sebab tangga tu bergegar waktu abang tu melangkah.

Dua hari kemudian setelah selesai program,pada waktu malam aku perlu membersihkan rumah dan memulangkan semula tilam ke asrama. Aku bercadang untuk siapkan terus  rumah tu sebelum keesokannya sebab takut tak ada masa nak siapkan sebab esoknya dah hari sekolah.

Jadi pada malam tu aku bersama lapan budak tingkata satu membersihkan rumah tu. Usai bersihkan, kami nak beredar. Waktu nak kunci pagar, tiba2 akan sedar lampu dapur tidak ditutup. Budak2 semua dah balik asrama. Aku sahajalah yang tutup. Aku pun masuk ke dalam rumah dalam keadaan gelap tu dan terus menuju  ke dapur. Aku tak buka lampu ruang tamu sebab tak tahu mana satu suis dan malas nak mencari suis. Kelihatan semua tingkap ditutup dengan langsir. Setiba di dapur, aku terus mencari suis yang kelihatan terbuka. Bila aku tutup je, terus gelap tak nampak apa2.

Dengan bodohnya, aku tak bukak semula suis malah cuba mencari jalan keluar dalam keadaan yang gelap buta. Ini menyebabkan aku tersalah jalan dan masuk ke dalam satu bilik tidur. Aku sedar ada katil dalam bilik tu dengan merasa guna tangan tetapi tak nampak sebab gelap. Tiba 2 aku perasan langsir. Aku terpikir untuk buka langsir supaya cahaya dari luar rumah menerangi kedaan gelap dalam rumah tu.

Namun, bila aku buka sikit je langsir, tindakan ini menampakan aku dengan sekujur tubuh yang berbungkus diatas katil yang berada kat sisi aku. Penglihatan aku cuma hitam putih. Namun amat jelas bahagian kakinya. Aku dah menggigil. Jantung dah laju. Aku membatalkan niat nak buka langsir kerana takut nampak sepenuhnya makhluk tu.

Aku cuba berundur untuk keluar dari bilik tu. Tiba 2 ,makhluk tu menggelupur dia atas katil. Aku terus memecut keluar dari bilik dan cuba mencari jalan keluar dengan membelek dinding rumah. Aku terasa suis tetapi tak berani nak buka sebab takut ternampak makhluk lain. Aku terus mencari jalan keluar sehingga ternampak cahaya dari pintu depan dan terus keluar rumah. Tak sempat kunci, aku terus lari ke asrama dan ceritakan pada member aku yang aku jumpa di asrama.

Esoknya, aku kembali ke rumah tersebut untuk mengunci pagar rumah tu. Meremang bulu roma aku bila menjejak kawasan rumah tu  terbayang suasana dan perasaan malam tadi. Aku tak lagi berani untuk ke situ pada waktu malam.

Kini, barulah aku faham kenapa ustaz pernah mencabar mereka yang ingin belajar ilmu bende halus perlu duduk dirumah tu dan mengingatkan tidak mengintai ke dalam rumah.

Sememangnya ni pengalaman pertama terperangkap dan sesat lalu diganggu.

Hijab Budak HostelWhere stories live. Discover now