Cerita kali ini pendek jer..
Disebabkan aku ni seorang yg suka berjaga malam, kadang2 aku susah nak tidur walaupun dah selesa dan menutup mata.
Satu malam ni,pada minggu peperiksaan percubaan, dah jadik kebiasaan member2 dorm aku study sampai pukul 12.30 limit.
So,malam tu aku dgn member aku namanya Pyan dan Afif stop study dalam pukul 12.40 kalau tak silap.
Afif terus tidur dekat katil dia yang bahagian atas di katil double decker.
Aku turunkan tilam ke lantai dan tidur di bawah.Pyan tidur di lantai jugak tetapi beralaskan lantai.
Malam tu aku berbual dengan Pyan sampai pukul 1 lebih.
Sampai dah takde topik untuk dibualkan, kami pun senyap.Dah lama ,aku panggil Pyan, dan ternyata dia dah tidur. Dan tinggal aku sorang je.
Sebelum aku tutup mata,aku baring menghadap tingkap sebab aku taknak kaki aku menghadap kiblat. Aku ternampak yang langsir kedua2 tingkap belum tertutup. Aku pun rajinkan diri menutup langsir.
Sebab aku tahu, dengan langsir terbukak, aku boleh nampak macam2.
Then, aku terus tutup mata lama2. Aku sendiri tak tahu aku dah tido ke belun, tiba2 aku terjaga dan tengok jam dah pukul 3. Dalam hati, agak lama jugak aku tutup mata cuba nak tidur. Aku mula yakin aku belum tidur lagi. Then, aku nak cari punca aku terjaga...
Then, aku nampak langsir yang bahagian tingkap yang dekat dengan loker aku terbukak. Aku mengeluh dan menyirap, sape pulaklah yg bukak langsir tu. Kat katil yg dekat dengan tingkap tu mana ada orang.
Then yang buat aku terkejut, aku nampak satu susuk tubuh yang bertudung labuh putih sedang berdiri memandang aku dari luar tingkap. Nak cakap tu member aku yang suka mengacau orang memang amat tak logik. Sebabnya dah pukul 3 pagi dan luar tingkap yang dia berdiri tu hanya ada zink atap dan bukannya koridor.
Aku yakin apa yang aku nampak sebab aku masih segar, bukannya mamai atau mengantuk.
Aku tak tahu nak buat apa, dan aku rasa bende tu tak mudaratkan aku, aku tutup mata dan baringkan diri tanpa berselimut sambil membaca 2 ayat terakhir surah At Taubah bermula:
لقد جاء كم ..........فقل حسبي الله لا اله .
Then, aku tertidur...
Lagipun bende tu tak seram seperti bende lain yang aku nampak..
Mujurlah...
Dan aku rasa tak perlu aku cerita dekat membe aku, lagipun semua tumpu periksa..
ANDA SEDANG MEMBACA
Hijab Budak Hostel
Paranormal#1 in paranormal. Aku mendapat sesuatu yang mulanya menyeksa aku selama beberapa jangka masa.. Namun aku dapat rasakan ianya adalah daripada keturunan aku kerana terdapat adik beradikku yang mempunyai kelebihan ini.. Kelebihan yang aku maksudkan ial...
