꧁____________☾︎ꨄ︎☽︎____________꧂꧁____________☾︎ꨄ︎☽︎____________꧂
"Esok sekolah kita adakan perkhemahan di hutan rimba--"
"Saem! Berapa hari duduk sana?"
"Kamu sini Chenle!" panggil Yoon saem lalu Chenle dengan rajinnya angkat kaki melangkah ke hadapan kelas.
"Saem kenapa pangg-- SAEM!! SAKIT! SAKIT! SAKIT! LEPASKAN TELINGA GOJES SAYA SAEM!!! NANTI PUTUS!! UWAAA SAKIT!!!"
"TU LA LAIN KALI MASA SAYA CAKAP JANGAN SESEKALI NAK POTONG! SAYA POTONG LIDAH KAMU NANTI! SAKIT TAK?"
"SOALAN BENGAP APA NI SAEM!! CONFIRM LA SAKIT!!"
"KAMU PANGGIL SAYA BENGAP?!"
"TER SAEM TER! MULUT SAYA NI AUTOMATIK!"
"Haih, sabar je la dapat anak murid durjana ni. Selamat seketul je, kalau satu kelas memang saya robohkan sekolah ni"
"Saem series la nak robohkan sekolah ni?"
"Kamu dah kenapa Jisung? Nak join sekali?"
"Haah, sebab saya tak suka sekolah ni. Acah je lebih. Nanti dah roboh saya tak payah datang sini dah"
"Saya dah rekod suara kamu tadi. Tunggu nak bagi pengetua dengar je"
"Saem jangan la saem. Saem ni durjana jugak tahu tak. Kata je dekat orang padahal diri sendiri pun durjana jugak"
"Sakit otak saya layan kamu ni. Dah la, saya merajuk dengan kamu semua setahun. Saem tak nak tegur korang dah. Padan muka!"
Yoon saem hentakkan kakinya seperti askar berkawad dan terus melangkah keluar dari kelas 5 Hanurt.
"Yeheiii!! Saem dah keluar gaes!" sorak Jisung semangat lalu dia high five bersama Chenle.
Satu kelas gelengkan kepala selepas melihat sorakan dari mereka berdua. Sudah bosan dengan perangai kehilangan otak mereka ni.
"Saem kata ada kem kan. Tapi kita dah la tak tahu lebih detail tau. Dah la acara dia esok"
Selepas itu, satu kelas hempuk kepala sendiri dengan tangan. Semua sudah nyanyok akan kem itu selepas tiga ketul manusia tadi melalut topik lain.
"Kau la ni Chenle. Lepastu kita nak buat apa ni?" gelabah Renjun. Tak senang duduk dibuatnya. Ketua kelas la katakan. Tapi tak reti nak jaga kelas elok-elok.
"Kau ketua kelas kan. Perah la otak bagi dia keluar idea sikit" cadang Jaemin dan lelaki itu dapat hempukan dari Renjun.
"Jeno tengok Renjun tu! Dia dia dia pukul kepala kita dengan buku math. Dia dia dia dengki dengan tite"