Selesai SPM .Aku melanjutkan pelajaran ke Johor selama 3 bulan dan memegang jawatan sebagai MPP Disiplin atas pilihan aku sendiri. Tujuannya agak tidak baik kerana aku ingin berasa tenang memandangkan berada di tingkatan 6 dan tidak mahu terikat dengan peraturan yang sangat ketat. Aku melanjutkan pelajaran disitu untuk mengambil Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Namun, aku sudah disuruh keluar sekolah yang mungkin lebih senang dikatakan dibuang sekolah tanpa rekod salah laku disiplin kerana terlibat kes pergaduhan sesama pelajar yang menjalani hukuman disiplin. Tetapi itu mungkin hukuman yang baik bagi aku untuk jalankan kehidupan yang lebih baik di luar. Namun ,untuk tempoh yang begitu singkat itu juga aku mendapat beberapa pengalaman mengenai penampakan di sekolah itu.
Di pendekkan cerita, satu spotcheck barangan haram dilakukan yang menyasarkan beberapa dorm wanted tanpa pengetahuan aku..maybe sebab ketua pelajar dan warden tu dah boleh mengagak betapa khianat nya aku.
Jadi,lepas asrama..warden mengajak ke sekolah untuk meronda. Aku pun apa lagi. Peluang keemasan nak join spotcheck tu yang bermotif untuk tinjau semua port2 main fon dan rokok untuk cover member2 aku. So,malam tu aku agak agresif. Sewaktu di blok belajar, aku cadangkan ke ustaz untuk berpecah ikut aras dan aku bercadang untuk ronda aras 4. Tujuannya sebab aku je tahu yang aras 4 ada 3 bilik untuk main dan cas fon. Aku terus menuju ke satu kelas perempuan dan membuka pintu.
Sebaik buka pintu, aku melihat susuk tubuh perempuan tua duduk bersimpuh disebelah meja guru. Aku agak tidak menghiraukan dengan berpura pura tak nampak. Aku terus memerhati plag. Mujur tiada fon ditinggalkan. Aku mula nak beredar.....tetapi..
Bende tu terus menegur aku dengan melompat dan cangkung di tingkap sliding sebelah plag tadi. Aku agak cuak. Yelaa..ni kan sekolah baru dan aku orang baru. Jadi situasi ni agak merbahaya bagi aku. Tiba2..ketua pelajar aku Adam datang tepuk aku. Mungkin aku agak lama usha kelas tu..aku terus beritahu apa yang aku nampak tapi seperti yang dijangka memang dia takkan percaya sebab dia tak kenal aku. Tanpa sedar bende tu lesap dan tinggalkan bau seperti limau yang cuma aku yang bau.
Aku terus memeriksa kelas lain dan mujur tiada fon yang ditinggalkan. Aku agak cuak kalau ade fon yng dirampas. Jadi, disimpanan aku ade 3 fon yang aku kutip sedang dicas di kawasan lain seperti bilik tukang kebun dan galeri. Aku terus ke tempat sembunyi peribadi aku untuk sorokkan fon tersebut supaya dapat serahkan kat pemilik fon tu esoknya. Aku mula memanjat bumbung dan sembunyikan didalam aircond tanpa disedari Adam ,warden dan seorang lagi MPP iaitu Muhaimin.
Sewaktu dibumbung aku diganggu dengan beberapa daun daun muda yang melayang dan melekat di baju..daun mana pulak datang dari dalam bumbung..kemudian dengar bunyi batukan bayi comel...tanpa menghiraukan aku terus beredar.
Jam menunjukkan 2.30. beberapa fon dan rokok berjaya aku kutip dan sembunyikan. Adam dan warden agak hampa sebab rondaan yang memenatkan tu agak sia2 kerana tidak menemui barangan larangan kerana telah disita aku terlebih dahulu..hehe.. Malam itu kami tidur di bilik gerakkan..kami berborak mengenai disiplin yang mana aku hanya bersikap talam muka dan tidur.
Haaa..part tidur ni yang aku benci. Tengah tidur aku dikejutkan dengan suara nyaring dan terlihat bende tadi berdiri di luar tingkap menghadap tepat ke muka. Arrrggghh..aku dah kantoi nampak dia. Malangnya mata aku membuka besar dan bukan mengintai. Jadi dia sedar bahawa aku mampu melihat dia. Dia senyum dengan senyuman yang kalau manusia boleh buat jatuh hati..tapi sebab dia jin ..senyuman dye meremangkan bulu roma. Agak lama aku di duga. Aku berikhtiar. Aku menaikkan lutut aku lebih tinggi yang mana dapat menutup pandangan aku dari tingkap tu dalam posisi menelantang.
Sedar2 dia beredar tetapi masih mendengar nyanyian nyaring dia. Okeh. Aku nak lawan. Aku duduk bersila dan mula membaca wirid sakran berulang kali sehingga tertidur.
Jam 4 pagi. Warden mengejutkan aku kerana pelik melihat posisi tidur aku seperti orang bertapa. Adam dan Muhaimin juga maklum mengenai aku.
Esoknya aku menceritakan apa yang berlaku ketika aku tidur. Atas tujuan lain untuk menakutkan dia supaya tak buat spotcheck blok belajar lagi..hahahaha
Jadi itulah antara kisah ganjil yang berlaku di sekolah baru. Terdapat banyak cerita tetapi tidak aku ceritakan kerana hampir sama yang berlaku di sekolah lama.
Kisah lain akan aku ceritakan selepas part ini. Walaupun tak banyak kerana hanya 3 bulan di sekolah tersebut, akan aku ceritakan sebagai perkongsian bersama.
YOU ARE READING
Hijab Budak Hostel
Paranormal#1 in paranormal. Aku mendapat sesuatu yang mulanya menyeksa aku selama beberapa jangka masa.. Namun aku dapat rasakan ianya adalah daripada keturunan aku kerana terdapat adik beradikku yang mempunyai kelebihan ini.. Kelebihan yang aku maksudkan ial...