Terpaksa Masuk

2.4K 180 16
                                    

Kebiasaan sekolah aku,pada tiap2 tahun akan mengadakan lawatan ke pesta buku dan beberapa tempat lain .

Yang aku nak ceritakan pada kali ini adalah mengenai nasib malang aku pada malam balik dari pesta buku tu.

Pertamanya, nasib malang aku bila bas yang aku dan member aku naik tu tak pergi ke Time Square. Perh..memang kempunan. So, bas kami terus pulang ke sekolah.

Kami tiba di sekolah dalam jam 12 malam lebih or jam 1 pagi.

Jadi,malam tu, aku dan beberapa member aku yang frust bernama Hafiz dan Ilyas terus ke bilik tamu aras 1 asrama untuk tidur.

Memang kempunan habis. Ada 6 bas, tapi bas kami je yang balik seawal ni.
Nak release stress punya pasal, kitaorang ambil keputusan untuk tidur.
Tak sampai beberapa minit semua dah tidur kecuali aku.

Nasib malang kedua, aku tak dapat tidur disebabkan bunyi bising dari luar bilik tamu yang merupakan bahagian belakang asrama. Aku mengendap di tingkap, dari mana datang bunyi tu.
Lalu ,aku ternampak satu susuk sedang mengorek seperti tukang kebun yang membersihkan longkang belakang asrama. Bunyi besi tu jelas kedengaran. Tapi, dalam samar tingkap tu, aku dapat mengagak tu bukan sesiapa.
Aku dah takut. Kang kalau aku tidur tetiba dia cangkul aku, mana tak kene sampok.

Aku buat keputusan untuk merayau satu sekolah untuk dapatkan keberanian memandangkan bas lain belum balik lagi,so, aku tidur waktu semua dah balik je lah.

Aku berjalan ke blok belajar senior dan duduk di gazebo. Dalam perjalanan aku terserempak member aku Abu dzar dan Luqman yang katanya baru balik dari tengok tv. Tapi diorang macam boleh agak aku tengah buat apa sorang2 ni . Gazebo tu terletak berdekatan Aspuri. Aku tahu kalau aku duduk situ memang aku akan nampak banyak makhluk tetapi tidak berapa menakutkan aku. Aku duduk memandang ke dewan terbuka yang berhadapan blok belajar sambil meneruskan amalan selawat 10,000 yang tertangguh yang ustaz aku suruh walaupun aku tak tahu kegunaannya lagi. Dalam 5 minit aku duduk, tiba2 tengkuk aku meremang di sebelah kiri. Sebelah kiri aku adalah aspuri. Aku terus menoleh dan terlihat bilik basuh aspuri aras 2.
"Nape lah tak tutup pintu"

Sebaik sahaja aku terlihat satu jubah hitam yang agak labuh.
Namun,sangkaan aku salah. Itu bukanlah jubah hitam.
Aku lihat objek hitam itu semakin dekat keluar dari bilik tu. Dan itu bukanlah jubah. Sebaik sahaja bende tu memanjat tembok koridor tu, aku sedar bahawa jubah hitam yang aku sangkakan itu adalah rambut hitam yang agak panjang sehingga paras kaki bende tu. Bende tu terjun then bende tu terus hilang. Kemudian, tak lama lepas tu. Terlihat 2 pelajar perempuan naik ke aras 3. Bertudung hitam dua2. Tak pelik. Yang terkejut bila tiba2 ade satu perempuan bertudung putih ni laju dari aras 2 naik aras 3 berlari then tembus pintu tandas. Tak pelik lah bagi aku..standard aras 2 tu..dah berapa tahun aku sekolah situ.

Then,aku meneruskan perjalanan ke belakang blok belajar. Tempat tu antara tempat yang aku memang seram. Tapi, tak tahulah kenapa aku suka pergi.

Lalu je belakang tu, mulanya pokok diluar pagar sekolah tu seperti bergoncang. Pokok lain semua lek2 tenang je. Pokok tu memang tak rehat. Tapi, takde apa2 entiti arr. Lepastu, aku nak keluar dari belakang blok tu untuk balik asrama sebab aku yakin aku dah dapat keberanian semula.

Baru nak keluar, tiba2 nampak ramai jemaah perempuan pulak. Kelihatan diorang baru balik dari Time Square tu. Pulak dah..ramai gilerr..
Aku dah segan , aku masuk balik belakang asrama. Tapi kalini TERPAKSA!.

Aku tak bersedia ni, bahaya. Baru berapa langkah masuk..tiba2..

Hiiiiiiiiiii...

Kedengaran agak nyaring . Satu tubuh perempuan berkain batik di belakang makmal kimia. Sangat dekat. Aku tak sempat usha bende tu. Aku terus keluar. Dah kantoi dah dengan perempuan aku agak. Budak perempuan semua jalan guna jalan tar menuju asrama diorang. Aku kat susur gajah.

Disebabkan masih ramai perempuan lagi. Aku dengan pantas nyorok belakang dewan besar pulak. Tak sampai sesaat rasa tengkok aku kene tiup. Memang gilerr arr kalau aku nak toleh belakang. Aku terus bergerak ke surau sebab dekat. Huntung perempuan dah sikit.

Disebabkan keberanian aku dah hilang balik, aku tak balik ke asrama. Aku fikir untuk tidur di surau memandangkan ada beberapa budak lelaki yang balik dari lawatan terus tidur di surau. Walaupun aku tahu, surau tu bukanlah berapa selamat seperti yang aku pernah ceritakan sebelum ini. So, aku ambil keputusan baca surah Al-Falaq 3 kali..sebabnya..tu cara aku kawal penglihatan aku daripada apa yang aku belajar waktu ambil ijazah pasal bende2 ni.

Jelas, nasib malang aku bertimpa habis.

Aku ambil iktibar..kalau situasi macamtu berlaku lagi, aku akan meredah perempuan daripada meredah bende2 tu. Tu yang paling selamat. Sebabnya, aku tak boleh masuk sesuatu kawasan dalam keadaan terpaksa. Sebabnya, kalau aku masuk begitu, semua bende ni tahu yang aku belum bersedia dan berani nak hadap. Lagipon tujuan kalau masuk sesuatu kawasan tu untuk cari berani. Dah kalau terpaksa, kantoi lah aku dalam mood ketakutan.



Hijab Budak HostelWhere stories live. Discover now